bab2: hari persekolahan

Romance Series 643

Selepas mandi dan solat, penghuni asrama pergi ke dewan makan untuk bersarapan. Aina, Iman dan Syasya sarapan bersama. Selepas bersarapan mereka mengambil barang mereka dan bersiap untuk ke sekolah.

Tepat jam 7:00pagi, penghuni asrama berjalan masuk ke kawasan sekolah. Semua teruja kerana hari ini hari pertama persekolahan.

Perhimpunan bermula pada 7:30pagi. Pengetua memberi ucapan dan kata-kata aluan kepada pelajar tingkatan satu. Selepas tamat perhimpunan, pelajar tingkatan satu diminta tunggu untuk pengagihan kelas.

Allah memakbulkan doa Iman, Aina dan Syasya. Mereka mendapat satu kelas iaitu kelas Bijak. Kelas pertama.

"Yeyyyy. Kita dapat satu kelas!" kata Aina dengan teruja.

"Alhamdulillah." balas Syasya.

Pelajar tingkatan satu pergi ke kelas yang telah ditetapkan. Untuk awal tahun, kedudukan dalam kelas
tidak disusun mengikut pencapaian.Mereka disusun secara rawak. Peperiksaan pertengahan tahun ini, barulah kelas dirombak semula.

Kelas 1Bijak riuh dengan suara pelajar. Ada yang bergosip, berbual tentang percutian mereka dan pelbagai lagi.

Dalam beberapa minit, kelihatan seorang wanita berkasut tumit yang sederhana masuk ke kelas mereka. Wanita itu ialah Cikgu Ros. Beliau mengajar mata pelajaran Sains.

"Assalamualaikum kelas." kata cikgu Ros.

"Waalaikumussalam cikgu" jawab kelas 1Bijak.

"Okey kelas. Harini kita tak payab belajar lagi. Kita kenal-kenal dulu. Apakata kita main satu permainan?" kata Cikgu Ros.

"Permainan apa cikgu?" tanya salah seorang pelajar yang bernama Amin.

"Permainan dia mudah ja. Setiap orang pertama bangun dan beritahu nama, hobi dan cita-cita. Kemudian orang kedua beritahu nama, hobi dan cita-cita juga. Lepas dia beritahu orang kedua perlu bagitau nama, hobi dan cita-cita orang pertama. Begitulah seterusnya. Faham?" kata cikgu Ros.

"Faham!" kata murid 1Bijak.

Mereka bermain dengan gembira. Ada yang gelak sampai keluar air mata kerana ada orang yang lupa nama kawan dia dan merapu. Waktu Cikgu Ros berlalu sehingga rehat.

"Okey. Semua boleh kemas barang dan boleh keluar rehat." arah Cikgu Ros.

_______________________________________________

Kantin mula dipenuhi dengan pelajar. Semua pelajar perlu guna 30minit waktu rehat dengan baik. Ada yang makan di kantin, ada yang makan di bawah pokok kerana meja di kantin terhad.

"Awak pergi cari tempat dulu. Biar saya dan Syasya belikan makanan." kata Aina kepada Iman.

"Baiklah. Awak tolong belikan saya nasi lemak dan air anggur ya." kata Iman sambil menghulurkan RM2.

Iman mencari meja yang kosong. Setelah beberapa minit mencari akhirnya dia menjumpai tempat kosong. Dia terus menuju ke sana kerana takut tempat itu diambil orang.

Beberapa minit kemudian, Aina dan Syasya datang ke arah Iman. Mereka pun menjamu makanan dengan laparnya.

"Seronok la permainan tadi." kata Aina

"Betul tu. senang ja nak ingat nama kawan sekelas." balas Iman.

Tinggal beberapa minit saja lagi sebelum waktu rehat tamat. Kantin semakin lama semakin sunyi. Semua pelajar sudah masuk ke kelas kerana pelajaran akan bermula.

Guru kelas 1Bijak Cikgu Aini masuk ke kelas. Beliau mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu. Dia mengadakan sesi perlantikan ketua dan penolong ketua kelas.

Sudah 30 minit berlalu. ketua kelas dan penolong ketua kelas telah dilantik. Ketua kelas 1Bijak ialah Muhammad Amin. Manakala penolong pula ialah Aina Nur Nisa. Selepas perlantikan, Cikgu Aini berbual mesra dengan anak muridnya. Beliau juga mengagihkan jadual waktu.

Waktu persekolahan pun tamat. Semua pelajar pulang ke rumah. Pelajar asrama pulang ke asrama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience