BAB 2

Drama Completed 677

Malam itu, ramai sanak – saudara Tan Sri Syed Mahmud dan Puan Sri Shazrina Azman hadir bagi meraikan majlis ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-52 tahun. Khemah kanvas tertutup berwarna putih gading dihiasi indah dengan bunga ros merah yang segar. Kebanyakan yang hadir terdiri dari saudara – mara yang berpangkat dan kaya – raya. Lihat saja pakaian mereka yang begitu gah, kelipan labuci menghiasi dada, kilauan berlian di leher, tangan dan dijari memukau mata yang memandang. Maisarah terpaku melihat suasana begitu. Rasa rendah dirinya menyelubungi jiwa, tak layak sungguh aku untuk bersama – sama dikalangan mereka sekalipun berstatus orang gaji. Maisarah tidak mahu alpa, dia segera membantu Mak Mah menyiapkan hidangan malam itu walaupun khidmat katering ada disediakan.

Maisarah sibuk membantu menyiapkan keperluan hidangan di atas meja besar itu. Tak menang tangan dibuatnya, begitu pantas dia membuat kerja dari mengelap, menyusun, menghidang malah sehingga melayani setiap tetamu yang hadir.

Dalam pada itu, Maisarah tidak sedar ada sepasang anak mata sedang asyik memerhatikan setiap perlakuannya. Wajah Tarmizi keruh, masam mencuka melihat senyuman Maisarah yang tidak putus – putus kepada tetamunya apatah lagi malam itu penampilan Maisarah amat berlainan sekali, nampak ayu berbaju kebarung labuh walaupun coraknya sudah ditelan zaman. Baju Mak Mah masa mudanya, mujur masih boleh dipakai.

Ah! dengan aku tak pernah pun kau nak senyum macam itu ..desis hati Tarmizi kegeraman. Hati Tarmizi membara. Kemarahannya disimpan ..kau tunggu lah malam nanti.

Tiba – tiba suasana senyap seketika, menanti pengumuman penting yang ingin disampaikan oleh Tan Sri Syed Mahmud.

“Assalammualaikum kepada semua hadirin. Sempena di hari ulang tahun perkahwinan ini, saya ingin umumkan satu berita gembira. Majlis pertunangan anak saya Syed Muhkriz dengan Sharifah Shahireen anak perempuan kepada Dato’ Syed Bahtiar akan diadakan sebentar lagi. Dan mereka akan disatukan, 6 bulan dari sekarang iaitu sebelum saya dan isteri berangkat ke tanah suci. Harap kesudian tuanpuan sekalian menghadirkan diri dimajlis kami nanti”.

Berita gembira itu, diterima dengan tepukan yang gemuruh dan ucapan tahniah yang tidak putus – putus. Wajah Tarmizi bersinar kegembiraan. Sebaliknya Maisarah bagaikan hilang nyawa di telan bumi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience