BAB 4

Drama Completed 305

"Boleh je. Jomlah." Dila hanya mengikut rentak mereka berdua. Dia terdiam selepas terpandangkan mata pemuda itu. Seperti pernah lihat mata itu, mata yang melahirkan penuh rasa cinta. Tapi dimana pernah dia melihat sepasang mata itu.

"Mel , cepatlah." Nafura menarik tangan Melor . Mereka berjalan seiringan menuju ke kolej.

"Siapa tadi tu?" soal Joe tiba-tiba pada Melor yang kebetulan baru melabuhkan punggungnya ke kerusi.

"Siapa?" soalnya kembali.

"Jantan tadilah. Siapa tu?" bentak Joe dengan wajah yang bengis.

"Kau kenapa nak marah-marah aku? Kau siapa? Kau bukan pakwe aku pun. Sesedap rasa je nak control hidup aku." Bidas Melor pula. Joe sedikit terkesima dengan jawapan Melor . Dia berlalu dengan muka merah akibat rasa malu dan marah kerana dilayan sebegitu.

"Mel , tak patut kau buat macam tu. Kesian dia." Nafura menunjukkan rasa simpati pada Joe.

"Memang patut pun aku buat macam tu. Rimas tau hidup aku sejak dia asyik rapat dengan aku. Segala macam benda hidup aku dia nak jaga." Ujar Melor dengan rasa marah. Nafura terdiam melihatkan Melor yang mendiamkan diri dan merengus marah.

"Baik, kelas. Hari ni, kelas kita akan menerima seorang pelajar baru. Kenalkan namanya Hilman , berasal dari Taiping, Perak. Umur baru 23 tahun. Maklumat lanjut boleh terus ke .com.my. Gurau je. Ok, awak boleh ambil tempat disana." Dengan panjang lebar pensyarah mereka memperkenalkan pelajar baru yang baru masuk.

"Ok, kelas. Boleh kita mulakan sekarang?" soal pensyarah mereka.

"Yes, sir." Jawab mereka serentak.

"Mel , kau perasan tak?"

"Apanya?"

"Hilman tu kan. Dekat leher dia selalu dilit dengan selendang panjang pula tu. Cantik selendang dia." Ujar Nafura .

"Dah tu kenapa? Tak boleh ke dia nak pakai selendang kat leher?" balas Melor .

"Bukan tulah. Tak kisahlah dia nak pakai apa pun. Cuma pelik je, jarang tengok lelaki pakai selendang kat leher ni." Nafura menyuarakan rasa isi hatinya.

"Biarlah dia. Buat ni cepat. Tadi kata lapar." Melor mengarah Nafura mencari bahan tugasan mereka.

"Hai...boleh saya join?" sapa Hilman .

"Boleh je. Boleh tolong kami cari bahan ni juga." Laju Nafura menyampuk.

"Thanks, saya pun takde group nak buat tugasan ni. Harap dapat join korang berdua." Ucap Hilman sambil matanya tak lepas memandang wajah Melor yang khusyuk menghadap buku di atas meja.

"Mel , kau ok tak? Hilman nak join kita ni?" soal Nafura .

"Aku ok je. Kalau macam tu. Awak tolong cari yang ni." Melor menunjukkan sebaris ayat pada Hilman . Mereka terus membuat kerja masing-masing. Sejak dari hari itu, mereka kerap bersama-sama tak kira dimana saja kecuali tandaslah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience