Lagu Here's your perfect sedang asyik berkuamdang di radio pejabat. Hanna yang sudah sedikit penat mula terasa kantuknya. Sudah berhari - hari dia masuk pejabat. Bossnya tidak pernah kelihatan. Cuma terdengar namanya saja. Edward Jaden Qudsi.
Panjangnya nama, anak dara di pejabatnya mula riuh semenjak hari pertama lelaki itu 'ditabalkan' menjadi CEO syarikat itu. Semua mengkhabarkan bahawa lelaki itu tampan. Tetapi batang hidungnya pun tidak pernah terlihat oleh Hanna. Fazirah dan Danish sahaja yang membenci lelaki itu. Kerana sudah berkali - kali mereka mendapat 'habuan' setiap kali berlaku kesalahan. Pernah sekali, Fazirah dilemparkan fail - fail departmen yang disiapkan semalaman sehingga kedengaran oleh satu pejabat. Bahkan Danish juga terpaksa turut sama menanggung akibatnya lantaran mereka dua adalah partner yang digandingkan untuk menguruskan perjanjian bagi projek tersebut. Namun, acap kali kesalahan mereka dikesan sehingga dilambungkan fail begitu kasar.
Hanna menguak lacinya. Mencari - cari kalau ada sesuatu boleh disuakan ke mulut. "Ha ada pun" sebungkus kitkat bersaiz kecil di koyak oleh Hanna kemudian isinya di masukkan ke mulut. Hanna tersenyum gembira "ee hehehe..sedapnya". Gelagat Hanna yang tersenyum menikmati coklatnya itu diganggu oleh Mikael. "Nak satu!" Tegur Mikael. "Eh belilah sendiri" jeling Hanna. "Sekarang Arqam apa khabar? Huh?" Tambah Mikael tersengih. Dia tahu apa yang berlaku di antar dua pasangan sejoli itu. Dahulu dialah yang melihat kelakuan curang Arqam di belakang Hamna, berkali -kali dia cuba menyedarkan gadis itu tetapi Hanna tetap memilih untuk mempercayai Arqam. Akhirnya, Hanna sendiri yang menyesal. "Kau boleh tak jangan ganggu aku? Ye aku dah tahulah pasal tu. Hilang selera aku nak makan" getus Hanna.
Mikael hanya memandang Hanna sepi. Gadis berambut lurus itu benar - benar kasihan baginya. Entah di mana kurangnya Hanna di mata Arqam. Jika dilihat dari segi rupa, Hanna jauh lebih cantik berbanding Nasuha. Alis matanya lentik, bibirnya merah bak delima. Sesiapa sahaja yang melihat Hanna pasti akan tertawan. Bahkan tahi lalat di sebelah bibir Hanna tambah memaniskan lagi wajah bujur sirih gadis itu. Sedang seronok memerhati Hanna, sesekali gadis itu mengelap bibirnya yang merekah. Kulit putihnya menyapu pipinya yang memerah di pandang Mikael begitu lama. 'cantiknya kau Hanna' getus hati Mikael.
----------------
Dalam pejabat
Edward sedang sibuk membelek - belek hasil kerja Fazirah dan Danish. Selang beberapa minggu, tarikh temu rapat akan selesai. Namun, hasil kerja keduanya masih belum memuaskan hatinya. Punat telefon disambungkan ke meja setiausahanya. "Panggil Fazirah". Beberapa minit kemudian Fazirah muncul di hadapannya. Habis dibebel Fazirah. Menambahkan malang lagi apabila Fazira bersendirian dan tidam ditemani Danish. Danish terpaksa memohon cuti untuk menemani ibunya ke hospital (annual leave). Jadinya tinggal Fazirah saja yang terpaksa akur dibebeli oleh lelaki itu.
"We only have a few months, but seems like there is nothing change. Ask Danish to come faster before i do something about this" sambil menunjuk ke arah fail Fazirah yang sudah bertebaran di atas lantai. "But sir, just now Danish told me he can't make it today. Hee need to send his mom to hospital" ujar Fazirah. "So? Is that my problem?". Fazirah buntu, mula mencari - cari cara. Akhirnya dia terfikirkan satu nama. Hanna, gadis itu paling cekap buat kerja. Hari ini kena bagi, hari ini juga kerja tu siap. "I can make it, but i need one more chance sir, please let me my friend if she want". "Just do as you want. But if the next project didn't make me satisfied. You and your partner can move to another company". Gulp! 'Mati'
----------------
Di Restoran
Hanna sedang sibuk menyedut Milo aisnya, enggan mendengar permintaan Fazirah. "Alah..kejap je Hanna, pas dah settle. Aku tolong keje kau pulak" rayunya. Dia bukan tidak mengenali Fazirah, ketika Dato Hazari Qudsi yang jadi CEO. Entah berapa kali dia kena maki hamun sebab terlambat hantar projek gara - gara kecuaian Fazirah sendiri. Malah beberapa kali sebelum itu, Fazirah seperti menyerahkan projek itu untuk disiapkan bulat - bulat atas idea Hanna sendiri. Tetapi bila dibentangkan projek tersebut semasa mesyuarat. Seperti Fazirah yang membuatnya .Namun, disebabkan Fazirah adalah sahabatnya sejak bangku sekolah lagi. Dia menerima segala kekurangan Fazirah, baginya sahabatnya itu adalah yang paling sabar membantunya saat dia benar - benar memerlukan sokongan moral dahulu, apatah lagi semasa dia hampir depresi ketika mengetahui khabar bahawa Arqam akan bernikah dengan Nasuha. Cuma pertolongan kali ini sukar untuk di terima oleh Hanna, tengkingan Edward hari itu benar -benar menakutkan baginya. 'Lebih teruk daripada bapak dia'. Jadi untuk mengelakkan hal sedemikian berlaku ke atas dirinya. Dia menolak. "Tak nak! Aku malas nak berpartner ngan kau dah. Banyak kali tau ko buat aku macam tu. No no no" Hanna berkalih. Fazirah mula risau, dia sedar akan kesalahannya. Tetapi tidak berhenti juga memujuk. Akhirnya pujukan demi pujukan, barulah Hanna terima "ok kalini je tau." Hanna mendengus geram. Dia kalah lagi dek pujukan.
---_---------_
Selesai perbincangan pagi itu, Hanna memulakan projek 'stay up'nya . Beberapa kali jam dikerling, kantuknya terpaksa ditahan. 'sikit je lagi Hanna' . Tiba-tiba telefonnya berdering. "Hanna. Sorry, aku lupa nak bagitau. Esok aku ada emergency untuk jenguk mak aku kat kampung. Ko tolong cover ek esok? Please" ujar Fazirah dari corong telefon. Hanna yang mengantuk mula rasa gusar, bertembung dengan beruang mengamuk tu memang satu satunya perkara yang paling dia takuti. Mendengar tengkingan Edward dari luar sahaja boleh membuatkan jantungnya hampir putus dari tempat bergantung. "kau jangan nak mengada eh, kau jangan nak buat hal. Aku tak nak!" Jawab Hanna. Fazirah mula mengatakan, esok adalah hari di mana kertas kerja itu akan dibentangkan. Jadi memang Fazirah tidak dapat membantunya. Fazirah dan Danish, kedua dua manusia itu memang suka menyusahkannya. 'habislah aku esok' bisik hati Hanna kegusaran.
-------------------
Edward merenung tajam pada setiap helaian 'hardcopy' yang disiapkan oleh Hanna. Kakinya kesejukan, aircond yang berdarjah 16°c itu tidak memberikan apa - apa kesan melainkan gusar dan takut pada riak Hanna. Lelaki berkening tebal itu memang cukup memukau, apatah lagi ditambah pada bola matanya berwarna coklat hazel. Benar - benar tampan bagi mana - mana wanita yang melihatnya. Namun, bagi departmen Hanna, lelaki itu tidak terlihat kacak semenjak beberapa bulan menjadi CEO mereka. Apa yang dilihat cuma wajahnya yang sentiasa tegang dan serius. Bahkan jika moodnya hari ini kurang baik. Mereka akan dijamah dengan wajah bengis Edward. Gigi lelaki itu diketap, menampakkan segaris senyuman yang menawan. "Did you do all of this?" Tanya Edward "yaa...ya..yes Sir" jawab Hanna. Perasaannya jadi tidak keruan. Mula rasa bimbang jika failnya akan melayang sebagaimana yang dilakukan terhadap Fazirah. "PERFECT!" ujar Edward memuji. Sesekali Hanna dilemparkan senyuman manis Edward hingga menambahkan lagi kekhuatiran Hanna. 'betul ke?' dia bermonolog sendiri. "I think i don't need to explain anything to you. I guess you already know what to do. Perhaps, we are going to let the investors know the deal. Meet me tomorrow at 3pm, there is something that you need to do", Hanna hanya mengangguk faham. Kakinya bergegar menahan rasa takut. Edward pula yang sedari tadi memandang perlakuan Hanna terpaksa menahan tawanya. Benar kata beberapa pekerja di situ, Hanna seorang penakut untuk berdepan dengan situasi sebegitu. Namun,hasil kerjanya cukup sempurna. Tidak sia - sia dia memarahi Fazirah hingga wanita itu terpaksa bercuti dek kerana stress. Hanna meminta diri keluar, Edward hanya mengangkat kening sebagai isyarat setuju.
Ting!! Satu pesanan Whatssap diterima.
'Hey! Im home ;)' pesanan ringkas itu dibalas dengan senyuman manis dari Edward. Kekasihnya dari Perth sudah kembali ke Malaysia. 'Ti Amo honey. Let's hang out. Im sure you are not busy" balas Edward.
terima kasih sebab sudi baca, sayang awak semua. untuk penambahbaikan..awak semua dipersilakan komen ye..hehehe XOXO ^^
Share this novel