V Sweet Night, lagu korea itu sayup sayup kedengaran berkumandang di Hifinya. Menitis air mata Hana mengenangkan perkara yang pernah menjadi semusim gembira dalam hidupnya. "Kenapalah susah sangat?" Hatinya bermonolog sendirian. Bertubi-tubi pertanyaan menusuk benaknya. Mengapa mesti Nasuha yang dipilih oleh Arqam menjadi isterinya. Lupakah lelaki itu jalinan cinta mereka yang menapak ke usia 6 tahun itu? Dan lupakah Arqam bahawa Nasuha adalah sahabatnya sendiri? Mengapa semudah itu?. Dia menyeka air matanya perlahan - lahan. "Sudahlah" hatinya memujuk.
Perlukah lagi mengenang orang yang sudah memilih orang lain berbanding diri sendiri. Buku notanya ditutup. Dilontar buku itu sehingga dimamah tong sampah mininya. Hatinya enggan merajuk lebih lama. Baginya cukuplah, 'semua lelaki sama'.
......
Esoknya,
Jam 1145 (telefon Hanna berdering). Dengan menahan kantuknya, Hanna menjawab panggilan itu. "Hello!..hm.."jawab Hanna dengan nada yang masih mamai. "Eh engkau tak keje ke? Hari ini kan penamaan semula CEO?! KAU LUPA KE HANNA??"terdengar sedikit kuat dari yang biasa nada suara itu berkata. "Huh?ape ni? Tak faham!" Jawab Hanna. "Ko dah lambat siot. Kau tau tak timbalan pengarah syarikat ni nak umumkan boss baru kita. Yang engkau tak datang lagi ni apesal? Kau nak kena buang keje ke?". Terdengar sahaja sahabatnya Fazirah menyebut 'buang kerja', terbuntang mata Hanna bila dia tersedar bahawa dia sudah terlambat. "Allah matilah...byeee" jawab Hanna. Semalaman dia emlayani kekecewaannya hingga ke subuh, akhirnya tanpa sedar kesedihannya itu hanyut hingga menggangu waktu tidurnya. Nekad di hati, dia tidak akan mengulangi tabiat itu lagi.
Sampai di pejabat. Seluruh pejabat bungkam melihat kehadiran Hanna yang bergegas masuk. Buk!! Pintu pejabat tidak sempat ditahan oleh tangannya yang kecil. Tidak semena - mena pintu itu terhempas. Semua mata tertacap pada seketul tubuh Hanna. "Huhhh..!! Ma..maaf sa..saya lambat..maaf" ujar Hanna tergagap - gagap. Salah satu mata mengekori gerak geri Hanna sedari tadi cerlung memandang Hanna. Tajam bak belati sehingga kecut Hanna dibuatnya.
"Ok kita sambung semula kerja lepas ni ye. For those yang tak tahu. You can ask me later" ujar Nabila. Hanna cuma mengangguk sambil menunduk memandang kasutnya. Matanya membulat saat dia sedar kasutnya bersebelahan. 'Astagfirullahaladzim..kasut aku'. "Bagus. Teruskan usaha. Inilah pekerja paling tak tahu malu, makan gaji buta". Tiba - tiba satu suara menempelak Hanna dari belakang. "Terlebih rajin sampai kasut yang awak pakai pun tak sama" sambung suara itu tadi. Oleh kerana keberanian suara itu terlalu mengejut. Hanna sudah pasti itu adalah boss barunya. Hendak menjawab, memang tidaklah. Dia lebih rela dipermalukan sebegitu kerana itu memang silapnya. Malah jika dia melawan. Dia tidak tahu harus mencari kerja di mana lagi. Itulah satu - satunya syarikat yang bermurah hati memberikan gaji RM3000 dengan berbekalkan sijil ijazahnya yang tak seberapa itu.
...
Fazirah mendekati Hanna yang sedang menaip kerjanya. "Eh kau ni tak makan ke ha? Dah - dahlah tu. Jom kita makan." Pelawa Fazirah sambil tersenyum menampakkan sebaris gigi putihnya. "Tak naklah, kau lupa ke macam mana aku kena sindir tadi pagi. Malu, kau tahu tak?" Jawab Hanna. "Alah tukan benda lepas. Jomlah makan. Aku lapar ni. Kita ajak Danish sekali. Nak?". "Korang berdua pergilah. Aku tak lapar." Hanna semakin lelah melayan kerenah sahabatnya itu tapi digagahkan juga memandangkan sungguh-sungguh gadis itu memaksanya keluar. Fazirah masih menunjukkan muka sepuluh sennya. "Yelah ..yelah aku ikut. Tapi ko yang belanja", Fazirah tersenyum kemenangan. "Ok boss. Dah jom kita panggil Danish". Mereka bergandingan bahu sambil bergurau senda, Hanna menyambut gurauan temannya itu dengan ketawa halus yang dikawal. Di sebalik tirai pejabat, ada mata yang tertarik memandang Hanna. 'Menarik'.
Kelihatan di restoran mamak itu tiga sekawan sedang asyik menikmati makan tengahari mereka. Hanna sedang asyik menyuapkan nasi berlaukkan telur masin sahaja di atas pinggannya sambil mendengar celoteh Danish dan Fazirah. "Eh malaslah aku nak layan. Nampak macam tak seronok je CEO baru tu. Yelah muda lagi. Kita nak yang bapak dia. Ko makan ke, minum ke dalam pejabat. Bapak dia tak halang. Asalkan ko buat keje kau" ujar Danish, Fazirah mengangguk setuju. "Betul..betul. tadi pagi, baru je dia masuk, office bau mee goreng. Habis kitorang semua kena sembur. Dia minta kitorang semua ni tak payah makan dalam pejabat. Kau tak rasa ke semua tu tak ada simpati? Yaah sakit hati aku ko tau tak Hanna?" Hanna cuma mengangguk faham. Dia yang tidak tahu apa-apa terpaksa menadah telinga berdiam diri. Isu yang hangat menjadi perbualan kedua sahabatnya itu sememangnya dia terlepas keretapi lantaran peristiwa tadi pagi.
selamat membaca awak semua ;)
Share this novel