3. Terseliuh

Romance Series 5528

"Macam mana Isyah di Maldives? Ok tak pembelajaran di sana?" tanya Puan Sri Norlisa kepada anak satu-satunya.

"Ok.." jawab Farisyah pendek.

Dia menyumbat chicken chop buatan Mak Siti ke mulutnya. Kepingin katanya nak makan chicken chop buatan Mak Siti.

"Ouh ye.. Papa Isyah di Tokyo sekarang. Dia ada urusan di sana. Jadi papa hanya nak Isyah skype dia malam ni. Rindu katanya nak jumpa anak dia ni."

"Ok.. Nanti Isyah skype papa. Ma.. Mic mana?" tanya Farisyah. Nadanya di perlahankan sedikit seperti mlembisik mamanya.

"Mic pergi jemput classmate dia. Nanti kawan dia nak datang sini, buat study group."

"Asal kat sini lak? Heii.. Tak bestnya!! Baru ja nak nonton tv. Tidakk!!" rungutnya.

"Bukankah bilik Isyah ada tv? Lagipun channel di tv Isyah kan semua favourite Isyah."

"Haah kan. Pandai juga mama Isyah ni yee.."

"Laa.. Isyah lupa kah yang bilik Isyah tu ada keperluan dan kemahuan Isyah?" soal Puan Sri Norlisa sambil menongkat dagunya dengan tangannya. Dia melihat anaknya sangat berselera makan chicken chop Mak Siti.

"Lupa lah ma.." sengih Farisyah. Dia membuat senyuman kotak kepada mamanya.

....................................................................

"Far!! Far!! Tasyah!!"

Mic mencari kelibat Farisyah di ruang tamu, bilik bacaan, bilik Farisyah, bilik rest dan tempat kegemaran Farisyah iaitu di garden flower. Tetapi tidak dapat dikesan di mana. Dia mengambil keputusan untuk mencari Farisyah di kolam ikan dan akhirnya... Jumpa!!

"Kau ni. Jangan lah nak merayap.. Nanti kau sesat aku juga yang susah." bebel Mic sambil mendekati Farisyah yang sedang asyik memberikan makanan ikan.

"Alaa.. Ni rumah banglo Dato' Tan Sri Irfan lah. Senang je pun. Lagipun tempat ni lah aku dibesarkan" kata Farisyah. Senyumannya tidak lekang dari bibirnya.

"Yelah Far." Mic mengalah. Kalau makin dilayan budak ni, makin menjadi-jadi perangainya. So, better give up kalau berdebat dengan dia.

"Aku kata jangan panggil aku Far lah, but.. call me Isyah"

"Dari dulu aku panggil kau Far, tapi kau tak pernah pun komen apa-apa. Kenapa sekarang baru kau nak komen semua?"

"Tu dulu, ok.. Sekarang Natasyah Farisyah dah berubah. Semakin matang dan semakin pelowless.." Farisyah membuat gaya comel apabila menyebut perkataan Flowless.

Mic menjulingkan bebola matanya lalu dilarikan ke kaki Farisyah. Dia mencangkung lalu membelek kaki Farisyah.

"Kaki kau dah ok ke?"

"Kau dah tengok aku boleh jalan, berdiri.. Kau tanya lagi ok atau tidak? Tengok sen--"

"Aku tanya kau dengan prihatin, tapi asal ayat kau tu kasar sangat ha? Lagipun, aku hanya nak jawapan ok atau tidak. Tak perlu pun sebenarnya kau buat ayat panjang-panjang tu."

Mic berdiri lalu memandang ke arah Farisyah dengan wajah bengang.

"Fine! Ok.. Kaki aku sangat ok! Sampai boleh dah ni melomp-- Huwarghh!!"

Farisyah menjerit apabila kakinya tidak seimbang dan membuatkan dia ingin jatuh ke belakang. Dia menutup matanya serapat yang boleh.

'Pelik, kenapa aku tak jatuh-jatuh ni?' monolog Farisyah dalam hati.

"Dah-dah lah tu tutup mata. Selamat dah kau tu" ujar Mic.

Farisyah membuka matanya dan dia melihat Mic berada di hadapannya. Bahu Farisyah diraut kuat untuk mengelakkan dia terjatuh ke kolam ikan.

Pipi Farisyah memerah seperti tomato. Membahang seperti gunung api ingin meletup.

"Tchh.. Patutlah aku tak jatuh-jatuh, rupanya kau yang jadi hero. Woww! Thank you so much Mic Azrul." kata Farisyah.

Dia ingin menutupi wajahnya yang sudah merah seperti tomato. Sengaja dia berkata begitu kerana jika lebih lama dibiarkan, akan jadi kekok rasanya.

Mic melepaskan Farisyah. Dia membawa Farisyah ke garden flower kesayangannya. Dia tidak mahu lagi berada di situ kerana ianya mungkin akan membahayakan Farisyah disebabkan kakinya yang terseliuh.

"Kau nak bawa aku ke mana ni?" soal Farisyah.

"Nak bawa kau ke hati ku.. Ciaa" Pickupline diberikan kepada Farisyah.

Farisyah membuat muka kosong. Dia takkan meltinglah dengan pickupline bagai ni. Baginya ianya seperti budak-budak bercinta.

"Hambarnya.." perli Farisyah. Muuahhhahahaha.

"Ishh.. Aku nak kau bawa ke tempat kesayangan kau tu haa.. Takkan kau dah lupa?"

"Haah!! Garden flower akuu!!"

Farisyah berlari ke arah garden flowernya dengan kaki yang pengkak. Mic menggelengkan kepalanya melihat tingkah laku Farisyah.

'Far, far.. Setelah 10 tahun kau pergi Maldives, makin comel + cantik. Ni yang buat aku melting ni..' detik hati Mic..

TBC~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience