Edward bergegas keluar. Dato Hazari menyedari Edward berlalu pergi. "Why don't you sit here with us? We've been spending 3 years in Perth without you. Let's having some breakfast" ujar Dato Hazari. Sejak peristiwa seminggu yang lalu. Edward jadi kelat untuk berdepam dengan ayahnya. Ibunya Datin Anggun Auridella hanya memandang anaknya. "Janganlah macam tu. Come!" Pujuk ibunya lembut. Perlahan - laha. Edward menghampiri ibunya. Dia sendiri enggan menolak perlawaan ibunya kerana wanita itulah yang paling memahami kehendaknya. "Dah makin kurus dah anak mommy. I love it if you take a bite of my carrot cake my dear. Tu kan favorite Ed" edward hanya tersenyum kelat. Daddynya sedari tadi memerhati gelagat dua beranak itu kula bersuara "stop manjakan sangat dia ni. Don't you forget about our deal. You almost reach to the next month. Jadi tak payah bazir - bazir masa fikir" Edward mendengus geram. Inilah perkara yang sangat dielaknya pagi - pagi. Dibebeli soal Maya dan perkahwinannya. "bye ma!" Ujar Edward sambil menapak keluar rumah. Datin Anggun sungguh mengasihani anaknya. Tetapi apa boleh buat, hati Suaminya lebih keras daripada batu marmar di dinding rumahnya itu. "Im going to shopping for groceries. Teman i" ujar Datin Anggun. Riak muka Dato Hazari tersenyum kelat. Bibirnya mula mencorakkan alasan agar tidak menemani buah hatinya itu. "I didn't mean to let you go alone again. But im quite busy dear. You boleh pergi sendiri kan dengan Bibik Lia" jawab Dato Hazari memujuk. Jawapan itu segera diterima dengan wajah ketat Datin Anggun. Permainan emosi mula dilayarkan. Enggan melihat isterinya menunjukkan muka masam mencuka seperti itu. Akhirnya Dato'Hazari bersuara "ok fine. Let's go". Datin Anggun tersenyum girang.
___________________
Hanna sedang sibuk memilih buah pisang yang sedang meranum. Semuanya segar namun ada terselit bekas yang kian menghitam, itulah hari cutinya di mana dia mengambil dua hari masa untuk bercuti. Edward memberinya rehat kerana penat bertungkus lumus menyiapkan pelan perlaksanaan baharu untuk 'event' akan datang. Jadi cutinya dua hari itu dimanfaatkan sebaik mungkin. Lantas dia mengambil seikat pisang, niatnya untuk dibuat jus. Baginya Banana Milkshake yang dibuatnya sendiri lebih sedap jika dibanding dari segala susu yang ada di pasaran. Dia berjalan sambil menolak troli. Tanpa sengaja trolinya dan troli seorang wanita separuh usia berlanggar. "Ophss..maaf auntie. Im sorry" dia menegur wanita itu. Datin Anggun membalas dengan senyuman "eh tak apa. Tak sengaja kan". Hanna yang mula gelisah meminta maaf berkali - kali kerana barang - barang di atas troli milik wanita itu sebahagiannya jatuh tersembam ke lantai. Lantas dipungutnya satu persatu. Datin Anggun yang cuba menghalang terpaksa membiarkan Hanna. "Eh tak apa lah. Auntie boleh kutip. Hahaha ya Allah kamu ni" ujar Datin Anggun. Hanna yang rasa bersalah meminta maaf dan mula menampakkan segaris senyuman manis kelat dari bibirnya. Terpegun Datin Anggun melihat Hanna. 'cantiknya budak ni. Kan bagus kalau Edward pilih perempuan macam ni. Sopan' bisik hati Datin Anggun. Hanna yang usai mengutip meminta diri hingga bayang - bayangnya lesap daripada mata. Dato Hazari hanya memerhatikan sahaja perilaku isterinya. "Do you like that girl?" Tanya Dato Hazari. Datin Anggun hanya mengangguk. Tanpa sedar dia tersenyum sendiri, membayangkan betapa bertuahnya mereka jika dapat gadis secantik dan sesopan itu untuk Edward. Kerana sebelum - sebelum ini, setiap gadis yang dikenalkan kepada mereka sangat jauh daripada perkataan sopan jika disebut dari segi pemakaian. Tetapi tidak Hanna, gadis itu berbeza. Baju kurung yang dikenakannya bersama pengepit rambut bercorak bunga tersulam kemas di tepi rambutnya. Cantik. Gadis seperti itulah yang difambakan Datin Anggun, sopan dan baik budi bahasa. Dato Hazari hanya tersenyum. Dia sudah sedia tahu siapa gadis itu. Lambat laun bakal jadi isteri Edward juga. InshaAllah.
Hanna tersenyum malu bila teringatkan wanita tadi. Entah mengapa kelembutan wanita itu benar - benar menyapa hatinya. 'harap - haraplah aku jadi sesabar itu di hari tua nanti' bisik hati Hanna.
------------------
Beberapa sampul tersadai di atas meja Edward, sesampainya sahaja dia di pejabat. Beberapa keping sampul di letakkan di atas mejanya tanpa pengirim. Ketika itu pekerja - pekerjanya belum tiba. Edward membuka salah satu sampul, terlopong matanya bila isi sampul itu terkandung wajah Maya sedang dipeluk cium oleh seorang lelaki tak dikenali di kelab malam. Edward bingkas dan mula menghempas harta benda miliknya. Air mata jantannya mencurah deras, perasaannya bagai disiat dengan belati. Benar - benar sakit bila dilihat, wajah gadis itu adalah Maya. Patutlah selama ini bermacam alasan yang diberikan oleh Maya jika Edward ingin ke Perth. Rupanya sedang seronok ditebuk tupai oleh jantan lain.
Dia segera menelefon dua sahabatnya. Sahabat yang sudah lama ditinggalkannya sejak bercinta dengan Maya. Kononnya Rain dan Zayn itu adalah pengaruh buruk, mereka itulah pengunjung setia kelab malam. Jadi Maya menasihati agar Edward tidak bersahabat dengan manusia seperti itu. Edward hanya tersenyum sinis, dirinya rasa diperbodohkan. Wanita yang dianggapnya suci dan baik hati itu sebenarnya bertopengkan karakter baik di hadapannya. Telahannya malah benar belaka. Tidak sangka wanita yang disayanginya selama 13 tahun itu makan luar. 'huh! I can make it worst' detak hati Edward.
Rain dan Zayn terkejut dengan panggilan Edward. Sejak beberapa tahun yang lalu, mereka pernah bertengkar dengan Edward lantaran sikap 'pak turutnya' terhadap Maya. Namun, mereka faham keadaan Edward. Lelaki itu sedang dilamun cinta. Malah cinta pertama. Jadi tidak hairanlah jika segalanya diturutkan demi seorang Maya. "Pintu untuk kau datang sentiasa terbuka bro'. Just come here, we will waiting for you. Grand Ballroom,9pm" ujar Zayn. Edward membelah puluhan manusia untuk sampai ke destinasinya. Zayn dan Rain memeluk Edward. "Yo! Man... let's have party tonight. You leave, YOU LOSE!!!" serentak daripada itu hilaian tawa daripada Zayn disambut. Mereka gembira bertemu dengan Edward semula. "Man! I know something happen. But just chill bruh. Bunga bukan satu" ujar Zayn. Edward terpempam. "How did you know?" Edward terkejut. "Ed, lepas kau tak layan kitorang haritu. I moved for a couple of years to Perth. Just chillin'. I saw your girlfriend with someone. I want to told you, but you didn't answer my call bruh" jelas Zayn panjang. Edward benar - benar rasa dipermalukan. Rain juga menyokong hal yang sama "she was in Italy, maybe she don't know me. Hugging and kisses with a person in club just an ordinary person like Maya can did. Everybody know her". Merah padam muka Edward. Dia enggan mempercayai sahabatnya itu. Tetapi gambar sudah jelas terpampang, malah dia belum lagi mengutarakan hal itu kepada mereka. Jadi di sini mungkin hanya dia seorang saja yang belum tahu. Tambahan lagi, selepas ditanyakan hal itu kepada Maya. Berkali - kali wanita itu menelefonnya menangis menagih kasih. "It is not as you think". Masih terngiang-ngiang suara esakan Maya. Hatinya benar - benar sakit. Air haram itu diteguk berkali - kali. Kekecewaannya sukar dibendung. 'you make a fool of me. I will show you, who is the winner of this cheating game you slut' getus hati Edward.
Hanna sedang asyik menonton drama korea kegemarannya sambil ditemani Doublecheese burger dan susu coklatnya. Termasuk kali ini sudah kali keenam dia menonton drama Fated to Love You, yang dilakonkan oleh Jang Nara. Seronok dan entah kenapa memang itulah penghibur hidupnya. Fazirah yang sedari tadi memerhati menanyakan Hanna. "Kau ni hujung minggu nanti tak jenjalan ke? Keluar ke? Tak?" Hanna sedang asyik menikmati burgernya. "Tak" simple jawapan Hanna. Fazirah mengeluh berat. Kawannya itu memang sungguh membosankan. Asalkan diajak keluar mesti pelbagai alasan diberikan. Kalau bukan penat, nak layan drama, kalau bukan nak layan drama sebab banyak kerja. Semua beralasan. "Aku ada kawan nak kenal dengan kau. Nak tak?" Hanna hanya menggeleng, fokusnya masih terarah pada skrin Ipadnya. Fazirah mendengus geram kerana pertanyaannya semua dibiar sepi. "Aku nak keluar ni. Kunci pintu kau" "hmm" jawab Hanna.
enjoy .. to all my readers. thank you for keep supporting author kampung² macam saya ni. tak minta Coinz..just read and enjoy. : ' )
Share this novel