Rate

6

Romance Series 2936

Air mata Hanna mula timbul dari tubir matanya. Dia tidak bermaksud apa - apa. Cuma ingin membersihkan kotoran dan air mata Edward sahaja. Tetapi posisi mereka ketika itu disalahfaham oleh mata yang melihat. "Saya minta maaf Dato. Wallahi saya tak ada niat buat benda bukan - bukan. Saya cuma lapkan muka dia je" dia berkata sambil menangis - nangis.

Dato Hazari bukanlah seorang ulama, tetapi ketegasannya sangat terkenal dalam kalangan penjawat syarikat tersebut apabila memikirkan soal pergaulan antara lelaki dan perempuan.

Awalnya dia memang percaya itu disengajakan namun melihat keikhlasan Hanna meminta maaf berkali - kali. Dia sedar, Hanna memang tiada niat. Perilaku Hanna memang amat berbeza sekali dengan Maya. Seingatnya gadis itu pernah ditegurnya agar jangan terlalu rapat dengan lelaki ketika di Perth dahulu (11 tahun yang lalu sebelum Edward memperkenalkan keluarganya kepada Maya) tetapi gadis itu cerlung memandangnya sambil menjawab "None of your business" lalu meninggalkannya pergi. Tetapi Hanna berbeza, dia jelas tahu dia tidak berada di posisi yang salah. Tetapi bibirnya tidak henti mengucap kata maaf. Baginya inilah masanya dia mengatur langkah. "Tell Ed, i will be waiting for him at home" Hanna hanya mengangguk faham enggan menjawab lebih lanjut. Takut akan dimarahi.

-------------

Edward terbangun dari tidurnya. Wajahnya tertempel dengan tisu - tisu kering. "What is this?..ugh" sambil mengalihkan tisu tersebut dari wajahnya. Edward mengarahkan setiausahanya untuk memanggil Hanna memandangkan gadis itu tidak ada di mejanya.
"Ye boss".
"What is this? You want to make a fool out of me?" Dengus Edward.

Habislah, tadi sudah dimarahi oleh Dato Hazari, sekarang anaknya pula. "Im sorry sir, i just cleaned up your face. Im sorry sir".
"Did i asked you to do that?" Terkunci mulut Hanna.

'Ya Allah memanglah kau tak minta. Tapi dah kau nangis macam tu. Aku jatuh kesianlah dekat kau' dengus Hanna sambil menunduk kerana malu.

Edward mula menunjukkan sisi lainnya kepada Hanna. Semakin lain Edward. Makin angkuh, pemarah dan cepat melenting. Waima hal - hal kecil sekalipun.
"Im sorry Sir, won't be happen again. Im sorry"

Edward hanya menjeling tajam. Kecut perut Hanna dibuatnya. "Er..Sir, your dad said. He's waiting for you at home". Edward yang tadinya tertunduk mendongak memandang Hanna. Edward melihat pada tarikh, dia sudah mula sedar. Pasti daddy akan mengutarakan isu tentang perkahwinan dirinya dan Maya. Tetapi, disebabkan Maya sudah dianggap 'kotor' pada dirinya. Maka harus dia mencari helah lain agar company gergasi milik ayahnya itu tidak diserahkan bulat - bulat kepada orang lain. "Jom ikut aku" , Hanna hanya menurut di belakang sambil tangannya ditarik oleh Edward.

--------------------
Di rumah, Datin Anggun sudah menyediakan pelbagai jenis juadah. Puding karamel sebagai pembuka selera, soto ayam, ketam masak black pepper, udang masak butter kering, sayur brocolli campur dan kek carrot sebagai penutup. Bahkan bibiknya pula menyediakan salad buah - buahan istimewa, hidangan ini semua disediakan berikutan kata Dato Hazari bahawa mereka mempunyai tetamu istimewa malam ini. Jadi sangkaan Datin Anggun pasti Maya. Walaupun dia tidak berkenan akan gadis itu tapi dia terpaksa melayaninya dengan baik. Kerana itulah pilihan hati anaknya, kebahagiaan Edward kebahagiaanya juga.

Kereta Edward diparkirkan depan rumah. Dato Hazari yang baru selesai menunaikan solat maghrib mula menunjukkan wajah di hadapan pintu rumah. 'harap berjalan dengan lancar' kemudian Dato Hazari berlalu ke dapur mendapatkan isterinya. Dato Hazari melihat Datin Anggun dengan senang hati. Isterinya itu cukup mempersonakan. Cakaplah apa saja makanan, pasti Datin Anggun tahu membuatnya. Terdetik di hatinya, tidak sia - sia dia mengahwini wanita itu.

Manakala, Edward pula mula menarik keluar tangan Hanna dari perut kereta. Hanna mulai pelik tetapi dia diamkan sahaja. Pergelangan tangannya mula terasa sakit. "Encik. Sa..sakit..saya boleh jalan sendiri". Edward mula melepaskan tangan Hanna dengan geram. "Diam!" Ujar Edward. 'takkanlah sebab salah aku, dia buat macam ni' hati Hanna mula risau. Risau jika dia akan diberhentikan akibat tisu - tisu kering, risau dia akan dipermalukan di hadapan bapa bossnya itu. 'ya Allah selamatkanlah aku.' air matanya mula keluar.

Takut mula menguasai dirinya. Apabila sampai ke ruang tamu. Hanna menyeka air matanya segera, dia menoleh belakang. Malu dia diperlakukan begitu. "Ha dah sampai pun. Eh jemputlah ke dapur" pelawa Datin Anggun. Rambut lurus gadis yang berdiri di belakang Edward sangat berbeza dengan rambut Maya yang ikal dan sedikit berwarna. "Ed, bring your friend with you" edward hanya tersenyum simpul membalas pelawaan ibunya. "Dah jom!" bentak Edward. Seusai menyeka air matanya, Hanna menoleh ke depan. Alangkah gembiranya Datin Anggun bila melihat Hanna. Hatinya dipagut rasa terharu yang amat. "Ya Allah..eeee cantiknya. Siapa ni?" Datin Anggun berpura-pura lupa akan Hanna. Padahal gadis itulah yang benar - benar sukar dilupakannya untuk dijadikan calon menantu sejak insiden troli haritu. "Hanna makcik. Hanna binti Hj Iskandar" ucap Hanna sambil menyalami tangan wanita itu. Datin Anggun tersenyum bahagia. 'ya Allah. Terima kasih'.

"Ha jomlah makan. Banyak mama masak ni" . Datin Anggun membahasakan dirinya sebagai Mama kepada Hanna menyebabkan Hanna tersentuh. 'Mak?' hatinya dipagut sayu. Kalau boleh meraung dan menangis. Dia akan menangis di situ juga. Mengenangkan dia sekarang berada di rumah bossnya. Maka dia terpaksa menahan sesak di dadanya. Sejak kecil hidup menjadi anak yatim, hidupnya tanpa belaian seorang ibu benar - benar merobek hatinya. Ayahnyalah yang berhempas pulas membesarkan dia seorang diri. Namun menjelang usianya 12 tahun, Allah menarik ayahnya terlebih dahulu hingga dia terpaksa diletakkan di pusat anak - anak yatim piatu. Sakit..tetapi dia bersyukur sudah mampu berdiri sendiri sejauh ini.

"Hanna nak makan apa sayang? Boleh makan ketam ke? Ni sedap ni mama masak" Datin Anggun terlebih pelawa sehingga tidak menyedari Edward memerhati perilaku ibunya itu. "tak apa Puan. Saya boleh hidang sendiri" "eh apa pulak panggil Puan. Panggillah mama." Memang tidak dapat tertahan , air mata Hanna mengalir. Datin Anggun mula rasa bersalah. "Eh sayang. Mama ada salah cakap tak?". Hanna mula menggeleng, "Terima Kasih..Ma..M...Mama" Datin Anggun segera berdiri dan mengurut bahu Hanna. Entah apa yang dilalui oleh gadis muda itu sehingga dia boleh menangis.

Edward yang pening dengan situasi hidupnya mula rasa jengkel. Entah mengapa dia mula membenci Hanna. Mungkin kerana sikap ibunya yang berlebihan melayani Hanna sedangkan ketika kedatangan Maya. Gadis itu langsung tidak disentuh, walaupun ibunya itu ramah berceloteh dengan Maya. Edward buat 'rolling eyes'. Menyampah.

Dato Hazari cuma memandang kedua wanita itu. Hatinya benar - benar terharu. Pilihannya tidak pernah salah alamat. Tiba-tiba Edward bersuara "Ma..im hungry!" . "Ok jom makan" kata Datin Anggun.

Usai makan

Dato Hazari bertemu anaknya Edward di kawasan kolam renang mereka. Di birai itu tersedia meja dan empat kerusi. Lantainya dihiasi batu - batu sungai yang mewah beserta baru marmar yang tersergam indah di dinding rumah merek. Tampilan itu membuatkan rumah Dato Hazari tersergam indah dan tampak mewah bagi sesiapa yang melihatnya. Dato Hazari duduk bertentangan dengan Edward.

"I think you already know why i want to talk with you tonight right"
Edward gusar tetapi cuba beriak tenang.

"Yup! And as i said. I already have mine with me today. She's inside"

sambil kepalanya bergerak sedikit untuk menunjuk ke arah rumah jawab Edward dengan yakin.

Dato Hazari tersenyum sinis, dia tahu anak jantannya itu pantang dicabar. Walaupun terpaksa mempertaruhkan perasaan sekalipun.
"Since when?"
"Since she work with me. Love at the first sight"
untuk menutup helahnya dia terpaksa berbohong. Hanna yang sedang seronok bercerita dengan ibu Edward ditenung sedikit dari jauh. 'cantik' hatinya bermonolog tetapi segera dipintas kerana hatinya masih sakit menginginkan Maya tetapi dibunuh oleh kepercayaan yang dikhianati.

"It's so clear. I think maybe we should proceed for your wedding aren't we?"

Ujar Dato Hazari tersenyum.

"Yes sure" kata Edward sambil membalas lelaki tua itu dengan pandangan dan senyuman sinis.

Ketika di dalam kereta. Edward cuba beriak tenang. Bimbang kegusarannya boleh dibaca oleh Hanna. "Marry me!" Hanna tersentak 'huh?' kepala Hanna mula mencerna soalan Edward tadi.
"Tuan cakap apa?"
"Marry me! Kahwin dengan saya. Minggu depan kita proceed untuk nikah. Awak tak perlu tahu apa-apa. Cukup rias diri dan kita cari wali terdekat awak" Hanna bungkam. Dia hilang kata, hendak dikata dia gembira. Tidak juga. Dia terfikir bagaimana keadaan housemate nya 'Fazirah'.
"Saya minta maaf Tuan, tapi tak boleh". Hanna mula membidas.
"Saya belum bersedia" jawab Hanna.
"Kenapa? awak dah ada boyfriend?" Hanna menjeling.

Bekerja dengan Edward dan Ayahnya seolah - olah bekerja tanpa cuti. Hendak dikatakan nak cari masa untuk mencari boyfriend, jangan haraplah. Angkara bossnya itulah dia masih melayari hidup single sehingga kini sedangkan rakan seuniversitinya dulu sudah menimang dua cahaya mata.
"Saya tak nak kahwin".
"Then you can quit from your job. I will make sure there is no one, no company out there will accept you. Are you ready to living as a jobless person?"
'Gulp!! Apa dia nak ni'.
"Saya tak bercinta dengan Tuan. Macam mana saya nak kahwin? Saya tak nak Tuan. Maaf. Please fahamlah keadaan saya. Saya taknak tinggalkan kawan saya Fazirah" baginya gadis itu masih memerlukan dia.
"Letakkan diri awak dulu baru letak diri orang lain. Jangan disebabkan orang lain, awak tak dapat kecapi apa yang sepatutnya. Now! Kahwin dengan saya. Your friend will be jobless too if you reject me. Saya pantang orang reject saya." Terdiam Hanna.

sorry lambat..hehe..enjoy the reading❤️

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience