Pang! Satu tamparan lagi hinggap di pipiku. Sedikit darah terbit di tepi bibir. Aku mengesat dengan baju lenganku yang lusuh. Hari ini saja aku telah menerima 3 kali tamparan semata – mata kerana lambat melayani permintaannya. Airmata mengalir lagi. Aku hiba.
“Sini kau” sergah Muhkriz sambil menarik rambutku yang terjurai panjang. Aku mengaduh kesakitan.
“Maaf ! Tuan Tarmizi . Sakit..sakit..aduh! Rambutku disentap dan tubuhku dihumbankan ke bucu meja. Perutku senak. Kesakitan Maisarah tidak tertanggung lagi. Dia menjerit dan meraung di situ. Apa dosaku tuan…..aku mengetap bibir menahan kesakitan.
Wajah Muhkriz bengis memandang Maisarah yang terjelepuk ke atas lantai. Dadanya berombak kencang menahan kemarahan. Langsung tiada riak kasihan pun pada perempuan yang sedang menanggung kesakitan itu. Padanya perempuan itu sememangnya layak di layan begitu. Jijik!
“Ingat ya! Lain kali kalau kau lambat lagi jawab panggilan aku, nahas kau” amaran Muhkriz keras. Maisarah cepat – cepat menganggukkan kepalanya, takut dipukul lagi. Ya! tuhan..hanya kerana aku lambat menjawab panggilannya saja, aku telah terima menerima hadiah sebesar ini. Terima kasih ….Muhkriz.
Maisarah merangkak perlahan menuju ke biliknya. Melihat dirinya diserpihan cermin yang pecah, itupun dikutipnya di dalam buangan tong sampah. Nak membeli memang dia tidak mampu. Bibirnya bengkak, lengan, peha dan perut ada kesan lebam kebiruan. Maisarah menitiskan airmata. Dia amat sedih dengan perlakuan Tuan Muhkriz yang tidak pernah ada rasa belas kepadanya. Dari hari pertama dia menjejakkan kakinya ke Villa Damai ini, layanan Tarmizi tidak pernah lembut malah sentiasa mengkasari Maisarah tanpa apa jua alasan. Hina sungguhkah aku dimatanya.
Ingatku masih segar, mengimbau kembali saat itu.
“Siapa yang papa bawa balik ni. Kotor betul, muka pun comot. Eeii…busuk la pa”, tegur Puan Sri Shazrina Azman sambil menutup hidungnya. Matanya menjeling tajam. Meluat melihat diriku yang kotor dan busuk. Hatiku pedih mendengar kata – kata itu. Tan Sri Syed Mahmud diam hanya memberi isyarat kepadaku supaya mengikuti arahan isterinya.
“Mak Mah…ooo…Mak Mah”. Terkocoh – kocoh wanita tua itu berlari.
“Ya..Puan Sri”
“Bawa perempuan kotor ni, masuk bilik stor belakang. Itu tempat dia. Lepas tu, suruh dia bersihkan dirinya. Mak Mah kena ajar dia nanti apa yang perlu dibuat, ingat! jangan nak duduk senang kat sini” herdikan Puan Sri menikam jantungku. Masakan aku nak duduk senang di sini. Aku sedar siapa diriku. Aku memang tak layak untuk menikmati apa – apa kemewahan di villa ini.
Pesanan arwah ayah ku sematkan di hati . Ah! Hanya 7 tahun saja aku di sini. Aku perlu menglangsaikan hutang-piutang ayah supaya rohnya tenang nanti. Aku hanya perlu sabar dan tabah untuk meneruskan kehidupan di sini. Ya! Sabarlah wahai Maisarah ….
Jeritan Tuan Syed Tarmizi dari luar bilik mematikan lamunanku. Ah! Dia lagi. Tak habis – habis mencari aku. Apa lagi yang dia mahu. Maisarah bingkas bangun dan berlari terhinjut – hinjut mendapatkan Tuan Muhkriz , cuba menahan kesakitan tadi.
“Ya…Tuan Muhkriz”, tergetar suaraku menjawab panggilan Tarmizi .
“Malam ni, aku tahu kau pakai elok – elok sikit. Jangan nak bikin malu aku je. Walaupun kau tu tak layak, tapi aku tak boleh tahan kalau kau tu asyik nak kena kutuk je. Ingat tu… maruah aku, kau kena jaga juga. Faham”. Dua tiga kali kepalaku ditunjal – tunjal, bimbang peringatan keras itu diabaiku. Teruk betul, cakap aje la tak payah nak tunjal kepala aku.
“Sa..saya tanya boleh, tuan”
“Apa dia”
“Ada apa – apa yang istimewa ke malam ni, tuan”.
“Bukan urusan kau nak ambil tahu. Ingat! pesan aku tu tadi. Bodoh!”. Kepala Maisarah ditunjal lagi. Muhkriz berlalu pergi meninggalkan aku yang masih terpinga – pinga.
Ah! Apa yang aku nak pakai ni. Maisarah gusar memikirkan baju yang ingin dipakainya malam nanti. Mana tidak nya, dia tidak pernah ada walau sepasang pun baju yang cantik. Usah katakan cantik, yang elok sikit pun dia tidak pernah memilikinya. Sepanjang dua tahun bekerja di villa ini, aku tidak pernah keluar malah gaji pun tak pernah dapat. Aku hanya mengharap ehsan Mak Mah yang kesian melihat kedaifanku. Kadang – kadang diberinya sehelai dua baju kurung kedahnya yang besar bersama kain batik. Itu saja yang aku ada. Nak harapkan Muhkriz, memang takkan dapat la jawabnya.
Maisarah berjalan mundar – mandir memikirkan masalahnya. Emm…minta tolong Mak Mah la, mana tahu mungkin ada bajunya yang elok sikit.
Share this novel