2. Nek Bun vs Pak Leper

Romance Series 5528

"Kau apahal datang sini ha? Mic Azrul aka Pak Leper?" kata Farisyah

Dia menjeling tajam ke arah Mic. Hot chocolate di hirupnya.

"Woii.. Kau boleh tak jangan panggil aku Pak Leper? Aku ingatkan kau duduk di sana tu dah ubah perangai, tapi.. perangai tak ubah macam dulu" bebel Mic.

Farisyah memekakkan kedua-dua telinganya. Malas nak dengar musuh abadi dia ni membebel macam makcik di pasar tani.

"Haaaaaa!!! Aku tak dengar langsung pun!!! Blah ahh kau!!"

"Ok, fine.. Aku blah.. Tapi kalau mama marah aku kenapa aku tak jemput kau, jangan mengamuk kalau aku bakar semua kasut kau dalam bilik tu" kata Mic lalu berlalu pergi.

(( Farisyah POV ))

Wait.. Mama suruh dia jemput aku? Bakar kasut aku? Jangan mengamuk? Huwarghh!! Apa semua ni!!

"MIC!!! Stop right there!!" jeritku. Orang lain aku endahkan. Peduli apa aku.

Aku lihat Mic masih lagi meneruskan perjalanannya ke tempat letak kereta. Aku menarik 2 bagasi dan berjalan cepat ke arahnya. Kalau aku dapat kau, aku kerjakan kau sampai kau terlipat-lipat. I mean it..

"Yahh!! Mic Azrul!!! Stop!"

Warghh!!

Malang tidak berbau, kaki aku terseliuh. Lagi malang semua orang melihat ke arahku. Mati kau nanti Mic. Sakitnya.. Awwww..

Aku lihat Mic berlari mendapatkan kaki ku yang terseliuh. Laju dia lari. Nampak sangat kau caring dengan aku. So sawwitt.. Tapi, enemy tetap enemy..

"Yahh.. Kau ok tak?"

"Sakit ke?"

"Ada cedera lagi kat mana-mana ke?"

"Far, baik kau jawab soalan aku. Aku pasti sangat-sangat yang kau ni tak bisu. Am i right?"

Aku membisu seribu bahasa. Mic caring dengan aku. Muka dia nampak cemas bila tengok aku terseliuh..

Adakah ini..

Masanya..

Untuk aku sakat dia?

"Haaa! Sayang jugak kau dengan aku kan. Aku ingat kan kau tak tolong aku tadi. Heih.. Mic, kau buanglah ego kau tu. Aku tau kau masih sayangkan aku"

Mahu pecah perut aku ketawa apabila melihat reaksi mukanya yang tiba-tiba cemberut. Kakiku yang dia pegang sebentar tadi dia lepaskan.

"Siapa sayangkan kau? Eii.. Geli tau tak aku mendengar. Aku tolong sebab aku taknak dengar mama membebel kau tau tak? Boleh pecah tau telinga aku ni dengar bebelan mama." jawabnya acuh tak acuh.

See that.. Masih lagi ego.

"Mic, aku kenal kau Mic. Sebab dari lahir lagi kita sama-sama, kau jaga aku sebagai seorang abang angkatku walaupun masa tu kita berjiran. Kau panggil mama aku pun 'mama' sebab kau dengan kakak kau pindah ke rumahku akibat helikopter ibu dan ayah kau terhempas. Aku tidak hairan lah Mic Azrul. Aku tau kau sayang aku, tapi aku tak tau sayang kau macam mana tapi i'm pretty sure, kau sayangkan aku." ujarku panjang lebar sambil mataku melihat anak matanya.

"Sah otak kau ni masuk air. Dah, dah.. Kau boleh berdiri tak ni?"

"Sakit bro terseliuh ni. Macam retak pun ada rasanya. Aku rasa aku tak boleh berjalan mahupun berdiri, so baik kau du-- Huwarghhh!!!!!!!! Mic Azrul!! Turunkan aku!!!"

Mic membawaku dengan cara bridal style. Aku meroyan-royan minta diturunkan. Malu tau tak!!

"Yahh.. Mic Azrul.. Baik kau turunkan aku sebelum aku gigit kau." ugutku. Serious aku cakap. Kalau aku cakap, aku akan buat. So, don't play with me.

Mic akur. Dia menurunkan aku. Tapi dia turunkan aku di dalam kereta. Fine.. Aku tau aku terseliuh tidak boleh jalan. Macam memerli aku pulak.

"Kau duduk diam-diam. Jangan nak membebel. Aku tak suka. Kau faham?" katanya sambil memasangkan tali pinggang keledar kepadaku.

Aku sakit kaki bukannya sakit tangan.

Lebih baik aku diam sekarang. Malas aku mendengar suara bebelan Mic.

(( End Farisyah POV ))

....................................................................

"Mama!!" teriak Farisyah dengan teruja apabila telah memasuki rumah banglo milik keluarganya.

"Apa ni.. Orang masuk bagi Assalamulaikum, ini tak, terus teriak." Bebel Mic yang berada di sebelahnya.

Farisyah menjeling tajam ke arah Mic. Membebel lagi..

"Wait.. Where's my luggage?" soal Farisyah apabila perasan bagasinya tidak berada di sebelahnya dan di tangan Mic.

"Kereta" jawab Mic selamba badak.

"Alaa.. Asal kau tak bawa? Aku ni penat, sakut kaki baru balik dari Maldives, lagipun kaki aku kan terseliuh takkan nak angkat benda berat-berat.. Sia-sia jelah aku belikan ole-ole speciel untuk kau. Lagipun kau kan sado, macho, bergaya, kacak, banyak fans.. Patutnya kau tolong musuh abadi kau ni haa. Kau ta---" belum sempat Farisyah menghabiskan bebelannya.

"Farisyah!!"

Puan Sri Norlisa menuruni tangga lalu berlari ke arah anak kesayangannya. Begitu juga dengan Farisyah.

'Mula dah dua beranak ni.'

Mic memandang dua beranak ini dengan menyampah. Berpelukan macam ibu hilang anak. Dia mengambil keputusan untuk mengambil bagasi Farisyah di kereta, malas dia nak mendengar bebelan Farisyah.

TBC~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience