Rate

BAB 4

Family Completed 418

Setiap kali menunaikan solat, dan menghadiri ceramah aku teringat pada
tuhan. Aku kerap bertanya tentang masalah agama yang tidak difahami. Di
sini hampir setiap waktu kami menunaikan solat secara berjemaah, samaada
di surau atau dibilik bersama kawan-kawanku yang lain. Dan aku teruja
setiap kali kali menunaikan ibadat itu. Selain itu, kami juga melakukan
aktiviti riadah bersama seperti bermain catur dan sebagainya. Aku banyak
bergaul dengan kawan-kawan daripada pelbagai kelompok dan latar
pendidikan yang masuk ke sini karena sebab tersendiri. Hubungan kami
bagaikan adik-beradik. Kami sering berkongsi masalah. Dalam pada itu,
kami tidak ketinggalan menyambut hari kebesaran islam seperti maulidur
rasul,awal muharam,israk dan mikraj dan sebagainya.

Sebagai bekal andai dibebaskan, nanti aku ingin mengikuti bengkel
jahitan dan kemahiran hidup lain yang diajar di sini. Aku berhasrat
untuk membuka kedai jahit dan menjadi tukang jahit professional setelah
dibebaskan kelak. Dalam masa yang sama aku tidak akan meninggalkan agama
yang menjadi tunjang dan amalanku kini. Disinilah aku mengerti, erti
kehidupan yang sebenar di dalam penjara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience