SAD 2 Derita

Romance Completed 374778

'Daripada you bela si Hannah tu, lagi baik you mampuskan dia je!'

'Daripada you bela si Hannah tu, lagi baik you mampuskan dia je!'

'Daripada you bela si Hannah tu, lagi baik you mampuskan dia je!'

'Daripada you bela si Hannah tu, lagi baik you mampuskan dia je!'

'Daripada you bela si Hannah tu, lagi baik you mampuskan dia je!'

Bertalu-talu kata-kata kejam Lovena itu bermain di dalam benakku. Kedengaran terungkap dengan jelas sekali dan tanpa henti. Sudah ku usir, gigih aku mencuba untuk melupakan semuanya namun tidak mudah. Kata-kata itu bahkan semakin lama semakin membuatkan fikiranku terhasut. Mungkin... atau memang benar kata Lovena.
Bayi kecilku ini harus segera dibunuh, biar tidak mengikuti jejakku yang telah menjadi penyebab nasib malang ayahnya.

Aku renung wajah polos yang sedang terlena di dalam rangkulanku ketika itu. Aku lihat diriku dan diri Khir Adli di dalamnya. Hannah tanda cinta kami, tetapi Hannah juga yang menjadi punca perpisahan di antara kami. Mungkin kalau Hannah tidak perlu ada, Khir Adli tidak akan menuduhku mengandungkan anak orang lain. Kami tidak akan bertengkar, lafaz itu juga tidak akan terungkap. Benar, Hannah memang pembawa sial sama sepertiku! Aku harus... aku harus matikan dia!

'Daripada you bela si Hannah tu, lagi baik you mampuskan dia je!'

Saat kata-kata itu kembali kedengaran lagi, aku mula bertekad. Akal dan riakku kosong, mati terlebih dahulu sebelum Hannah. Suara-suara dan kelibat insan-insan di sekelilingku jelas kedengaran dan kelihatan namun semua itu tidak lagi bermakna buat akalku. Yang aku tahu hanyalah Hannah harus segera dibunuh! Aku melihat dia bukan seperti seorang bayi kecil yang telah mendiami rahimku, tetapi aku melihat dia seperti seorang musuh laknat.

Tanganku mula terangat walau menggigil, mataku tertancap mati pada leher kecilnya. Bahkan aku tidak sedar yang mataku telah digenangi dengan butiran-butiran jernih yang terasa amat berat dan membebankan.

'Daripada you bela si Hannah tu, lagi baik you mampuskan dia je!'

"Mati Hannah, mati!" bisikku dengan tekad, dengan suara separuh menggigil.

"Assalamualaikum, Hawa. You... Hawa kan?"

Aku langsung tersentak saat ada suara malaikat yang menyapa. Nadanya lembut, persis insan yang terutus. Baru ketika itu aku tersedar. Benar-benar tersedar! Aku mengangkat wajah untuk memandang ke sekeliling. Rupa-rupanya aku sedang berada di klinik, menunggu giliran untuk membawa Hannah menemui doktor dan saat itu juga aku tersedar yang sebelah tangannya sedang berada pada leher kecil Hannah. Tangisanku langsung meledak kuat tanpa sempat aku lihat siapa gerangan malaikat yang telah diutus oleh Tuhan tadi.

Aku kesal sekesal kesalnya. Aku marah pada diriku sendiri kerana hampir sahaja membunuh seorang insan yang paling tidak berdosa. Insan yang menjadi pengikat kasih di antara diriku dengan Khir Adli.

"Hawa... you okey tak? Kenapa? Kenapa, Hawa?" suara lembut itu kembali menyoal. Dengan pandangan yang berkaca-kaca, aku kembali mengangkat wajah untuk memandang ke arahnya.

"Ha... Hajar! Tolong i, Hajar! I tak kuat!"

"HAWA... Hawa... " Hajar mula bersuara setelah mendengar jelas kisah dukaku tadi. Dia sahabat lamaku yang merupakan seorang peguam. Kami terpisah kerana kekangan masa dan kesibukan hidup masing-masing. Aku bersyukur, Allah titipkan dia tepat pada masanya. "You kena faham, apabila lafaz talak dibuat di luar court, pengesahan talak tu tetap perlu dibuat. Nanti masa naik court, pihak court akan siasat Adli. Masa lafaz tu, Adli ada tekanan ke apa. Ada suami lafaz talak sebab tekanan, dipaksa isteri walhal dia tidak berniat. Hanya suami sahaja yang tahu niatnya sendiri ketika dia melafaz talak. Ayat ketika lafaz juga akan diambil kira. Contoh, saya lepaskan awak. Ayat ni tak jelas. Contoh ayat terang macam... aku talak satu."

"Walaupun dia sedang koma tak sedarkan diri, talak tetap dikira jatuh?" aku menyoal dengan perasaan yang berdebar-debar.

"Kalau dia koma, kes ni dikira terpencil. Macam kes suami hilang tanpa dapat dikesan. Tapi apa-apapun, you kena pergi mahkamah. Pihak mahkamah ada bidangkuasa untuk nilai. " kata Hajar sambil mengusap bahuku.

"Kenapa nasib i macam ni, Hajar? I... i rasa tak kuat. Setiap malam i berdoa supaya dia cepat sedar, tapi... sampai sekarang ni, langsung tak ada perubahan. I dah tak kuat tinggal kat rumah tu, tapi i kenangkan dia. Macam mana kalau dia sedar masa i dah tak ada kat situ?" aku luahkan tangisan pada pelukan Hajar. Hanya dia yang aku ada, hanya dia tempatku mengadu untuk ketika itu.

"Jangan seksa diri you, Hawa. Pergi bukan bermaksud you lupakan Adli. Family Adli layan you baik tak? Mereka ada apa-apakan you?"

Pertanyaan Hajar membuat aku tersentak buat sesaat. Aku tidak tahu apa yang membuatkan aku laju menggeleng setelah itu. Hajar seorang penguam yang tegas, mungkin kerana itu aku tidak mahu dia melaporkan perbuatan Puan Mastura dengan Lovena pada pihak berkuasa. "Me... mereka baik."

"Baguslah kalau family dia layan you baik. Tapi apa-apapun, i nasihatkan you cepat selesaikan tentang status sebenar di antara you dengan Ad. Tak baik you rahsiakan semua ni, Hawa. Manusia mungkin tak tahu, tapi... Allah tahu. Call i kalau you perlukan apa-apa bantuan."

"I tahu. Terima kasih, Hajar. Terima kasih."

"Sama-sama. Ingat, kita wanita ni kena kuat. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang dah berlaku ni. Selalu berdoa, minta petunjuk."

AKU berjalan mendekati Puan Mastura yang ketika itu sedang duduk bersantai di ruang tamu bersama Lovena. Tidak sanggup untuk berterus terang, namun aku sedar semua itu perlu. Sakit membayangkan jika lafaz talak yang telah dibuat oleh Khir Adli tempoh hari sah, namun aku juga sedar sampai bila aku akan mampu merahsiakan tentang semua ini. Tidak selamanya aku akan mampu menyembunyikan tentang semua ini. Allah itu ada, dan Dia sentiasa melihat dan mendengar.

"Mama... " Aku memanggil, dan serentak dengan itu juga mereka berdua mula menoleh ke arahku dengan tatapan yang sangat jijik.

"Aaaa.... dia busuklah, mama! Hishhh!" Lovena mengadu dengan cara yang sangat mengada-ada saat aku semakin mendekat.

"Kau berdiri kat situ je! Anak aku tak selesa, kau busuk, kau kotor! Kau nak apa?!" Puan Mastura menyoal kasar.

Aku menunduk, jari jemariku dikepal kuat. Ikutkan hati, mahu sahaja aku membelasah kedua-dua wanita itu! Lovena yang paling aku benci! Tunggu, aku akan balas semua perbuatan mereka!

"Awa... Awa ada hal nak beritahu mama." kataku dengan nada yang ditahan-tahan.

"Hal apa?! Anak you dah meninggal ke?! Salam takziah!" Kata-kata celahan Lovena itu membuat nafasku semakin tidak teratur, apalagi saat melihat riak sinisnya. Ya Tuhan, aku benar-benar sudah tidak mampu menahan rasa geramku lagi. Sikit masa lagi, kau tunggu!

"Awa nak cakap dengan mama je." Kataku dengan tegas, berharap agar anak gadis yang biadab itu segera mengangkat kaki. Tetapi dia tetap berada di situ, dengan riak yang paling tidak malu.

"Nak cakap, cakap je lah! Kau ingat kau siapa?! Menantu keturunan sampah!" Puan Mastura menengking kuat. "Cakap cepat!"

Aku berdiri kaku di situ. Aku menarik nafasku terlebih dahulu, mencari kekuatan untuk meneruskan kata-kata. Air mataku menitis laju sebelum aku bersuara. Dadaku tiba-tiba terasa sesak dan sakit. Aku tahu, apa yang bakal aku ungkapkan ini nanti akan membuatkan kedua-dua makhluk di hadapanku itu tertawa puas dan menang. Tetapi aku ingat akan kata-kata Hajar. Manusia mungkin tak tahu, tapi Allah tahu. Aku bukan insan yang sempurna dan aku tidak mahu mengumpul dosa! "Abang... Abang Adli sebenarnya dah jatuhkan talak satu pada Awa. Dia dah ceraikan Awa sebelum kemalangan tu berlaku." kataku dengan perasaan yang paling sakit dan terluka. Tangisanku meledak kuat, aku terduduk lemah sementara kedua-dua makhluk kejam itu langsung saling berpandangan.

"Apa??? You kata apa? Abang i... dah ceraikan you? Betul ke?" Lovena melopong tidak percaya sebelum sealun demi sealun tawa jahatnya mula kedengaran. "Ma, perempuan sampah ni... dah kena cerai! Dia bukan lagi isteri abang Ad, ma! Wowww! Menarik! Hahaha!"

Sama seperti Lovena, Puan Mastura juga ikutan tertawa. "Betul je, Hawa? Anak aku dah ceraikan kau?" Berdiri dari duduknya, Puan Mastura segera melangkah untuk mendekati aku. Tubuhku dikuis dengan hujung kakinya, dan aku hanya mampu pasrah. "Sekarang, kau nak buat apa? Terus tinggal kat sini atau... berambus?"

"Awa akan pergi ke mahkamah untuk selesaikan semua ni."

"Aku nak kau selesaikan benda ni cepat-cepat. Aku dah tak nak lagi tengok muka kau dengan anak kau dalam rumah aku ni. Ingat Hawa, jangan bawa sesen pun harta anak aku pergi. Kau nak pergi mana-mana, nak mati sekalipun, aku takkan peduli!"

"You dengar tak? Ingat, pergi bawa anak sial you tu je. Jangan berani bawa sesen pun harta abang i sebab you... tak layak! You datang dengan cara yang miskin, dah pastikan you balik ke tempat asal you tu pun dengan cara yang miskin. Faham?!" Lovena mencelah bersama riak yang paling puas.

"SABAR, Puan Hawa. Puan kuat ya? Allah ada." Tengah malam itu aku didatangi oleh Nadiah.  Dia menangis mendengar kisahku, kesal kerana tidak mampu untuk membantuku.

Aku sekadar tersenyum kelat. Jika ditanya apa yang sedang aku rasa, aku akan mengatakan yang diriku semakin penat. Aku penat dimaki, didera, disumpah.

Aku cuba tegar walau selalu tidak mampu untuk mematikan air mataku. Aku rindukan Khir Adli, tetapi aku telah dilarang keras oleh Puan Mastura untuk menemui lelaki itu. Aku rindu mahu menatap wajahnya, memeluk tubuhnya. Rasa rindu yang aku pendam ketika itu terasa kian menyakitkan.

"Saya reda, Nadiah. Mungkin semua ni dah tertulis untuk saya. Saya dah bersedia untuk pergi. Jodoh kami memang tak kuat, kesian Hannah!" kataku sebak tanpa melarikan mataku daripada wajah Hannah.

"Memang tak patut mereka buat puan macam ni. Puan masih ada hak ke atas harta Tuan Adli."

"Saya tak perlukan harta. Betul kata Lovena, saya datang dengan cara yang miskin dan biarlah saya pergi pun dengan cara yang miskin. Saya cuma tak kuat... tak kuat untuk berpisah dengan Abang Adli. Saya sayangkan dia, Nadiah. Saya terlalu rindukan dia."

Nadiah melepaskan nafas, mengangkat tangan lalu menyentuh bahuku dengan perlahan. Aku tahu, Nadiah ikhlas mengkhuatirkan diriku. Di dalam rumah itu, dia sahaja yang selalu berani membantuku.

"Mereka tu kejam sangat! Nak-nak, Cik Lovena tu! Puan Mastura tu pun dah terhasut dengan dia. Licik, licik macam ular! Tak malu, dia tu sebenarnya yang jadi orang asing dalam keluarga ni. Saya tahu, Cik Lovena tu sebenarnya ada hati kat Tuan Adli! Dari dulu lagi!"

Aku diam tanpa sanggup untuk merespons kata-kata Nadiah itu. Aku tidak mampu untuk menambah rasa sakit pada hatiku. Kata-kata Nadiah memang benar, namun apa lagi yang mampu aku lakukan?

"Saya mungkin akan kehilangan Abang Ad, saya hilang cinta dan kepercayaan dia. Saya terima hakikat tu. Apa yang penting pada saya sekarang ni, adalah Hannah. Hannah je yang saya ada sekarang ni."

"Kebenaran pasti akan terungkap suatu hari nanti, puan. Mereka mungkin bongkak sebab ada harta ada kuasa, tapi kita yang susah ni pun boleh bongkak sebab kita ada Allah. Allah sayabgkan insan-insan yang teraniaya. Ada sebab mengapa kita diuji. Puan Bersabar ya?"

Aku mengemam bibirku. Semakin sebak dadaku mendengar kata-kata Nadiah. Ya, dia benar. Allah memang sayangkan insan-insan yang teraniaya, kami diuji kerana kami mampu, kami kuat. "Terima kasih, Nadiah. Saya tak akan pernah lupa semua pertolongan awak. Awak banyak bantu saya lindungi Hannah daripada mereka tu. Terima kasih."

"YOU dah bersedia?" soal Hajar sambil menggenggam erat tanganku. Dia menatapku dengan pandangan yang sangat bersimpati dan redup. Mungkin dia tahu bagaimana perasaanku ketika itu.

Aku mengangguk walau hakikatnya hatiku benar-benar sedang rapuh. Apapun keputusan pihak mahkamah, aku reda meski sakit untuk diterima. Hari ini hari penentuannya dan aku hanya ditemani oleh Hajar. Hannah aku titipkan pada Nadiah. Sepanjang urusanku dengan pihak mahkamah, Nadiah yang selalu menjaga Hannah. Nampak kecil, namun pada aku budi baik Nadiah terlalu besar buat kami berdua.

"Ingat, Hawa. You harus kuat. You ada Hannah yang sangat perlukan you. Apapun keputusan hakim, i harap you dapat terima dengan reda. Perjalanan hidup you dengan Hannah masih panjang. Kuat, okey?" kata Hajar sambil menepuk bahunya. Kebaikan dan kata-kata Hajar itu membuat aku semakin tidak mampu lagi untuk menampung empangan air mataku. Kini aku semakin yakin, yang takdir itu tidak terlalu kejam. Di sebalik penderitaanku, masih ada lagi insan-insan yang peduli. Hajar, Nadiah dan Pak Lukman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience