LAMA aku berdiri di hadapan rumah itu. Syurga di mana aku membesar sendirian. Orang tuaku meninggal ketika aku berusia 16 tahun dan semenjak itulah aku mengikuti siang dan malam tanpa peneman. Dulu, ada ibu saudaraku yang menjagaku. Dialah yang menjadi tempat aku meluahkan tawa dan tangis. Namun, yang baik selalunya tidak lama. Arwah Mak Cik Tiara meninggal ketika aku berusia 18 tahun. Kerana kepayahan hidup, aku akhirnya terpaksa mematikan niatku untuk menyambung pelajaranku. Sekadar bergantung kepada keputusan Sijil Pelajaran Malaysia, aku berhijrah ke bandar untuk mencari kerja. Aku berjaya mendapat pekerjaan di sebuah butik barangan kemas dan di situlah aku berkenalan dengan ...