Rate

BAB 3

Drama Completed 21671

Syuhada pergi ke sekolah seperti biasa. Dia berasa tidak bermaya. Mukanya pucat seperti mayat. Rakannya, Mutia menegur,

“Kau okey ke tak ni? Takut aku tengok. Muka kau dah macam vampire.”

Syuhada cuba senyum. Sakitnya hanya Tuhan saja yang tahu. Malam semalam, dia tak dapat tidur. Hidungnya berdarah buat kali kedua. Tak banyak, cuma dia berasa kurang selesa. Sampai ke subuh, dia masih tidak dapat tidur. Sarapan nasi goreng pun tidak dijamah. Abangnya, sesudah Subuh terus bergerak ke tempat kerja. Nek Esah, pergi ke rumah kawannya. Tinggal lah dia keseorangan masa dia pulang ke sekolah nanti.

“Tak ada apalah, Mutia. Aku cuma tak cukup tidur saja. Tak apa, nanti kalau aku tak larat sangat, aku duduk di bilik sakit.”

Mutia menolong Syuhada mengangkat mana yang perlu. Beg kecil, atau botol air. Kasihan pulak dia tengok. Sakit-sakit macam ni pun masih nak ke sekolah lagi.

Semasa dalam kelas..

Syuhada merasakan seluruh dunia itu menjadi gelap. Pandangannya kelam. Serta-merta dia jatuh dari kerusi. Cikgu Atia, yang sedang mengajar itu terkejut.

“Syuhada!”

Cikgu Atia cuba menghubungi abang Aman untuk menceritakan kejadian yang berlaku. Aman, yang khusyuk mengira jualan kedai pada hari itu terpaksa mengambil cuti kecemasan.

“Pak Cik Busu, Aman balik dulu ya. Adik pengsan dekat sekolah. Cikgu cakap keadaan dia kritikal. Nanti, pak cik beritahu nenek ya. Mesti dia risau.”

“Oh..ya ke? Innalillahiwainnailahirajiun. Semoga adik cepat sembuh ya. Tak mengapa, nanti pak cik bagitahu dia. Jalan elok-elok.”

“Baik pak cik.”

Semasa dalam perjalanan pulang, fikiran Aman berkecamuk. Dia tidak senang duduk. Macam mana dengan keadaan Syuhada? Bagaimana jika Syuhada tidak ada lagi di dunia ini? macam mana dengan keadaan nenek? Mesti nenek sedih..

Sesampainya di hospital, Aman meluru ke arah Cikgu Atia dan beberapa guru lain, iaitu Cikgu Muiz, Cikgu Dini dan Ustaz Amir. Wajah mereka kelihatan sugul. Aman sudah dapat mengagak. Dan dia harap, bukan seperti yang dia harapkan.

“Cikgu, macam mana dengan Syuhada? Dia selamat?”

Cikgu Atia diam. Mahu cakap pun serba salah. Takut Aman akan sedih dan putus asa. Kemudian, matanya beralih kepada Ustaz Amir pula. Dia berharap kali ini Ustaz Amir dapat memberikan penjelasan.

“Aman, ustaz harap kamu lepas ni akan tabah dan jagalah nenek kamu tu baik-baik. Jangan biarkan dia sedih-sedih.”

Aman masih belum dapat menangkap kata-kata Ustaz Amir. Apa sebenarnya yang berlaku? Mengapa semua orang tidak menceritakan perkara yang sebenar pada dirinya? Mengapa masih mahu berahsia?

Doktor Annisa keluar dari bilik rawatan. Wajahnya nampak suram. Masih kedengaran suara-suara orang sedang menangis di mana-mana. Keadaan itu membuatkan Aman semakin tidak selesa.

“Siapa waris kepada pesakit? Saya nak jumpa dengan dia sekejap.”

“Saya!”

“Baik, sila ikut saya.”

“Okey.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience