BAB 1

Crime Completed 7162

Aku melabuhkan duduk disalah satu kerusi yang telah disediakan di kafeteria.Resah dan semakin resah.Walaupun hujung bulan ini akan berakhirnya aku sebagai pelajar di kolej ini.

Seketika kemudian,tangan terus mengurut kepala yang terasa sedikit pening.Pening memikirkan tentang cadangan kedua orang tuaku.Adakah mereka benar-benar maksudkannya?

Aku tak tahu..Yang pasti aku terpaksa berkahwin dengan orang yang aku tak cinta selepas habis belajar.Oh tidak aku masih muda!

Terlalu muda!Malah lelaki tersebut ialah teman lelaki kawan karibku sendiri!Tak mahu aku jadi perampas.Namun aku benar-benar tersepit.

“Woi perempuan!”Lamunan aku terus terhenti.Aku mencari gerangan siapakah yang menyergah aku secara tiba-tiba?Alangkah hilangnya wajah ayu milik rakan karibku.Wajahnya ketika ini benar-benar menakutkan dan yang pasti mengalahkan singa betina!

“Ehh…Aina!Kenapa tiba-tiba marah ni?”Aku pura-pura bodoh.

“Eh perempuan!Kau tak payah berpuralah!Dah pupus ke lelaki dalam dunia ni hingga kau sanggup rampas teman lelaki aku!”bingit sungguh suara Aina bergema sehingga menarik perhatian orang di sekeliling kami.

“Aku tahu..Tetapi perlahan sikit suara kau tu boleh?Malulah orang pandang!”

“Ohh…Tahu pula malu!Habis rampas teman lelaki aku tak malu?”Suara Aina kendur sedikit.Kelihatan sudah berkaca-kaca matanya.Aku hanya terdiam.

“Farzana…tolong jangan jadi kawan makan kawan?!Kalau kau masih anggap aku sebagai kawan kau!Tolak cadangan tu,kalau tak kita putus hubungan dan aku akan kacau hubungan kau orang sampai hayat aku!”terkejut aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience