SAD 1 Bukan Yang Aku Inginkan

Romance Completed 376880

AKU buka mataku dengan perlahan-lahan. Seluruh tubuhku terasa sakit dan lemah, namun aku tetap kuatkan juga tanganku untuk menyentuh perutku walau tahu apa sebenarnya yang telah berlaku. Kemalangan yang kami alami tadi membuat diriku melahirkan secara paksa demi menyelamatkan nyawa bayi kami. Alhamdulillah, bayi kami selamat. Bahkan telingaku dapat mendengar dengan jelas tangisan indahnya tadi.

Namun dalam bahagiaku, ada sebenarnya rasa sedih dan sakit yang sedang aku pendam. Lahirnya bayi itu menandakan aku dengan 'suamiku' bukan lagi pasangan yang sah. Aku masih ingat benar jeritannya tadi saat mengucap lafaz talak sebelum kereta yang kami naiki itu bertembung dengan sebuah lori.

Aku kesal, mengapa dia lebih memilih untuk mempercayai orang lain daripada isterinya sendiri? Aku terlalu sayangkan dia. Memikirkan semua itu membuatkan air mataku menitis semakin laju. Bukan baru setahun dua kami menjalani alam rumah tangga. Aku selalu mempercayai dia, tetapi mengapa dia sentiasa meragui kesetiaanku?

Bummm!!!

Aku tersentak ketika pintu ruangan yang sedang aku diami dihempas kuat dengan tiba-tiba. Aku segera memalingkan wajah basahku sebelum susuk Puan Mastura bersama adik angkat Khir Adli muncul jelas di dalam ruangan itu.

"Hehhh Hawa, ni semua plan you kan?! I tahu, you memang dah berniat lama nak bunuh abang! You jangan ingat i tak tahu!"

Erat mataku dipejamkan saat telingaku mendengar kata-kata tuduhan yang amat menyakitkan itu. Aku diam tanpa mahu membidas kerana aku benar-benar tidak kuat untuk mempertahankan diriku. Malah hendak bersuara pun aku tidak mampu.

"Tengok ma, dia diam je! Maksudnya, dia memang dah lama plan semua ni dari awal. Kalau tak, kenapa dia dengan anak dia je yang boleh selamat?" Tidak berpuas hati dengan tingkah diamku, Lovena terus-terusan memaki sebelum melangkah mendekati lokasi keberadaanku. Tanpa belas, dia terus menarik kasar rambutku berkali-kali. "Patutnya you dengan anak you yang koma. Mati terus pun tak pe! Orang yang tak jelas asal usul macam you ni memang pembawa sial! Sebab tu you ni tak ada mak bapak!"

Terhenyak dengan kata-kata anak gadis itu, aku segera menyoal dengan perasaan yang berdebar-debar. "Kenapa, Love? Mama? Apa yang dah berlaku pada abang??? Abang tak apa-apa kan? Abang selamat kan?" Aku laju menyoal. Memang aku belum tahu seperti apa keadaan Khir Adli.

"Abang i... koma! Ni yang you nak kan?!" Lovena menengking sebelum menampar pipiku dengan sangat kuat. Hanya sekali, namun aku dapat merasakan tamparan itu seakan-akan telah membuatkan pendengaranku hilang. Malah, aku juga dapat merasakan ada darah yang mengalir di hujung bibirku.

"Love... sakit. " Aku merayu agar diriku dilepaskan. Aku menoleh ke arah ibu mentuaku dengan harapan agar wanita tua itu akan dapat membantu namun ternyata sia-sia. Tidak sedikitpun dia bergerak untuk membantu, sebaliknya hanya diam bersama riak yang sangat marah. Aku tahu, mereka memang menyalahkan diriku.

"You dengar sini, Siti Hawa. I... akan buat you menyesal sebab muncul dalam hidup abang i. Sepatutnya i yang jadi isteri Abang Adli, bukan you. Perampas! I bersumpah yang i akan buat hidup you dengan anak you... terseksa! Terseksa sampai mati!" kata Lovena dengan kasar sebelum kedua-duanya melangkah pergi meninggalkan aku sendirian di dalam ruangan itu.

"Abang!!!"

AKU memejamkan mataku rapat saat terpandang akan susuk kaku seorang lelaki yang kini bukan lagi sah sebagai suamiku, melainkan bekas suami. Tiada yang tahu tentang lafaz itu, tiada yang tahu bahawa aku telah dilepaskan. Aku tidak sanggup hendak mengungkap keluar semua itu kerana aku tidak kuat menahan perasaan jika harus dipisahkan daripada dia. Bagaimana aku akan meneruskan hidup bersama anakku nanti tanda adanya dia? Aku tahu, bukan niatnya untuk mengungkapkan lafaz itu. Silapku juga kerana telah mencabar kesabarannya. Khir Adli seorang suami yang baik, bertanggungjawab namun terkhilaf kerana telah dihasut oleh ibu dengan adik angkatnya sendiri.

Aku raih tangan yang kaku itu, aku genggam sebelum dibawa mendekati bibirku. "Abang... bangunlah, bang. Jangan tidur lama sangat. Awa dengan baby perlukan abang. Kami tak ada orang lain selain abang. Awa tak curang, Awa setia pada abang. Awa cintakan abang, cuma abang dan anak tu... darah daging abang." aku meluah dengan jujur, menganggap seolah-olah dia sedang mendengarkan aku. "Awa janji, Awa akan tunggu abang sampai abang sedar. Awa akan jelaskan pada abang nanti yang Awa tak pernah duakan abang. Awa setia pada abang walau macam mana pun keadaan abang."

"Puan Hawa, dah ke? Saya kena bawa puan kembali ke dalam bilik puan semula. Puan Hawa sendiri pun kena banyak berehat." ujar seorang jururawat yang sedang menemani aku melawat Khir Adli ketika itu.

Aku mengangguk faham sebelum kembali memandang ke arah wajah redup Khir Adli. "Abang berehat ya, tapi jangan lama sangat. Tolong sedar secepatnya. Tolong kuat... tolong bertahan demi Awa dan anak kita. Kami akan tunggu abang, kami akan tunggu abang sampai bila-bila!Awa janji."

Aku lepaskan tangan kaku itu dengan perlahan-lahan, aku tetap tidak mengalihkan pandanganku daripada wajahnya sehinggalah kerusi roda yang sedang aku duduki ketika itu sudah berada di luar ruangannya.

SETELAH hampir seminggu dirawat di hospital itu, aku kini dibenarkan pulang. Pulang bersama bayi keciku, sementara bekas suamiku pula harus meneruskan rawatannya di sana. Niatku mahu pulang ke rumah kami sendiri, namun dihalang keras oleh bekas ibu mentuaku dengan Lovena. Mereka enggan aku mengambil harta dan  kesempatan di atas penderitaan Khir Adli yang kini sedangkan aku tidak pernah berniat seperti itu. Rumah itu diletakkan atas nama aku. Dibeli oleh Khir Adli beberapa bulan sebelum kami bernikah.

Mahu tidak mahu, aku terpaksa bersetuju untuk pulang ke rumah bekas ibu mentuaku. Ya, hanya bekas namun tiada siapa pun yang tahu kerana hingga ke saat ini aku masih tidak kuat untuk mengakui sebuah hakikat. Aku tahu, perbuatanku itu salah dan berdosa namun sungguh, aku benar-benar belum kuat.

Bayi kami perempuan, dan aku namakan dia Nurul Hannah. Nama itu dipilih oleh Khir Adli sendiri sebaik sahaja doktor mengesahkan jantina kandunganku. Di antara kami, dia yang paling gembira, dia paling bahagia. Aku tidak mampu untuk menafikan yang Khir Adli memang seorang suami yang sangat sempurna. Namun sesempurna mana pun manusia, tetap akan ada sisi khilafnya. Saat aku difitnah, dia pula lebih mempercayai kata-kata orang lain. Itu yang membuatkan hatiku sakit dan perih. Aku terlalu kecewa.

Walaupun agak terlewat diberikan rezeki cahaya mata, namun tidak pernah sekalipun Khir Adli merungut. Dia pernah berkata akan menerima walau seperti apapun keadaanku, walau akan ditakdirkan... tidak produktif sekalipun.

"Kita dah sampai, puan."

Suara tua Pak Lukman lantas membawa aku kembali ke alam realiti. Aku laju mengesat air mata kerana enggan Pak Lukman tahu yang diriku sedang menangis. "Nanti Pak Lukman tolong saya bawakan barang-barang saya ni masuk, ya?" arahku lembut pada lelaki tua itu.

"Baik, puan."

Aku menyusun langkah untuk keluar dari dalam kereta itu dengan berhati-hati kerana ketika itu aku sedang mengendong tubuh kecil Hannah. Entah bagaimanalah nasibku bersama Hannah tinggal di dalam rumah ini kelak? Aku tahu, perjalanan hidup kami tidak akan mudah di sini. Mahu pergi menjauh, namun keadaan diriku tidak mengizinkan. Luka pembedahanku belum baik sepenuhnya, Hannah pula masih terlalu kecil. Aku tidak akan mampu menguruskan diri kami sendirian.

"Sampai dah anak beranak pembawa sial. Selamat datang ke syurgaku!"

Aku menoleh ketika ada suara sinis yang menyapa. Kerana bimbang memikirkan perbuatan kasar Lovena membuat aku semakin memeluk tubuh Hannah dengan erat.

"Love, mana mama?" aku menyoap lembut, perlahan dan takut. Sikap adik angkat Khir Adli itu memang selalu kasar dan kejam. Namun dia selalu bijak bermain dengan watak. Di hadapan Khir Adli, dia akan berlagak baik, sopan dan lemah-lembut.

Pertanyaanku langsung tidak diendahkan. Senyuman jahatnya kekal terlakar seiring dengan gerakan kalinya mendekati aku dengan Hannah.

"Siapa mama you? Setan!"

Aku tersentak saat kepalaku ditunjal kuat dan kasar, aku kembali menangis tanpa suara saat rambut hitamku tiba-tiba sahaja dicengkam kuat lalu ditarik tanpa belas. Dalam keadaanku yang masih terlalu lemah seperti itu, bagaimana aku akan dapat mempertahankan diriku sendiri?

"Love... sakit. Tolonglah, jangan buat kakak macam ni." Aku merayu tanpa melonggarkan sedikitkan pelukanku pada tubuh Hannah.

"You bukan kakak i! Tapi you... perampas kebahagiaan i. Sepatutnya, you tak payah muncul ke dalam family kami, Hawa! You miskin, you adalah insan yang paling hina kat dalam dunia ni! You jangan ingat yang i akan biarkan hidup you senang dalam rumah ni, Hawa! I akan pastikan you dengan toyol you ni... terseksa!"

Aku meringis sakit ketika tubuhku terdorong kuat sehingga terduduk kasar di atas sofa. Bahagian luka pada jahitanku langsung terasa ngilu dan sakit yang teramat. Sakitnya tanpa mampu aku ungkapkan dengan kata-kata. "Allah!" Hannah mula merengek, namun aku tidak mampu menenangkan bayi kecil itu kerana aku sendiri juga sedang merasakan kesakitan yang luar biasa. Mengapa bukan aku sahaja yang dikomakan? Mengapa aku perlu diberikan nafas jika harus melalui penderitaan yang seperti ini?

"Ni baru sikit, Hawa! I akan pastikan... you menyesal sebab masuk dalam family i!" Lovena membentak sebelum terus menyusun langkah meninggalkan kami sendiri di situ.

"Syhhh... syhhh... syhhh... Jangan nangis, sayang. Tolong kuat. Kita sama-sama kuat untuk papa. Papa perlukan kita dan kita puna perlukan papa." Aku gagahkan diriku untuk memeluk tubuh Hannah dengan lebih erat. Tangisanku tidak berhenti namun aku tahu yang diriku perlu kuat demi bayi kecil kami itu. Hannah hanya ada aku, dan aku pula hanya ada Allah. Aku akan melindungi Hannah sama seperti aku melindungi nyawaku sendiri. Itu tekadku.

"Syhhh... syhhh... syhhh... " Aku menenang dan mendodoikan Hannah. Aku hanya mampu duduk lemah di atas tilam nipis kerana tenagaku benar-benar tidak banyak. Aku dengan Hannah ditempatkan di dalam sebuah bilik stor belakang, diberi makan minum yang ala kadar. Aku reda dengan semuanya kerana aku sedar yang diriku masih belum mampu untuk melawan. Tunggu, tunggu apabila keadaan aku sudah pulih nanti, aku tidak akan tinggal diam! Aku akan pastikan anak angkat yang tidak sedar diri itu akan terteleng pipinya. Aku akan balas segala kekejaman perempuan itu!

Tok tok tok...

Aku laju mengesat air mataku saat pintu kamar sempit itu diketuk dari arah luar. Muncul susuk Nadiah yang merupakan salah seorang pembantu rumah di situ.

"Puan, saya ada buatkan sup ayam untuk puan. Puan minumlah sementara masih panas ni." kata Nadiah sambil meletakkan sebiji mangkuk di sisiku. Selain Pak Lukman, Nadiah juga selalu melayanku dengan baik namun untuk melawan kekejaman Puan Mastura dengan Lovena, dia tidak mampu.

"Terima kasih, Nadiah. Boleh tak awak tolong jagakan Hannah dulu? Saya... "

Bummm!!!

Pintu kamar itu tiba-tiba dihempas kuat membuatkan kami serentak menoleh ke arah punca bunyi. Nadiah laju mengambil Hannah dari dalam pelukanku sebaik sahaja terpandang pada wajah bengis Puan Mastura bersama Lovena.

"Wah, wah, wah! Siapa suruh you memandai buatkan sup untuk dia??? You ni, nak jadi setan juga ke???" Lovena menengking Nadiah dengan suara yang sangat kuat dan kasar. Baru mahu menarik rambut Nadiah, namun mujur sahaja wanita muda itu sempat melarikan dirinya bersama Hannah ke arah luar. "Ah, sial! Maid sial!" Lovena memaki geram.

Aku menarik nafas lega untuk Hannah walaupun sedar yang diriku pasti akan mendapat sakit sebentar nanti.

"Mengada-ada! Kau ingat, kau boleh bersenang lenang kat rumah aku ni?!" Puan Mastura menengking sebelum menyepak mangkuk yang terisi dengan sup ayam tadi selamba. Tumpah sehingga licin tanpa sempat aku merasa walau sedikitpun.

"Mama... "

"Aku bukan mama kau! Kau tak layak jadi menantu aku. Dari dulu lagi aku tak sukakan kau Hawa, tapi kau yang terhegeh-hegeh tadah diri kau pada anak aku. Kau guna-gunakan anak aku kan? Hahhh, ilmu apa kau pakai???" Wanita tua itu membentak sebelum mencapai mangkuk tadi lalu dibaling kuat menyasar pada perutku. Aku meringis sakit, sakitnya terlalu parah, malah sempat membuatkan nafasku seakan-akan mahu berhenti.

"Awa minta maaf, Awa minta ampun kalau... "

"Maaf kau mampu ke kembalikan anak aku yang dulu? Kau punca Ad terlantar kat hospital tu. Kau dengan anak kau memang pembawa bala dalam keluarga aku!"

"Mama, jangan ma. Sakit!" aku merayu berkali-kali saat wanita tua itu mula mengeluarkan sebilah rotan. Tahu, bagaimana nasibku nanti. Aku mencengkam sisi tilam dengan tangan yang menggigil saat libasan-libasan perih mula terasa pada tubuhku. Sakitnya tidak akan pernah mampu tergambar dengan kata-kata. Tidak cukup dengan itu, perutku juga disepak berkali-kali oleh Lovena. Kedua-dua insan itu memperlakukan aku tidak ubah seperti seekor binatang yang paling hina di muka bumi ini. Aku melirih, aku menangis tetapi mereka langsung tidak mengendahkan rayuanku. Aku tidak tahu, harus menyesal atau tidak kerana terlanjur mencintai seorang insan yang tidak layak buat diriku.

"Padan muka you, Hawa! Biar you cepat mampus! You dengan anak you tu memang pembawa sial! Keturunan sial! Daripada you bela si Hannah tu, lagi baik you mampuskan dia je. Entah berapa ramai pula keluarga orang lain pula yang akan terkena sial korang nanti! Cukuplah family i yang jadi mangsa!" Lovena tertawa sinis sambil mengangkat sebiji gelas kaca yang terisi dengan air jernih. "Ni, you rasakan ni!!!"

"Arghhh!!! Ab... abang!" Seluruh tubuhku menggelupar saat luka jahitanku disiram dengan larutan air garam. Sakitnya ya Tuhan! Tiada nama lain yang mampu aku ingat melainkan nama Dia dan... dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience