BAB 2

Drama Completed 305

Tiga purnama berlalu.....

"Kakak, kenapa kakak selalu kemari?" soal adiknya, Melur.

"Akak menunggu kepulangan Abang Adi, dik. Pergilah bermain disana, nanti kakak panggil adik."ujar Melor .

"Baik, kak." Balas Melur.

Sebenarnya, tanpa pengetahuan Melor . Ketika kapal Adi belayar di tengah lautan, kapal mereka telah dikepung dan ditawan oleh lanun durjana. Kesemua anak kapal Adi telah dibunuh, hanya tinggal Adi dan beberapa orang saja yang selamat tapi ditawan oleh mereka.

Beberapa hari berlalu, Kampung Perkasa digemparkan dengar berita kematian Adi serta seisi kapal. Melor yang terdengar berita itu bagaikan tak percaya. Dia terus rebah sebaik saja mendengar khabar yang dibawakan oleh orang kampung.

Tidak lama kemudian, Kampung Perkasa sekali dikejutkan dengan berita kematian Melor sekeluarga. Bertebaranlah gossip dan khabar angin mengatakan Melor telah dibunuh dengan sadis oleh sekumpulan penyangak atau lebih tepat sekali musuh Adi iaitu Temat yang juga telah lama menaruh hati pada Melor . Namun Melor telah memilih Adi darinya. Kerana cemburu pada Adi dan tidak sanggup membiarkan Melor dimiliki oleh sesiapa, dia sanggup membunuh Melor .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience