Rate

BAB 1

Drama Completed 21671

Syuhada, masih berada di halaman rumahnya. Senyap. Tiada kata-kata yang muncul daripada mulutnya. Dia runsing sekarang ini. Manakan tidak, nenek tidak sihat. Abangnya pula tidak berada di rumah, bekerja di kedai Pak Cik Busu. Sudah lama dia dan abangnya menjadi anak yatim piatu. Dia hanya menumpang kasih neneknya sahaja.

“Bilalah abang nak balik ni. Bosanlah! Aku tak tahu nak buat apa.”

Syuhada mengeluh lagi. Belanja sekolahnya masih tidak mencukupi untuk membiayai semua yuran-yuran itu. Abang tak pernah meminjam daripada orang lain, walaupun Pak Cik Busu yang mahu memberikannya. Kata abang, macam mana nak bayar balik nanti, mereka sangat memerlukan wang. Takut tak terbayar pula.

Nek Esah cuba untuk bangun. Ada orang datang rumah pulak. Syuhada membuka pintu.

“Nak cari siapa?”

“Nenek ada? Mak cik nak cakap dengan dia ni. Ada hal sikit.”

“Oh,boleh! Naiklah atas. Nanti Syu panggil nenek.”

Orang yang berkunjung ke rumahnya itu adalah Mak Cik Senah. Mak cik ni sangat baik. Cuma tak banyak orang suka padanya. Nak tahu? Dia pernah dituduh mengambil barang kemas milik Datin Ela. Sedangkan, kesalahan itu adalah disebabkan kecuaian Datin Ela sendiri.

“Ha..Esah, aku nak cakap sikit dengan kau ni. Aku harap kau tak kisah. Pasal cucu kau, si Aman tu. Kasihan aku tengok dia. Kerja siang malam. Tak penat ke?”

Nek Esah diam. Dia mengakui, Aman banyak berkorban untuk keluarga mereka. Namun, dirinya tidak boleh berbuat apa-apa kerana sikap Aman yang suka mencari pendapatan untuk menyara kehidupan mereka bertiga.

“Aku ni bukan apa Esah, aku cadang nak ambik cucu kau ni, tinggal dengan aku. Baru lah hidup kau tak rasa beban sikit. Kau tu bukan muda lagi.”

Syuhada mendengar setiap butir-butir percakapan Mak Cik Senah dengan teliti. Nak tinggal dengan mak cik tu? Tak nak! Dia tak mahu. Siapa yang nak tolong jaga nenek? Abang? Dia runsing sekarang ni. Berikanlah dia petunjuk.

Share this novel

Nurin Irsalina
2019-08-04 19:14:54 

best


NovelPlus Premium

The best ads free experience