BAB 4

Drama Completed 677

Muhkriz terkedu. Surat yang disampaikan kepadanya dibaca. Isi kandung yang menyentuh jiwa telah mencalar sifat kelakiannya, akhirnya airmata Tarmizi gugur di pipi.

”Kehadapan Tuan Syed Tarmizi yang sentiasa diingati…
Maaf sekiranya kehadiran surat ini menganggu situasi Tuan Tarmizi bersama isteri tercinta. Terlebih dahulu saya mohon maaf dari hujung rambut sehingga hujung kaki, minta dihalalkan segala makan minum saya selama menetap di Villa Kasih bersama tuan.

Saya mohon maaf juga di atas segala tingkah laku saya yang kurang menyenangkan hati tuan. Kelemahan saya, kebodohan saya, kedaifan saya dan kemiskinan saya sehingga menyebabkan tuan malu akan diri ini.

Segala perbuatan tuan telah saya maafkan malah saya halalkan segala tuntutan yang menjadi hak saya selama saya menjadi isteri tuan. Untuk makluman tuan, anak saya kini telah berusia 10 tahun. Tapi jangan lah tuan khuatir, saya telah mendidiknya agar tidak menuntut apa – apa hak dari tuan malah saya tidak mengizinkan dirinya sama sekali menyebut nama tuan atau apa – apa yang berkaitan dengan nama keturunan tuan.
Kami anak – beranak sedar kedudukan kami di mata tuan. Saya tidak akan engkar akan larangan itu. Oleh itu, sudi lah kiranya, tuan dapat bertemu dengan anak saya yang hina itu untuk tatapannya buat sekali ini saja tuan.

Akhir sekali, izinkan saya buat sekian kalinya selama kita hidup bersama memanggil tuan, abang. Ya! Satu panggilan yang diidamkan oleh setiap wanita berkahwin begitu juga saya. Saya amat merindui panggilan itu. Moga roh saya tenang dengan izin abang. Terima kasih…. abang”.

Sekian

Mengharap kasih – Maisarah

Surat dilipat kemas kemudian disisipkan ke dalam saku baju. Tarmizi memandang wajah budak dihadapannya. Kelihatan tenang dengan senyuman menawan. Ya …mirip Maisarah cuma matanya saja miripku.

“Siapa nama awak” lembut bicara Tarmizi .
“Nama saya Taufeeq , tuan”
“Bin?”. Budak itu mendiamkan diri, kemudian menyerahkan sijil beranak kepada Tarmizi .
“Saya dilarang menyebutnya”
Tarmizi gumam lalu memeluk budak itu. Airmata bergenang dikelopak matanya.
“Lepas ni,panggil ayah…ya sayang”
“Maaf tuan. Ibu pesan, jangan sekali – kali saya cemarkan nama tuan dengan panggilan ayah. Saya tak nak langgar janji ibu. Tapi tuan jangan la risau ya, saya datang nak tengok wajah tuan saja. Saya tak kan tuntut apa – apa dari tuan. Terima kasih tuan kerana pernah menyayangi ibu saya. Selamat Tinggal”. Budak itu berlalu pergi bersama penjaganya meninggalkan Tarmizi dalam kekeluan. Airmata gugur lagi.

Maafkan abang …Sarah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience