Kandunganku semakin sarat menyukarkan pergerakanku untuk membuat kerja – kerja rutin. Mujur ada Mak Mah yang banyak membantuku. Cuma di mata Puan Sri aku kelihatan menyakitkan hati dan mewujudkan kebencian yang meluap lebih – lebih lagi benih Tarmizi semakin membesar di rahimku.
Aku masih ingat kejadian 3 tahun dulu, saat Tarmizi di tangkap oleh Tan Sri ketika sedang merogolku. Tan Sri malu dengan perbuatan Tarmizi malah rasa bersalah pada arwah ayah yang merupakan bekas pemandu peribadinya. Tan Sri mengambil keputusan mengahwinkan kami secara rahsia pada malam itu juga bagi menutup malu walaupun mendapat bangkangan keras dari Puan Sri.
Hubunganku dengan Tarmizi hanya sekadar di atas kertas dan di ranjang saja sepanjang menghuni vila itu. Tidak lebih dari itu. Tiada kasih sayang, tiada belaian, tiada yang zahir, cuma yang wujud batinnya saja yang perlu dipenuhi saban malam. Kerakusannya menjamah tubuhku ibarat melepaskan nafsunya yang terpendam lama. Biarpun diherdik, dimaki malah dipukul sepanjang menjadi isterinya namun aku tetap akur ketentuanNYA yang ingin menduga umatnya yang bertaqwa.
Kini, Tarmizi tidak lagi tinggal di villa ini. Sejak berkahwin, Tarmizi telah membawa isterinya yang cantik dan berpelajaran itu tinggal berasingan. Bimbang sialku akan berjangkit nanti pada isteri tercantiknya. Bagai disentap tangkai hatiku pabila mendengarkan keputusannya. Hidup ku tiba – tiba dirundung kesuraman dengan ketiadaannya. Namun kehidupan mesti diteruskan walau tanpanya. Aku pasrah.
Sikap Puan Sri Hajah Shazrina Azman tidak pernah berubah. Dia amat membenci Maisarah dan kebenciannya semakin memuncak. Perut yang memboyot itu direnungnya tajam. Dia perlu memikirkan sesuatu untuk mengugurkan kandungan itu.
Emm….percubaan pertama dulu, aku telah berjaya. Tapi kali ni, macam mana betina ni boleh lepas. Ah! aku mesti fikirkan sesuatu. Aku tidak boleh biarkan anak yang dikandung itu membawa nama keturunanku. Tak layak langsung. Jijik aku melihatnya. Kemarahan Shazrina Azman memuncak, dia perlu bertindak segera.
Pada malam berikutnya, Puan Sri telah memaksa Maisarah menelan sesuatu dengan harapan kandungannya akan gugur ataupun anak yang bakal lahir tidak dapat menikmati kehidupan di dunia kelak.
“Minum ni”, secawan air hitam pekat disuakan kepadaku.
“Tak mahu..Puan Sri” aku menolak.
“Minum! Aku kata”
“Tidak, saya tak mahu…berdosa Puan Sri”…aku merayu.
“Ooo…degil ya. Nak melawan aku”.
Puan Sri semakin mendesak. Tubuhku ditolak kuat sehingga aku tersembam ke lantai dapur. Aduh! Aku mengerang kesakitan yang amat sangat di perutku. Ada darah mengalir. Pandanganku terasa gelap, terus tidak sedarkan diri.
Share this novel