Rate

BAB 2

Drama Completed 21671

Malam itu, dia berbincang dengan abangnya tentang rancangan Mak Cik Senah pagi itu. Aman terkejut. Mana mungkin! Dia tak akan tinggalkan nenek. Sudah cukuplah nenek menjaga mereka selama ini, tak kanlah dia nak tinggal nenek macam tu saja?

“Abang tak setuju. Nenek yang jaga kita. Sepatutnya, kita balas jasa nenek. Memang niat mak cik baik. Tapi, cuba fikir, siapa yang akan menguruskan nenek lepas ni? Macam mana dengan pekerjaan abang? Abang nak sambung belajar lepas dapat kumpul duit.”

Syu diam. Dia memegang erat sapu tangan putih itu. Tanpa disedari, hidungnya berdarah. Mujur ada sapu tangan itu. Aman terus meluru ke arah adiknya sambil membawa ubat.

“Nah, makan ubat ni. Penyakit tu berulang lagi sejak kebelakangan ni. Risau la abang. Esok kita pergi jumpa doktor lah.”

Syuhada menggeleng. Duit lagi melayang. Dia tak sanggup membiarkan abangnya kuat bekerja demi mencari wang untuk menyara mereka.

“Tak payahlah abang. Esok, Syu nak tolong nenek di kebun. Duit tu abang simpan. Buat simpanan nenek pergi haji. Kesian nenek.”

Aman serba salah! Dia perlukan seseorang untuk bercerita. Dan tidak mungkin orang itu adalah adiknya. Adiknya tidak berapa sihat. Nek Esah, walaupun sudah tidak berdaya lagi untuk berjalan, namun dia berusaha untuk melakukan sesuatu kerja. Misalnya, menganyam tikar. Nek Esah sudah boleh berdiri, Cuma lambat sedikit.

“Em..tak apalah. Nanti abang fikirkan semula. Apa yang pasti, lepas dapat saja duit, adik kena pergi jumpa doktor. Tak mahu penyakit tu melarat pulak.”

Syu lega. Sudah lama dia menghidap penyakit kanser mata. Cuma, dia cuba untuk bertahan. Bertahan demi abang..bertahan demi nenek. “Baiklah abang.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience