“Sekejap abang..Kenapa ketuk pintu ma…”kata-kataku hanya terluah sampai di situ.
Sungguh aku terpaku melihat wajah yang bengis di hadapan mata.Tanpa aku sedari pisau ditangannya sudah melekap elok di leherku.Diheret aku masuk ke dalam rumah dan dia mengunci pintu.
Aina menolak tubuhku jatuh ke sofa.Pisau yang ditangannya sudah hendak menerkam mangsanya.
“Kau dah gila ke Aina?”Aku menyoal.
“Ya!Memang aku gila!Aku gila semua sebab kau perempuan!Hari ni kau akan mati ditangan aku!!Haha”jerit Aina bagaikan sudah dirasuk.Pangg!!
Bunyi pintu ditendang membuatkan kami berdua terpaku.Qashif,dia datang untuk selamatkan aku?Alhamdulullah Ya Allah!
Pisau itu mula menerkam ke arahku aku,Alhamdulillah aku sempat mengelak.Qashif datang dari belakang cuba menghalang Aina mencederakan sesiapa.
Aku bergegas ke arah pintu.Kelihatan Qashif sedang bergelut dengan Aina.Tiba-tiba aku terdengar suara menjerit kesakitan.Qashif jatuh,dia memegang bahunya yang terkena pisau.
Tanpa aku berlengah terus aku menerkam ke arahnya.
“Abang,bertahan..bang..”Airmata ku laju mengalir.Namun,Aina yang berada agak jauh dari kami sudah melepaskan pisaunya kebawah.Terkedu melihat tangannya sendiri yang membunuh kekasih hatinya.
Aku terkejut secara tiba-tiba sahaja,Aina berlari keluar dari rumah.Aku mula runsing…Melihat akan keadaan Qash yang sudah parah.Dummm!!
Bunyi dentuman itu membuatkan aku bergegas untuk melihat apa yang berlaku.Ya Allah.
Share this novel