bap 5

Other Series 920

Airman

Part 5

Aliran deras air yang mengalir begitu mendamaikan .Jelas sahaja air nya sejuk lagi menyegarkan pada waktu pagi .Dari pandang jarak berberapa meter jauh nya dua gadis tengah mandi sambil membicarakan sesuatu .
"Sebai aku dengar Tuan Smith sangat segak orang nya .Badan nya tinggi tegap dan mencairkan "kata Satik sambil tersenyum membayangkan wajah lelaki penjajah itu .
"Benarkah?Aku ada mendengar nya tetapi aku tidak berkesempatan untuk melihat nya .Kalau ada peluang ingin sekali aku bertemu dengan nya"Ucap Sebai menyuarakan hasrat hati nya .Senyuman nya galak sampai ke telinga pantang bagi diri nya medengar lelaki tampan pasti hati nya bercita cita untuk memiliki lelaki tersebut tanpa berpikir panjang.

"Tetapi aku penasaran Sebai mau ka dia dengan gadis seperti kita .Aku dengar dia telah mendatangi beberapa kamar tidur anak gadis di hilir kita tetapi ..."
"Tetapi apa ?Aku pasti dia tidak berkenan dengan gadis gadis itu "potong Sebai sebelum menyelam ke dalam sungai untuk beberapa saat sebelum timbul di permukaan.
"Aku dengar ada cerita yang kurang bagus juga "Satik berjeda seketika seperti memikirkan sesuatu .
"Ada apa sebenar nya?Kau buat aku penasaran sahaja!" Tanya Sebai seperti tidak sabar ingin tahu cerita yang di sampaikan oleh teman nya itu .
"Aku dengar dia telah mengumpan beberapa anak gadis tinggal di kediaman mereka .Mereka seperti nya berpesta setiap malam ."Kata Satik sambil menyental daki di badan nya menggunakan kulit buah ranggir .

"Wahh seperti menyeronokkan sahaja mesti mereka dikelilingi oleh peria yang gagah dan tampan ."kata Sebai keseronokkan rasa ingin sekali dia mendambakan diri nya pada lelaki asing itu .
"Bukan itu sahaja Sebai para gadis yang tinggal bersama mereka tinggal makan tidur sahaja tidak perlu ke huma tidak perlu ke hutan tinggal duduk diam sahaja di situ"Jelas Satik seolah olah memancing sahabat nya itu .
"Benarkah begitu ?Kalau begitu aku ingin sekali hidup seperti itu tinggal makan dan tidur sahaja.Hidup seperti puteri emas dipandang tinggi oleh orang orang disekeliling kita "
"Tepat sekali Sebai .Kalau kau mau aku boleh sahaja memberitahu mereka supaya dia datang ke kamar kau nanti ."kata Satik sambil mengukir senyum yang tidak dapat di tafsirkan
'Dasar perempuan bodoh mudah juga termakan kata kata ku .'Sumpah Satik dalam hati .

********
Flashback

"Lepaskan aku jahanam!"Jerit Satik sambil memegang jeriji kayu dalam kurungan .Sudah dua minggu dia menjadi kupu kupu peliharan Tuan Smith tetapi bukan dia sahaja ada sepuluh orang anak gadis yang senasib dengan nya.Siang mereka di kurung diperlakukan seperti pesalah malam mereka terpaksa melayani lelaki penjajah tersebut beramai ramai .Jika mereka menolak mereka akan dikurung tanpa makanan .
"Satik ,aku ada dengar banyak gadis yang cantik di rumah panjang kamu .Aku mahu mereka tinggal di sini menjadi kupu kupu peliharaan ku"Satik menatap wajah Tuan Smith yang angkuh itu dengan amarah tersebunyi.
"Tidak!Aku tidak akan membiarkan kau menodai gadis kaum ku lagi!"Amarah Satik kemuncak mata nya tajam seperti harimau buas yang ganas .

"Aku memberi mu dua pilihan .Aku akan lepaskan kamu jika kamu dapat memujuk mereka ke sini jika tidak aku akan siksa kau di sini selama nya .
"Keparat!Kau sengaja menyulitkan diri ku."Nafas Satik turun naik menahan amarah di dada nya .
"Aku akan lepaskan kamu jika kamu boleh membawa salah seorang dari mereka .Aku mahu baka yang bagus untuk di pelihara ."Satik diam seketika memang dia ingin lepas dari sangkar neraka itu .Haruskah dia mengorbankan salah seorang dari gadis desa nya untuk melepaskan diri dari penjajah durjana itu .
"Baik aku setuju tetapi kau harus melepaskan aku jika tidak aku akan memberitahu semua desa di sini apa yang belaku di sini ?"ugut Satik terpaksa bersetuju dengan permintaan gila Tuan Smith .
"Bagus.Aku berjanji akan melepaskan mu dan kau berjanji tidak akan memberitahu mereka apa yang belaku di sini.Jika mereka tahu butir peluru ini akan menembusi tubuh mu."Ternyata Tuan Smith tidak sebodoh yang dia sangkakan kini nyawa nya menjadi taruhan.Dia harus mencari jalan untuk melepaskan diri dari bangsa keparat itu .
#besambung

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience