bab1: Asrama???

Romance Series 643

Kelihatan kawasan asrama dipenuhi dengan kehadiran ibu bapa serta pelajar tingkatan satu yang baru mendaftar. Ada yang kelihatan gembira, sedih, teruja, risau dan sebagainya.

Selepas taklimat, pelajar tingkatan satu membawa barang-barang mereka ke kamar yang telah ditetapkan. Ibu bapa masing-masing mengiringi anak mereka ke kamar. Kelihatan ada yang menangis kerana tidak mahu berpisah dengan ibu bapa mereka.

"Ada lagi barang yang tertinggal?" tanya seorang lelaki kepada adiknya, Aina

"Tiada. Semua sudah dibawa naik." balas Aina

"Aina jaga diri tau, jangan nakal-nakal. Belajar rajin-rajin." Pesan ibu Aina.

"Baiklah, ibu. Aina akan belajar rajin-rajin dan banggakan ibu." balas Aina

Selepas bersalaman dengan keluarganya, Aina mengemas barang-barangnya dan menyusunnya di dalam almari yang disediakan. Semasa dia mengemas barang-barangnya, dia terdengar bunyi tangisan. Lalu dia mencari arah bunyi tersebut. Dia terlihat seorang perempuan sebaya dengannya di sebelah almarinya. Aina menghampiri budak perempuan tersebut.

"Ermmm... Hye, saya Aina."

Budak perempuan tersebut tidak pedulikan Aina. Sebaliknya dia terus menangis. Aina tidak berputus asa. Dia cuba bertanya lagi.

"Kenapa awak menangis?" tanya Aina dengan berani.

"Sa... sa... saya tidak mahu tinggal di sini. Sa... saya tiada kawan di sini." jawab budak itu sambil teresak-esak. Air mata yang mengalir dilapnya.

"Ooo. Awak jangan lah sedih. Saya kan ada. Kita boleh jadi kawan. Lagipun, saya tidak kenal sesiapa pun di sini. " balas Aina sambil tersenyum.

"Be...be..betul awak nak jadi kawan saya?" tanya budak perempuan itu. Suaranya kembali normal.

"Ya. Saya Aina. Apa nama awak?" tanya Aina Sambil menghulurkan tangannya.

"Saya Syasya." kata Syasya sambil menyambut tangan Aina. Senyuman mula terukir di bibirnya.

Mereka berbual sambil mengemas barang-barang mereka.

___________________________________________________

Di waktu malam. Pelajar tingkatan satu berkenalan dengan senior mereka. Mereka diberitahu perkara yang dilarang di asrama. Semua senior kelihatan baik.

Aina dan Syasya berjalan menuju ke tempat prep. Mereka duduk bersebelahan dan berbual mesra. Semasa mereka berbual, mereka terlihat seorang pelajar tingkatan satu duduk bersendirian. Lalu mereka menghampiri budak itu.

"Errrr, hyee. Kenapa awak duduk bersendirian?" tanya Aina. Dia seorang budak yang peramah .

"Saya tiada kawan." balas budak itu dengan wajah yang muram.

"Apa kata awak duduk dengan kami. Sebelah meja kami ada kosong." kata Aina.

Budak itu akur. Dia pun menuju ke arah meja yang dikatakan oleh mereka.

"Apa nama awak?" tanya Syasya.

"Nama saya Iman." balasnya ringkas.

"Saya Syasya, dan ini Aina" kata Syasya.

Iman tersenyum. Dia mula berbual dengan Syasya dan Aina.

__________________________________________________

Selepas waktu prep tamat, semua penghuni naik ke kamar masing-masing untuk tidur. Esok adalah hari pertama persekolahan. Pelajar tingkatan satu berdebar- debar menunggu hari esok.

"Katil awak dimana?" tanya Syasya kepada Aina selepas mengemas barang.

"Di situ." balas Aina sambil menunjukkan katilnya.

"Saya tidur dengan awak boleh. lagipun katil saya bersebelahan dengan katil awak?" tanya Syasya.

"Boleh ja." balas Aina. Mereka pun menuju ke katil mereka dan bersedia untuk tidur.

Tiba-tiba Iman datang ke arah mereka dengan membawa bantal dan selimutnya.

"Errrr. Boleh saya tidur disini?" tanya Iman.

"Apa salahnya. Lagipun ruang masih banyak." kata Aina.

"Awak rasa kita dapat sekelas tak?" tanya Aina.

"Entah lah. Saya harap kita dapat sekelas. " balas Iman dan Syasya.

Semakin lama mata mereka mula kuyu, mereka pun tertidur dengan nyenyak. Mereka gembira kerana hari ini hari yang baik. Mereka juga berharap esok hari yang baik juga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience