5. Come

Romance Series 5528

"Farisyah Natasyah!!"

Mic terjerit-jerit memanggil nama Farisyah, namun tiada jawapan. Mic mengetuk pintu bilik Farisyah dengan kuat.

"Far!! Baik kau buka pintu ni sebe--" belum sempat Mic menghabiskan kata-katanya, pintu bilik sudah terbuka dengan wajah lesu Farisyah.

"Ha.. Nak apa? Dah lah jerit nama orang pun salah.."

Farisyah menjeling tajam ke arah Mic. Muka Farisyah kelihatan tidak bermaya, lesu dan pucat. Seperti mayat hidup.

"Kau ok ke ni?" tanya Mic prihatin sebaik sahaja melihat wajah Farisyah.

"Ok.. Kalau takda apa-apa aku--"

"Tipu.. Aku tau kau tipu aku." Mic memandang anak mata Farisyah yang layu.

Cecair merah pekat keluar darah mulut Farisyah. Serta hidungnya.

"Far.. You're bleeding.."

Farisyah mengelap darah di mulutnya. Dia hanya melihat Mic dengan selamba.

"Perkara biasa.. Dah lah.." Farisyah menghempas kuat pintu biliknya lalu dikunci dari dalam. Di tinggalkan Mic yang masih lagi terpaku di hadapan biliknya.

(( Farisyah POV ))

"Mama.. Help me.. Sakit maa.."

Aku nangis teresak-esak menahan keperitan. Sakit rasanya menahan dan melawan penyakit ini.

Kenapa sekarang?

Kenapa ketika aku balik dari Malaysia, penyakit ni tiba-tiba menyerang?

Rambutku serabai. Darah yang mengalir dari mulut dan hidung, aku biarkan. Sakit.. Aku berlari ke tandas yang disediakan di bilikku. Aku mengeluarkan muntah di sinki.

Lidah terasa kelat, tekak terasa mual. Muntahan tadi bukanlah muntahan biasa, ianya darah berwarna merah pekat dan kehitam-hitaman.

Tok tok tok!

Pintu diketuk laju bagaikan diketuk menggunakan kayu balak. Pintu bilik seperti ingin pecah.

"Isyah..!! Open the door..!! Mama ni, Isyah.." mama berteriak kepadaku.

Aku merangkak membuka pintu bilik. Aku tidak boleh berjalan. Perutku seperti ingin pecah. Sangat sakit.

Tombol pintu aku buka. Mama cepat-cepat memelukku. Pintu ditutup lalu dikunci. Ini hanyalah rahsia antara mama dan papa sahaja.

"Are you okay, my dear..?" soal mama prihatin sambil tangannya mengusap lembut rambutku.

Aku lihat titisan air mata mama turun mengalir ke pipi. Cepat-cepatku seka air matanya. Sakit hati apabila melihat air mata seorang ibu jatuh, seperti menjadi anak derhaka.

"Ma.. It's hurt me.. I can't hold it.." aku nangis teresak-esak.

"Hold on, dear.. Your doctor will come in 10 minutes. Hold on."

"I can't.."

"Please dear.. For me, for papa, for Mic.. Do you want Mic saw your condition like this?"

"No.. Noo mama.. Please don't tell him. Isyah taknak Mic rasa bersalah, sedih hanya disebabkan Isyah.." Aku merayu.

Ya.. Sememangnya Mic tidak tahu tentang keadaanku. Aku meminta mama dan papa merahsiakan benda ini. Aku tidak mahu rahsia yang setelah sekian lama di simpan ini bocor. Sudah 26 tahun rahsia ini di jaga rapi.

"Okay, dear.."

(( End Farisyah POV ))

TBC~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience