BAB 4

Crime Completed 7162

“Thank you!”kata perempuan yang agak seksi juga dipandangan mata.Tiba-tiba terlintas satu perkara.Baru aku tersedar yang dihadapanku kini mirip Aina.

“Maaf cik.Awak ni Aina Hafiza ke?”Entah aku rasa bodoh juga aku bertanya seperti itu.Dah sah-sah gadis yang seksi itu bukan Aina.Aina jenis menjaga auratnya!

Gadis itu datang kembali ke arahku.Lama dia merenungku sebelum mulutnya tergaris senyuman sinis.

“Kau masih ingat aku rupanya..”

“Ya Allah!!Aina aku rindu kau sangat.Kenapa kau tak telefon aku..Kau pergi mana sebelum ini?Cakaplah!!”Aku menghiraukan sahaja apa yang dicakap oleh Aina.Sekarang ini aku perlu bersabar!

“Kau jangan nak seronok sangat!Perempuan jahanam…”Perlahan sahaja alunan suaranya.namun masih dapat aku menangkap bait perkataan itu.

Ternyata kau masih lagi berdendam dengan ku Aina.Mataku hanya menatap susuk tubuh itu pergi.

“Aku terima nikahnya,Nur Farzana Binti Shaizal,dengan mas kahwinnya dua ratus ringgit tunai!”Entahlah sudah beberapa kali aku menggulang perkataan yang diucap Qashif.

Kini sudah seminggu aku menjadi isterinya.Layanannya terhadapku sangat baik.Aku melabuhkan duduk diatas katil sambil menatap gambar perkahwinannya denganku.

Dari riak wajah Qashif,dia amat ceria senyumannya tidaklah seikhlas aku.Tetapi kenpa sampai sekarang perasaan aku terhadap Qashif tiada perubahan?

Mangapa benih yang ditaburkan oleh Qashif masih belum bercambah menjadi sejuta rasa.Kenapa hatiku susah hendak mencintainya?

Tengah hari ini,Qashif tidak akan pulang.Dia kata hendak makan bersama rakan-rakan sepejabatnya.Senyuman aku terus mati apabila orang mengetuk pintu rumah.Kuat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience