Bab3: Orientasi

Romance Series 643

Sudah Seminggu pelajar tingkatan satu menetap di asrama. Harini ini ialah hari cuti. Aktiviti yang dijalankan ialah Orientasi. Mereka dibahagikan beberapa kumpulan. Setiap ahli kumpulan berbeza umur. Syasya dan Iman sekumpulan. Aina tidak sekumpulan dengan mereka.

"Semua kumpulan harus melantik seorang ketua. Kemudian setiap kumpulan haruslah membuat persembahan. Jadi anda diberi masa selama 1jam untuk membuat persediaan." kata ketua asrama lelaki.

Semua kumpulan sibuk merancang persembahan. Ada yang membuat lakonan, menyanyi, lawak dan banyak lagi.

"Kita nak buat apa?" tanya seorang lelaki bernama Irfan.

"Hermm... apa kata kita buat lawak?" tanya ketua kumpulan, Sara.

"Lawak??" tanya Irfan.

"Lawak macam mana tu?" tanya Aina pula.

"Macam ni..." Sara menerangkan cadangannya.

"Macam tak kena ja.." kata seorang lelaki, Syazwan.

"Habis tu nak buat apa?" tanya Sara.

Mereka semua berfikir cara melakukan persembahan yang mudah tetapi menarik.

"Apa kata kita menari dengan menyanyi. Saya boleh menari." kata Syazwan.

"Biar saya nyanyi." kata Irfan dan Aina serentak.

"Bolehlah. Awak berdua menyanyi, Syazwan menari. yang lain menari sikit-sikit. Okey?" kata Sara

Mereka bersetuju dan mula berlatih pergerakan, nyanyian dan memilih lagu.

"Nama awak apa?" tanya Irfan kepada Aina.

"Aina. Awak Irfan kan?" kata Aina

"Ya. Fuhh femes juga saya ya.." kata Irfan sambil ketawa.

"Ehh perasaan.." kata Aina dengan muka menyampah.

"Pandai ka awak menyanyi?" kata Irfan sambil mengejek.

"Bolehlah. Saya kat rumah suka karaoke." balas Aina.

Aina dan Irfan berduet di atas pentas. Selepas mereka melakukan persembahan, mereka mendapat tepukan gemuruh kerana persembahan mereka menarik.

"Perhhh sedap lah suara awak." puji Irfan kepada Aina.

"Mana ada. Suara awak pun sedap juga." balas Aina

Selepas semua persembahan tamat, penyampaian hadiah kepada pemenang. Kumpulan Aina mendapat tempat pertama. Manakala kumpulan Syasya dan Iman mendapat tempat kedua.

"Wey Aina. Awak kelas apa?" tanya Irfan.

"1Bijak. Awak?" kata Aina.

"Owh. Saya kelas 1Cerdik. Kelas nombor dua." balas Irfan.

"Okeylah. Nanti kita berbual lagi. Bye" kata Aina

"Bye." balas Irfan.

Irfan hanya memerhatikan langkah Aina. 'Comel juga ya. Baik pun baik. Tapi mesti sudah berpunyaa... hermm' bisik Irfan di dalam hati sambil memerhatikan Aina.

Aina mencari Syasya dan Iman. Setelah melihat mereka, Aina terus menuju ke sana. Dia ada cerita ingin dikongsikan.

"Sedap lah suara awak tadi. Bila awak berduet dengan laki tadi. Memang terbaik." Kata Iman apabila Aina berada dekat dengan mereka.

"Hehehe. Terima kasih." balas Aina
'Patutkah aku cerita dekat mereka yang aku minat dekat Irfan?' bisik Aina dalam hati.

"Jom la pergi mandi dan rehat. Letih lah buat lawak.." Syasya sambil ketawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience