SAD 3 Titipan Pesan

Romance Completed 376858

AKU langsung memeluk Hajar dengan erat sebaik sahaja menapak di luar mahkamah. Tangisanku meledak kuat, mungkin kerana aku sudah terlalu lama menahan perasaan.

"You kuat, Hawa. I tahu you kuat. Bersabar. You tak seorang, you masih ada Hannah, ada i dan ramai lagi yang masih sayangkan you." Hajar mengusap belakang tubuhku tanpa henti. Dia juga sedang menitiskan air mata, mungkin kerana terlalu bersimpati dengan nasibku.

Pihak mahkamah telah mengesahkan penceraian di antara aku dengan Khir Adli. Lafaz talak dibuat dalam keadaan yang sedar dan jelas. Perih, sakit untukku menerima sebuah hakikat itu. Tuhan, aku terlalu cintakan dia. Aku masih sayang sayangkan dia dan rasa cinta itu tidak akan mampu hilang. Buat sejenak aku merasakan yang takdir itu terlalu kejam! Mengapa aku yang diuji seperti ini? Mengapa bukan orang lain?

"Hajar!!!" Aku meraung dalam pelukan Hajar. Bayangan kaku Khir Adli yang sedang terlantar di hospital membuat emosiku semakin parah.

"Kuat, Hawa. Ingat anak you. You kuat. Penceraian bukan satu noktah dalam kehidupan seorang wanita. Buktikan pada semua orang yang you mampu, you kuat. I ada, i akan selalu doakan you."

"Tapi i masih cintakan dia, Hajar. I terlalu cintakan dia." kataku dalam esakan. Aku benar-benar memaksudkan kata-kataku itu. Mungkin sampai mati, cintaku pada Khir Adli tidak akan hilang.

"Percaya cakap i, akan ada sebuah kebahagiaan yang lain buat you suatu hari nanti. Kalau bukan bersama Adli pun, mungkin bersama Hannah. Tengok dia, kesian dia." Hawa membukakan pintu keretanya, dan aku terkejut saat melihat Nadiah bersama Hannah yang ketika itu sedang duduk di tempat duduk belakang. Aku langsung mengambil tubuh kecil Hannah daripada Nadiah, aku peluk dan aku cium tanpa henti. Wajah anak kecil ini yang selalu membuatkan air mata gugur, tetapi wajahnya juga yang akan menenangkan hatiku. Benar kata Hajar, aku perlu kuat. Kuat demi diriku sendiri dan Hannah. Penceraian bukan satu noktah, tetapi satu permulaan dalam sesebuah kehidupan.

AKU melajukan langkahanku untuk masuk ke dalam rumah saat terdengar suara esakan Hannah. Sedari pagi aku titipkan Hannah kepada Nadiah kerana ada urusan penting di luar. Banyak hal yang aku perlu uruskan sendirian, walau dalam keadaan yang masih lemah.

"Pu... puan." Hazimah agak terkejut saat melihat kepulanganku. Pucat lesi wajahnya membuat hatiku semakin berasa penasaran.

"Hannah menangis? Nadiah mana?" soalku.

"Na... Nadiah keluar. Puan Mastura suruh Nadiah be... "

Aku terus melangkah masuk ke dalam bilik yang aku diami bersama Hannah tanpa sudi mendengar seorang pembantu rumah itu menghabiskan kata-katanya. Jika bukan Nadiah, lalu siapa yang menjaga Hannah selama aku keluar dari rumah tadi?

"Minum! Nak sangat nangis kan?! Minum!"

Debaran di dalam dadaku kian kuat terasa, nafasku semakin kacau saat telingaku mendengar suara pekikan kasar Lovena dari arah dalam kamar itu. Apa yang perempuan gila itu telah lakukan pada Hannah?!

"Minum! Kalau tak, i... "

"Perempuan tak guna!" Meluru ke arah Lovena, aku terus merampas anakku. Aku peluk Hannah erat dengan perasaan yang sangat sakit. "Kau buat apa dengan anak aku?!" Aku memarahi Lovena, tetapi perempuan kejam itu hanya tertawa. Sengaja mengangkat botol susu kecil yang bukan kepunyaan Hannah untuk ditunjukkan padaku.

"I tolong jaga dia je. Dia menangis macam nak mati. So, i suruhlah dia minum susu kucing ni. Biar comel macam kucing mama tu."

Berderau darahku mendengar kata-kata perempuan biadab itu. Kali ini kesabaranku benar-benar sudah mati, mati takkan mampu kembali lagi. Sudah lama aku menyimpan perasaan marah dan geram pada kedua-dua wanita itu dan... inilah masanya.

"Hazimah!" Aku melaung kasar. Muncul susuk Hazimah, lalu aku berikan Hannah kepadanya. "Jaga Hannah, jaga betul-betul!" arahku sebelum kembali mendapatkan Lovena. "Kau ulang sekali lagi, apa yang kau dah buat pada anak aku! Kau bagi dia minum apa???"

"Susu kucing. Kan ma?" ujarnya bersahaja lalu tertawa. Riaknya sama sahaja seperti riak bekas ibu mentuaku ketika itu.

Jari jemariku aku kepal erat. Menggigil seluruh tubuhku saking terlalu marah dan sakit hati. "Kurang ajar! Kau memang kurang ajar!" Aku memekik lantang sebelum menarik rambut Lovena dengan sangat kuat, malah lebih kuat daripada apa yang sudah dia lakukan pada ku sebelum ini.

"Hawa, kau buat apa dengan anak aku?! Lepaskan anak aku!" Puan Mastura menengkingku. Mungkin dia ingat aku lemah, aku reda seperti sebelumnya. Mereka boleh menyeksaku, tapi bukan Hannah. Aku akan pastikan kedua-dua wanita itu terseksa sama. Persetankan segala rasa hormatku pada mereka selama ini!

"Ma, sakit ma!" Lovena meringis saat tubuhnya dibelasah tanpa belas. Botol susu yang terisi dengan susu kucing tadi aku capai, lalu aku suakan ke dalam mulutnya.

Puan Mastura gigih meleraikan kami, tapi dia gagal. Apa yang tenaga tua itu mampu lakukan? Aku sejuta kali lebih kuat daripadanya!

Uwerkkk!

Puas hatiku melihat perempuan gila tak sedar diri itu muntah. Muntah sehingga seluruh tubuhnya langsung melonglai di atas lantai. Puan Mastura mencapai sebatang penyapu, baru hendak melibas ke arahku namun aku lebih cepat untuk menepis. Biar mereka tahu kekuatan orang kampung yang hina nan miskin ini seperti apa?

"Kau!" Aku menunding tepat ke arah Puan Mastura. "Aku sumpah, satu hari nanti kau akan terima balasannya. Semoga kau lumpuh dan terseksa, dan kau... " Aku menunjuk ke arah Lovena. "Aku memang anak yang tak ada orang tua, tak jelas asal usul tapi kau pun kena sedar diri. Kau cuma anak yang dikutip dalam rumah ni. Tak ada bezanya kita!" ujarku dengan puas sebelum memberi sepakan yang terakhir kali pada tubuh lemah itu. Ringan kakiku hendak memijak kepalanya, namun aku masih memiliki akal waras dan sifat kemanusiaan.

"Kau memang biadab, Hawa! Aku ni ibu mentua kau! Aku yang lebih layak sumpah kau!" Puan Mastura membalas tengkinganku. Nafasnya menjadi semakin tidak teratur, dia gigih memegang dadanya mungkin kerana berasa terlalu geram dan marah.

Aku hanya tersenyum, tertawa bersama titisan air mata. Perasaan hormatku terhadap kedua-dua insan itu sudah mati, mati saat aku mendengar tangisan sakit Hannah tadi.

"Kau berambus dari rumah aku sekarang! Berambus, Hawa! Bawa keturunan sampah kau tu keluar dari rumah aku dan jangan berani bawa sesen pun harta keturunan kami! Hidup korang anak beranak takkan aman selagi kau tak melutut kat kaki aku ni!"

"Memang aku nak berambus, mata aku ni pun dah jijik tengok muka korang berdua! Binatang!" kataku. Kini, hatiku benar-benar sudah tekad. Aku capai barangan kami yang paling penting sahaja, lalu aku membawa tubuh kecil Hannah keluar dari neraka jahanam itu.

AKU melangkah masuk ke dalam ruangan rawatan yang menempatkan bekas suamiku dengan sisa tangisan. Aku membawa Hannah bersama, ditemani oleh Pak Lukman. Jika bukan bersama Pak Lukman, mungkin aku tidak akan dibenarkan untuk masuk.

"Assalamualaikum, abang." aku memberi salam dengan suara yang bergetar. Tangisanku yang tadinya reda kembali memecah saat aku terpandang akan wajah pucat Khir Adli. Aku yakin, dia sedang mendengarkan aku. Aku melihat air matanya turut mengalir membasahi pipi. "Abang... Awa dengan Hannah datang. Awa datang sebab nak sampaikan sesuatu pada abang. Pihak mahkamah dah sahkan... penceraian kita. Awa... Awa bukan lagi isteri abang dan abang pun... bukan suami Awa." aku luah semua itu satu persatu. Semuanya terlalu sakit aku rasa. "Kenapa bang? Kenapa nasib kita macam ni? Boleh tak abang bangun sekarang? Abang tolonglah sedar! Awa dengan Hannah perlukan abang! Kami tak ada sesiapa dah selain abang! Kenapa abang sanggup buat Awa macam ni? Abang biarkan Awa sorang-sorang dengan Hannah. Abang juga yang kata abang happy kalau Hannah ni lahir! Abang tipu Awa, abang tipu!" Aku menunduk, lalu diam buat sesaat. Tanganku yang sedang parah menggeletar aku bawa untuk mengesat air mata bekas suamiku. "Abang, Awa terpaksa bawa Hannah pergi dari sini. Kalau tak... nyawa kami dalam bahaya. Janji pada Awa, yang abang akan cari kami nanti bila abang dah sedar. Awa dengan Hannah sayangkan abang. Ampunkan Awa, halalkan makan minum Awa selama ni. Kami tunggu abang. Assalamualaikum," ungkapku buat kali terakhir. Telapak tangan Hannah aku lekapkan pada pipi ayahnya. Aku tahu, Khir Adli dapat merasakan kehadiran kami dan aku semakin yakin yang dia juga turut merasakan kesedihan yang sama saat aku melihat air matanya semakin deras mengalir pada pipi.

"PUAN... puan ada duit?" soal Pak Lukman sebaik sahaja kami tiba di terminal bas.

Aku menggeleng. Memang aku pergi dengan tangan yang kosong tanpa sesen pun. Bukan tidak ada simpanan, tetapi semuanya telah dirampas oleh Puan Mastura bersama Lovena. Apa sahaja yang aku miliki, mereka ambil tanpa rasa belas termasuklah cincin perkahwinan kami.

Pak Lukman menghulurkan beberapa keping wang kertas berwarna ungu kepadaku. "Ambillah. Buat tambang dan untuk beli sedikit keperluan nanti. Saya tak mampu tolong banyak, maafkan saya." kata Pak Lukman.

Terkejut dengan jumlah pemberian lelaki tua itu membuat aku laju menggeleng. Pak Lukman bukan orang senang, dia juga makan gaji dan masih memiliki tanggungan. "Banyak sangat ni, Pak Lukman. Tak apa, saya boleh usahakan sendiri nanti." aku menolak lembut.

"Ambillah puan. Saya tahu, puan perlukan duit. Kalau bukan untuk puan sendiri sekalipun, mungkin untuk Cik Hannah. Ambillah, saya ikhlas." Lelaki tua itu memujuk lembut, tetap gigih menghulurkan wang-wang kertas itu kepadaku.

Aku tersentuh, huluran itu akhirnya aku ambil juga. "Terima kasih, Pak Lukman. Jasa dan budi Pak Lukman, saya akan kenang sampai mati."

"Jaga diri, jaga Cik Hannah baik-baik. Percayalah, suatu hari nanti kebenaran tu akan terungkap. Saya tahu, Puan Hawa tak salah."

"Pak Lukman," Aku mengeluarkan sekeping kertas putih dari dalam beg tanganku, lalu aku hulurkan pada Pak Lukman. "Tolong... tolong simpan surat ni, dan sampaikan pada Papa Hannah kalau dia dah sedar nanti. Tolong jangan hilangkan, Pak Lukman je harapan yang saya ada sekarang."

"Insya-Allah, puan jangan risau. Ini amanah orang yang teraniaya. Saya janji akan jaga dan sampaikan pada Tuan Adli satu hari nanti. Jaga diri baik-baik."

"Terima kasih sekali lagi. Kami pergi dulu, assalamualaikum."

"Waalaikumsalam, puan."

Aku melangkah keluar dari dalam kereta itu bersama titisan air mata. Dengan ini, aku bukan lagi sebahagian dari keluarga Khir Adli. Aku akan membawa Hannah menjauh daripada kehidupan para terhormat itu. Hanya titipan pesan sahaja yang mampu aku tinggalkan tadi, dengan harapan agar bekas suamiku akan sedar dan membaca semuanya.

Assalamualaikum, Papa Hannah.
Alhamdulillah, kalau abang baca ni, maknanya abang dah sedar daripada tidur yang sangat memenatkan. Masa ni, mungkin Awa dengan Hannah dah jauh daripada abang. Awa minta maaf, Awa terpaksa bawa Hannah pergi untuk kebaikan semua orang. Awa tak pernah curang pada abang, sumpah. Awa tak pernah berniat macam tu pun. Awa cintakan abang seorang. Cuma abang. Tolong cari kami kalau abang dah sedar. Banyak benda yang Awa nak luahkan pada abang. Kami minta diri dulu. Mama dengan Hannah sayangkan papa! Kami tetap akan tunggu papa datang jemput kami walau selama manapun.

Sayang papa.
(Mama dan Hannah)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience