Rate

BAB 3

Family Completed 418

Akibatnya aku terkurung di sini. Disini aku belajar tentang agama, bukan
sahaja daripada ustaz yang tidak pernah jemu menunjukkan tunjuk ajar,
tetapi daripada teman seperjuangan. Pada sebelah petang, kami diajar
mengaji al quran mengikut kumpulan bergantung pada keupayaan
masing-masing. Sesiapa yang masuk kelas menghafaz al-quran, mereka
berpeluang untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh institusi
penjara.

Pada bulan puasa, kami menunaikan solat maghrib,isyak,solat sunat
terawih dan witir bersama. Aku dapat rasakan kemeriahannya sama dengan
suasana di luar. Acap kali juga hatiku tersentuh sehingga menitiskan air
mata. Disini,aku banyak muhasabah diri. Terlalu banyak peluang dan ruang
untuk aku memperbaiki diri. Alangkah rugi andai dibiarkan masa berlalu
tanpa dihiasi dengan perkara yang bermanfaat. Sekiranya berada diluar
belum tentu aku mendapat hidayah ilahi seperti yang aku temui disini.
Sekarang aku belajar menghafaz al-quran bersama teman-teman. Aku paling
suka surah as-syams yang banyak menceritakan tentang alam dan mengajak
kita berfikir. Buat kali pertama, hati dan perasaanku tersentuh tatkala
membaca surah al-fatihah. Aku menangis semahu-mahunya . Aku dihantui
rasa bersalah karena sering menyusahkan ibu dan ayah yang selama ini
banyak berkorban untukku. Bayangan dosa silam silih berganti. Terasa
diri ini terlalu kerdil di sisi-Nya. Tetapi dia tidak pernah melupakan
aku dan masih sudi memberi ruang kemaafan buat diri yang hina ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience