Rate

BAB 1

Family Completed 418

Sudah hampir empat tahun aku disini karena disabitkan kesalahan di bawah
seksyen 304 (a) bunuh tanpa niat dan dijatuhkan hukuman penjara selama
20 tahun. Pada awalnya aku dijangka di bebaskan pada tahun 2015.
Bagaimanapun pihak pendakwa raya membuat rayuan dan hukuman aku
dilanjutkan sehingga 31 januari 2022 setelah ditolak remitan karena
displin yang baik.

Walaupun kesal pelanjutan hukuman itu, namun sekurang-kurangnya aku
bersyukur karena terlepas daripada hukuman mati. Ini karena sewaktu
ditahan reman, aku diletakkan di bawah seksyen 302, bunuh dengan niat
yang jika disabitkan kesalahan boleh dihukum gantung mandotori.
Bagaimanapun setelah beberapa tahun di sini aku bukan mengira jumlah
hukum yang dikenakan ke atasku. Namun ini adalah peluang yang diberikan
oleh Allah untuk menebus dosa silamku. Disini aku banyak menghisab dan
muhasabah diri sehingga aku kenal siapakah aku. Paling tidak pun, aku
lebih menghargai diri sendiri dan peluang yang diberikan oleh-Nya kepadaku.

Kejadian itu berlaku tanpa sengaja. Kedatanganku ke rumah seorang
saudara untuk menuntut wang yang dipinjam daripada keluarga kami
berakhir dengan tragedi yang mengubah seluruh hidupku. Semasa
perbincangan berlaku, pertelingkahan hingga menyebabkan kami berperang
mulut. Dalam pertengkaran itu aku terpandang topi kaledar yang terletak
di almari tidak jauh dari situ. Tanpa sedari, aku mencapainya dan
memukul kepalanya sehingga terjatuh. Segala-galanya berlaku dengan
begitu pantas. Aku tergamam dan tidak menyangka apa yang telah aku lakukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience