Rate

BAB 2

Family Completed 418

Melihat keadaan itu,aku dihantui rasa takut, sedih dan pelbagai lagi.
Aku keluar seketika. Entah kenapa aku rasa tidak sedap hati. Lantas
masuk semula ke dalam rumah. Aku menghubungi ambulans dan memaklumkan
apa yang berlaku. Sebaik sahaja ambulans sampai dan setelah diperiksa
nadi mangsa, telah meninggal dunia di tempat kejadian. Tidak lama
kemudian, polis sampai dan aku dibawa masuk ke dalam kereta peronda.
Ketika itu aku terpandang wajah ibu dan ayah yang baru sahaja sampai.
Aku lihat mereka menangis, karena melihat aku digari oleh pegawai polis
tersebut. Hancur luluh hatiku. Itulah kali pertama dalam tempoh 21 tahun
hidupku, aku digari dan dibawa ke balai polis. Sebelum ini aku tidak
pernah terlibat dengan jenayah.

Ketika itu perasaan takut, risau dan macam-macam lagi bercampur baur
difikiranku. Sewaktu di lokap aku diberitahu, tentang hukuman yang bakal
diterima. Tiba-tiba aku berasa begitu cepat umurku berlalu. Selama 14
hari berada disitu, aku mula berfikir tentang kehidupan di penjara.
Adakah aku berpeluang dibebaskan? Bagaimana kehidupan di situ? Bayangan
tali gantung mula menghantui diri dan pelbagai igauan ngeri.

Dalam masa yang sama, keluarga memberikan sokongan yang begitu kuat.
Mereka melantik peguam dalam usaha membebaskan aku. Sepanjang tempoh
satu setengah tahun sebelum dijatuhkan hukuman aku kerap berulang alik
ke mahkamah. Setelah berada disini, peluang mempelajari ilmu agama dan
memperbaiki kesilapan silam adalah pengalaman termahal yang aku peroleh.
Aku tidak tahu tentang solat, apatah lagi mengaji al quran. Walaupun
berat untuk menerima hakikat,namun setelah mengikuti program keagamaan
yang diadakan, ia telah membuka mindaku. Akhirnya aku akur dengan
ketentuan ilahi. Aku mula sedar, ketika kejadian darah muda yang panas,
ilmu agama kosong di dada, bertindak melulu membuatkan aku melakukan
sesuatu tanpa berfikir panjang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience