Rate

BAB 5

Drama Completed 21671

Aman menjirus air mawar ke kubur Syuhada. Di sebelahnya ada nenek dan Mak Cik Esah. Mereka masing-masing sedih dengan kematian Syuhada. Tiada lagi keceriaan, gelak tawa Syuhada yang akan kedengaran.

“Aman, nenek rindu dia..dia tak akan kembali lagi.”

“Ya nenek, doakan dia supaya dia tenang di sana,” balas Aman dengan sayu. Suaranya bertukar serak. Mak Cik Esah mengajak Aman dan nenek tinggal di rumahnya buat selama-lamanya. Nek Esah hanya menurut saja. Semasa mereka dalam perjalanan pulang, Nek Esah terlihat seorang budak perempuan yang seiras dengan Syuhada, Maya namanya.

“Oh nenek, Maya ni. Nenek masih ingat lagi tak?”

“Ingat, mesti Maya yang belajar di Jordan tu kan? Rindu pada Maya. Tambah-tambah lagi Syu dah tak ada.”

Maya cuba untuk menghiburkan hati Nek Esah. Dia harap, dialah pengganti Syuhada. Tak sanggup rasanya Maya melihat Nek Esah sedih begitu.

“Nenek, Maya akan jaga nenek. Macam Syu jaga nenek. Boleh?”

“Nenek setuju. Terima kasih Maya. Terubat rindu nenek pada Syuhada.”

“Sama-sama nenek. Maya pun rasa begitu.”

Aman kaget. Maya serius? Dia sendiri tidak percaya wajah Maya seperti Syuhada. Macam kembar! Dan dia harap, pelangi yang hilang dahulu dapat diganti semula. Dirinya masih mencari pelangi itu. Dan dia yakin Maya adalah pelangi tersebut. Pelangi yang membawa kebahagiaan, keriangan dan penghapus kedukaan. Terima kasih atas nikmat ini!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience