BAB 1

Drama Completed 305

"Melor , dimana kau nak?" panggil sesorang dari balik pohon beringin.

"Ya, mak. Melor disini mak." Sahut satu suara milik gadis bernama Melor .

"Apa saja yang kamu buat tu Melor ?" soal maknya setelah sampai ke arah anaknya.

"Makkan kata nak makan mengidam mahu makan ikan keli. Melor tengah cuba tangkap ikan maklah ni." Maknya menggelengkan kepala melihat tingkah laku anaknya.

"Kak Melor ....Kak Melor ..." terdengar suatu suara halus memanggil namanya.

"Ya, kak Melor disini dik." Sahutnya sambil melambaikan tangan pada gadis kecil yang sedang berlari.

"Melur, jangan lari-lari nak. Jatuh nanti." Mak Kelsom memberi amaran pada anak bongsunya yang berlari riang.

"Kak Melor , tadi Abang Adi suruh bilang sama kakak yang dia mahu berjumpa dengan akak petang ni ditepi pantai." Dengan termengah-mengah Melur menyampaikan pesan Adi padanya.

"Baik, terima kasih adik kakak." Ucapnya.

"Mak, kakak tangkap ikan ke mak?" soal si kecil.

"Yalah, kakak kau tu tengah menangkap ikan keli. Mak teringin makan gulai ikan keli. Melur sukakan?"

"Suka mak. Mak....boleh tak Melur mahu bermain sama kawan-kawan Melur?"

"Boleh saja. Tapi ingat jangan pulang lambat ya." Pesan Mak Kelsom, riang sungguh hati Melur ketika itu. Terus dia berlari mendapatkan kawan-kawannya yang tengah bermain.

"Assalammualaikum." sapa Adi dari belakang. Melor yang begitu asyik menghadap lautan tersentak seketika.

"Waalaikumsalam." Balas Melor lembut sambil tersipu-sipu malu. Adi mengambil tempat dengan duduk depan Melor tapi dengan jarak yang jauh sedikit.

"Melur bilang tadi, abang mahu berjumpa dengan Melor . Kenapa bang?" soal Melor .

"Abang Cuma mahu memberitahumu bahawa abang terpaksa ikut ayahanda abang belayar ke Sumatera pada esok hari." Jelas Adi sambil menatap wajah pujaan hatinya. Wajah Melor yang bujur sirih, matanya yang ayu dan bibirnya merah bak Melor memikat hati jantannya. Mendung seketika wajah Melor setelah mendengar penjelasan Adi sebentar tadi.

"Lamakah abang belayar ke sana?" soal Melor dengan pandangan sayu.

"Barangkali tiga purnama abang akan belayar. Usahlah Melor bersedih hati. Abang tidak akan melupakan Melor , kekasih hati abang." Pujuk Adi tatkala melihat wajah Melor yang mendung.

"Jika begitu, tidak mengapalah bang. Tapi abang hati-hatilah dinegeri orang. Melor doakan abang selamat pergi dan kembali. Melor akan menanti kepulangan abang." Sayu sekalu Melor melafazkan kata-kata.

"Marilah kita beransur Melor . Abang janji akan membawa pulang selendang buat Melor sebagai tanda kasih abang pada Melor . Jagalah dirimu baik-baik." Pesan Adi sebelum mereka berangkat pulang ke rumah masing-masing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience