Sudah tiga bulan berlalu. Peperiksaan awal tahun akan tiba seminggu saja lagi. Semua pelajar membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan.
*Di kantin
"Ingat, peperiksaan awal tahun ni kita kena bagi lulus untuk kekal di kelas 1Bijak. " kata Aina kepada Iman dan Syasya.
"Betul tu. Kita tak boleh main-main. Nanti gagal turun kelas lah jawabnya." kata Iman sambil menyuap nasi ke mulut.
"Saya harap yang kita tak akan terpisah." kata Syasya pula.
"Makan cepat. Nanti tak sempat ke perpustakaan." kata Aina.
Selepas makan, mereka pergi ke perpustakaan untuk mengulang kaji.
_ _ _ _ _ _
Semasa ingin pulang ke asrama, Aina bertemu dengan Irfan.
"Aina, peperiksaan ni buat yang terbaik. Saya akan. usaha supaya dapat sekelas dengan awak" kata Irfan sambil tersenyum.
Aina hanya membalas senyuman Irfan dan terus menuju ke surau untuk solat.
"Nampaknya ada orang ingin berkawan dengan Aina" usik Syasya.
"Mana ada." Aina bantah.
Selesai solat, mereka bertiga naik ke kamar untuk berehat. Selepas berehat, mereka menuju ke bilik prep untuk mengulang kaji. Esok adalah hari pertama peperiksaan.
_ _ _ _ _ _
Peperiksaan telah tamat 2minggu lalu. Hari ini keputusan peperiksaan akan keluar.
"Cikgu akan beritahu keputusan sorang demi seorang. Cikgu mula dari tempat terakhir." kata Cikgu Ros. Beliau membaca satu persatu nama mereka.
"Tempat ketiga Nur Iman, tempat kedua Nurul Syasya dan tempat pertama ialah... Aina Nur Nisa." kata-kata Cikgu Ros diakhiri dengan tepukan gemuruh oleh pelajar 1Bijak.
"Tahniah. Siapa rasa keputusan dia tidak memuaskan, peperiksaan akan datang buat yang terbaik." kata cikgu Ros lalu membenarkan pelajarnya keluar rehat.
Aina, Syasya dan Iman berbual semasa menuju ke kantin. Persahabatan mereka semakin akrab. Dalam perjalanan ke kantin, mereka terserempak dengan Irfan
"Hai Aina, awak dapat nombor berapa?" tanya Irfan.
"Dia dapat nombor.... 10 buang sifar.." Syasya yang tolong jawabkan.
"Perhhh.. pandai nya. Korang dua pulak?" tanya Irfan lagi.
"Iman nombor tiga, Syasya nombor dua." balas Aina dan terus menuju ke kantin kerana takut tidak sempat makan.
_ _ _ _ _ _ _
*Keesokan harinya....
Semua pelajar tingkatan satu diminta tunggu selepas perhimpunan kerana mereka akan membahagiakan kelas yang baru.
Berkat usaha Iman, Aina dan Syasya mereka masih kekal di kelas 1Bijak. Tetapi tanpa diduga, Irfan juga berjaya masuk ke kelas 1Bijak.
Ketua kelas dan penolong baru dilantik. Ketua kelas 1Bijak ialah Irfan dan penolong ialah Aina
"Cikgu harap sangat-sangat yang kelas ni akan jadi kelas yang terbaik." kata cikgu Aini, guru kelas mereka.
Pelajar 1Bijak mula berkenal kenalan. Ada yang sudah mengenali dan ada yang baru berkenalan.
"Hahaha... Tak sangka yang awak bertiga ni pandai." kata Irfan kepada Aina, Syasya dan Iman.
"Rezeki Irfan ooo. Atas usaha kami sendiri." balas Aina.
Syasya dan Iman hanya mengangguk. Beberapa minit kemudian, cikgu Ros masuk dan memulakan sesi pembelajaran. Dia tidak boleh membuang masa kerana peperiksaan pertengahan tahun akan berlangsung beberapa minggu saja lagi
"Peperiksaan pertengahan tahun ini, buat yang terbaik tau. Jangan 'down'. " pesan cikgu Ros. Beliau memulakan pelajaran.
Share this novel