BAB 2

Crime Completed 7162

Kenapa kawan aku sanggup berbuat sedemikian hanya kerana cinta dan nafsu!?

“Aina…Aina…Aina!”aku memanggil-manggil namanya tetapi Aina tetap berlalu pergi.

Di dalam kereta aku menanggis sepuas hati.Aku benar-benar tersepit kala ini.Ya Allah,tolonglah hambaMu ini…Air mata terus mengalir..

Sebulan kemudian aku tidak lagi menerima mesej dan panggilan dari Aina lagi.Ibu dan ayah sibuk membuat persiapan perkahwinan.Ya,perkahwinan aku dengan Qashif teman lelaki rakanku.

Yang menjadi persoalan sekarang ini,adakah Aina benar-benar menyatakan hasratnya?Aku menghirup kembali air milo ais yang baru sahaja aku order tadi.

“Assalamualaikum..Farzana”suara garau itu mengejutkan aku.Aku terpaku sahaja di saat aku melihat wajahnya yang kacak.Patutlah susah benar Aina hendak melepaskannya,baru aku sedar yang Qashif memang kacak!

“Waalaikumusalam..duduklah!”aku menjemputnya duduk.Terasa kekok aku ketika ini.

“Sihat?”Setiap kali dia berjumpa denganku pasti itulah soalan pertama yang keluar.Aku ni nampak tak sihat selalu ke?Untuk membalasnya aku hanya mengangguk.

“Sejak kebelakangan ni kau ada nampak Aina tak?”aku hanya menggeleng.

“Aik bukan kau dengan Aina kawan rapat?Takkan tak ambil tahu langsung!”aku hanya menggeleng.Aku tidak mampu untuk bersuara.Melihat anak matanya apatah lagi.Aku hanya menekur ke bawah sahaja.

“Kau ni dah kenapa?Aku cakap dengan kau bagai aku cakap dengan tunggul je!!”dia tiba-tiba marah tak tentu pasal.Aku terdiam sekejap dan kemudian aku bingkas bangun untuk berlalu pergi.

“Farzana..Kau nak pergi mana tu?Farzana!Tunggu aku!”Aku tahu Qashif mesti akan kejar aku.Aku tidak tahu mengapa sejak kebelakangan ini dia suka sangat kacau aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience