BAB 6

Drama Completed 305

'Memang pun. Dah tau aku tak suka lagi mau tanya.' Getus hati Melor .

"Ok, jomlah aku hantar kau balik."

"Jomlah." Balas Melor . Senang rasa hati dapat balik rumah tak payah dia menghadap muka Joe lama-lama. Tiba-tiba Melor berasa sedikit pening dan jalannya terhuyung-hayang sehingga dia sampai ke tempat letak kereta. Joe yang melihatkan situasi tersebut terus mencempung badan Melor yang kecil molek ke dalam kereta. Tanpa disedari sesiapa, sepasang mata berwarna merah memerhatikan pergerakan mereka.

"Senang hati aku, akhirnya kau jatuh juga kat tangan aku." Joe gelak dengan penuh jahat sekali diiringi dengan rakan-rakannya yang turut berada bersamanya.

"Maafkan aku sayang, aku terpaksa memiliki kau dengan cara kotor. Siapa suruh kau degil sangat." Tambah Joe sambil matanya meratah tubuh Melor yang terbaring di atas katil. Joe bersiap sedia untuk memulakan langkah seterusnya.

"Hoi....!!!!Berhenti!" sergah seseorang dari belakang mereka. Pecah pintu disepak olehnya.

"Apa kau buat kat sini? Berani kau ceroboh kawasan aku." Joe membuka langkah untuk menyepak pemuda itu. Belum sempat Joe membuka langkah, badannya terhempas ke dinding dibelasah dengan pandangan mata pemuda itu. Matanya merah menyala menikam pandangan semua yang berada di situ.

Rakan-rakan Joe ingin melarikan diri, namun belum sempat mereka membuka langkah. Mereka tersungkur ke lantai, merembas darah dari mulut mereka. Terasa seperti dada diterajang kuat. Mereka terkulai lalu pengsan akibat hentakan yang kuat.

Joe bangkit kembali dan ingin menentang kembali pemuda bermata merah itu. Namun sia-sia, sekali lagi dia tersungkur menyembah lantai.

Melor yang tersedar dari pengsan terkejut melihat keadaan sekeliling dan dia bertambah terkejut melihat mata pemuda yang menyelamatkannya. Mata itu, perlahan-lahan bertukar menjadi sepasang mata biasa, dan dia segera berlari mendapatkan Melor .

"Melor , awak tak apa-apa?" soalnya sebaik saja dia sampai ke arah Melor .

"Saya tak apa-apa. Awak macam mana?" Melor menyoalnya semula.

"Melor , mari kita pergi sebelum mereka sedar nanti." Dia memimpin tangan gadis itu erat sekali seperti tidak mahu melepaskannya.

Keadaan yang sepi tadi bertukar rupa apabila sebutir peluru dilepaskan tepat mengenai badan pemuda bermata merah itu. Melor menjerit terkejut dengan bunyi letupan yang datang dari arah belakang. Dia menyambut badan pemuda itu sebelum rebah ke bawah.

Sekali lagi, Joe dilibas badannya ke dinding oleh pemuda bermata merah. Joe tersungkur kaku tidak bernyawa. Pemuda itu rebah terbaring dengan nafas yang termengah-mengah. Melor mencapai tangan pemuda itu, diusap tangan pemuda itu dan ditatap lembut sepasang mata yang penuh rasa cinta.

"Melor , abang rindu padamu." Terpacul kata-kata itu dari mulut pemuda itu.

"Abang, Melor juga terlalu rindukan abang setiap waktu." Melor menyambut kata-katanya. Dia seolah-olah dipukau kembali ka masa lalu. Dimana dia adalah Melor dan pemuda yang dipangkunya, Hilman atau lebih tepat adalah jelmaan Adi, kekasih hatinya yang dikhabarkan telah mati ketika berlayar dahulu.

"Melor , seperti yang abang janjikan. Abang membawa selendang ini khas buatmu kekasihku." Adi membuka selendang yang terlilit pada lehernya. Dililitkan selendang berwarna coklat bersulam indah pada tubuh kekasihnya.

"Terima kasih." Melor tersenyum manis pada kekasihnya. Adi mengucup lembut dahi gadis pujaannya.

"Marilah kita pergi dari sini. Sudah lama abang mananti saat untuk kita bersama." Adi mengajak Melor pergi. Melor tersenyum dan mengaggukkan kepalanya. Mereka berjalan berpimpinan tangan dan menghilang ditelan kabus tebal.

Masa yang sama, Melor terkulai kaku disisi Hilman . Keesokkan harinya, Kuala Lumpur hangat dengan berita yang melanda dimana polis menjumpai mayat sepasang kekasih mati bersama dan mayat seorang lelaki yang hampir separuh berkecai wajahnya. Manakala yang lain dijumpai cedera parah akibat hentakan kuat pada anggota badan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience