8. Injured

Romance Series 5528

Farisyah menutup pintu utama 'istana'nya sambil diiringi oleh Mak Siti. Mic di tangga menyilangkan tangannya.

"Baru ingat nak pulang?" kata Mic dengan dingin. Mukanya merah menahan marah. Mak Siti meninggalkan mereka berdua untuk memberikan ruang kepada mereka.

Farisyah hanya menjeling ke arah Mic lalu naik ke tangga. Bahu Mic dilanggar kasar. Lengan Farisyah ditahan.

"Apa yang kau nak sebenarnya ni?" soal Farisyah.

Malas dia ingin melayan karenah Mic. Pasti Mic ingin mencari gaduh dengan dia. Mood Farisyah sekarang tidak berapa baik kerana telah bergaduh dengan Fuad sebelum dia pulang.

"Aku tanya.. Baru kau ingat nak pulang? Kau tu perempuan, 3 hari kau bermalam di rumah kawan kau. Special sangat ke kawan kau tu?" bebel Mic.

"Life aku. Jangan masuk campur. Dah, blah ah kau.."

Farisyah menarik lengannya daripada dicengkam oleh Mic. Tetapi kali ini bahunya pula ditarik kuat dan membuat Farisyah berteriak kuat. Mak Siti yang beradad dapur bergegas keluar mendapatkan Farisyah.

"Don't you dare to touch me.. You hurts me!" tengking Farisyah lalu melanggar Mic sehinggakan Mic hampir terjatuh. Farisyah terus berlari ke arah biliknya.

Mic terpaku seketika. Dia melihat tangannya dan ada darah di telapak tangannya. Dia kembali melihat Farisyah. Bahu Farisyah ditembusi dengan darah.

'Oh Shit! What happened to you, Far?'

....................................................................

Farisyah melihat bahunya di hadapan cermin. Nampaknya, luka itu semakin besar apabila ditarik oleh Mic.

'Abang angkat dengan sepupu sama perangai macam JIN..' desis hati Farisyah.

Luka itu terjadi sebelum dia datang ke sini. Dia bergaduh dengan Fuad sehinggakan dia menghempas pasu kaca di dinding. Malangnya, serpihan kaca itu telah melukakan dirinya.

Dia membersihkan darah tersebut lalu ditampal plaster yang besar. Farisyah melepaskan keluhannya. Dia beralih ke tilamnya dan membuka channel korea di i-Pad nya. Sungguh dia ingin menghilangkan stress!

....................................................................

Fuad masih lagi berada di hadapan rumah Farisyah. Dia rasa bersalah kerana dialah punca Farisyah tercedera. Dia teragak-agak ingin masuk atau tidak. Egonya sangat tinggi sehingga dapat mengawal dirinya.

'Rendahkan sikit ego kau tu, Fuad.'

Akhirnya, Fuad berbuat keputusan untuk masuk ke rumah Farisyah.

Ketika melangkah masuk ke dalam 'istana' Farisyah, dia melihat Mic sedang menonton perlawanan rugby.

"Ehermm.." Fuad berdehem.

Mic memandang ke arahnya dan kembali menonton siarannya. Seperti kedatangan Fuad tidak dialu-alukan.

"Kau nak apa?" soal Mic sambil menonton tv.

"Mana Tasyah?"

"Tasyah? Dalam rumah takde yang bernama Tasyah."

"Farisyah Natasyah"

Mic diam.

'Sejak bila Fuad panggil Far, Tasyah ni?' Mic berkata dalam hati. Sungguh dia pelik.

"Atas. Tengah tidur. Dia taknak dikacau. Asal kau cari dia?" tanya Mic kembali. Renungan yang tajam dileparkan ke arah Fuad.

"Takde apa-apa lah. Aku nak tanya, Tasyah ada penyakit ape?"

Mic terdiam lagi.

"Farisyah? Penyakit?"

"Ouh.. Takdelah. Ok aku nak blah dulu." ujar Fuad. Dia berlalu pergi dari rumah itu.

'Nampaknya, Mic tidak tahu apa-apa tentang Tasyah. Farisyah Natasyah, why you keep your diseases alone?'

TBC~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience