Rate

BAB 1

Drama Series 1225

Sara. Nama seorang gadis yang gagah. Gadis ini menyambung pelajarannya di Universiti Akademi Sukan ( UAS). Gadis ini berminat dan telah mengambil bahagian di dalam bidang mengangkat berat. Gadis ini merupakan ‘weightlifter’ yang terkenal dan ditakuti oleh semua pelajar angkara sifatnya yang tegas.

Namun begitu, tidak ramai yang mengetahui bahawa gadis ini juga seorang yang baik dan pemurah. Gadis ini juga punya perasaan. Hanya rakan karibnya sahaja yang mengetahui sifat dirinya.

Sara mempunyai dua orang sahabat akrab iaitu Iman, yang mempunyai sifat ‘tomboy’ dan Nurin, yang kuat berleter. Sara berkawan dengan mereka sejak dari zaman sekolah rendah lagi.

Jam dinding di unit angkat berat menunjukkan tepat pukul 5:45. Seperti kebiasaanya, Sara dan rakan - rakannya berjalan kaki pulang ke rumah sewa mereka yang tidak jauh dari UAS. Mereka berjalan sambil memakan sosej yang dibeli oleh Sara di kafeteria.

“Asyik sosej je. Kau takde bende lain ke nak belanja kitorang”. Kata Iman. “Kalau kau nak bende lain, belilah sendiri! Aku dah belanja tu kira okey la!". Balas Sara pula. Nurin senyap seribu bahasa. Takut dimarah pula jika dia mula berkata.
“Bam!”. Sara dilanggar oleh sebuah basikal! Sosejnya jatuh termasuklah dirinya dan pemandu basikal. Pemandu basikal membuka matanya dan melihat sosej Sara. Membulat mata si pemandu basikal. Si pemandu basikal menghembuskan nafas. “ingat jari orang tadi..” kata pemandu basikal terhadap dirinya sendiri.

Pemandu basikal segera bangun dan membuka topinya. Seorang lelaki. Pemandu basikal seorang lelaki. “sorry.” Kata si pemandu basikal. “hah!?” balas Sara. “sorry.” ulang pemandu basikal. Sara menarik nafas sedalam - dalamnya. Iman dan Nurin mengundur satu tapak ke belakang secara serentak.

“Kau ingat salah kau setakat jatuhkan sosej aku je?! Kau dah langgar aku tau! pastu kau just cakap sorry je!? Kalau buatnye kaki aku patah tadi?! Ni lutut aku ni, sakit tau. Aku belom check lagi lutut aku ni. Entah - entah dah berdarah dah. Nak buat macam mana? Gi klinik? sape bayar? Aku? Dahlah..aku nipon bukannya suka sangat membebel. Tapi semua sebab kau! Laen kali kalau nak mintak maaf biar ikhlas. Kalau tak ikhlas tak payah mintak maaf!”

Ternganga si pemandu dibuatnya. Terkebil - kebil mata si pemandu untuk memahami patah ayat Sara. Sara pergi meninggalkan lelaki tersebut. Iman dan Nurin mengekori Sara dari belakang. “eh kejap - kejap!”. Teriak si pemandu.

“Irwan. Nama aku Irwan.” Kata si pemandu. “Ade aku tanye?”. Balas Sara. “Aku nak mintak maaf. By the way, dah alang - alang ni, nama kau ape? ” Tanya Irwan. “Sara. Nama dia Sara.” Nurin pula menjawab. Sara dan Iman memandang Nurin serentak. Nurin pula hanya menatap wajah Irwan. “oh.. ok. Bye Sara! bye korang!”. Kata Irwan lalu pergi meninggalkan mereka bertiga.

“Kau dah kenapa?”. Kata Iman kerana dia memerhatikan yang Nurin sentiasa menatap wajah Irwan. “Haihh..Handsomsnya! Ko takkan tak kenal kot. Dia tu Irwan. Dia dari unit tinju”. Jelas Nurin. Iman hanya menganggukkan kepalanya. “Orang kata dia ade six packs..” bisik Nurin pula. Sara pula sibuk mengikat tali kasutnya.

Apabila tiba di rumah, Mereka mendapati terdapat kasut di hadapan rumah yang berdepan dengan rumah mereka. Setahu mereka, rumah itu tidak berpenghuni. Mereka mengendahkan rumah tersebut dan memasuki rumah mereka.

Petang menjadi malam, malam mejadi pagi. Tiba masanya untuk berangkat ke UAS. Begitulah rutin hidup mereka setiap hari.

“Woy Nurin cepatlah!”. Teriak Iman dari luar rumah kepada Nurin yang berada di dalam rumah dan masih belum siap bersiap. Sara pula sedang memakai stokin.

Nurin sudah pun siap dan menyarungkan kasutnya. Iman mengunci pintu Sara pula masih mengikat tali kasutnya dengan kemas. Mereka bertiga berada di luar rumah.

“Kuak”. Bunyi pintu di hadalan rumahnya terbuka. Mereka melihat siapakah jiran baharu mereka. Dua orang lelaki keluar.Terbeliak mata mereka apabila mendapati seorang daripada mereka adalah Irwan.

Sara yang masih belum siap mengikat tali kasut segera berlari menuruni tangga. “Aaa!”. Kedengaran suara Sara menjerit akibat memijak tali kasut dan hampir jatuh. Irwan segera menarik tangan Sara.

Sara berasa terkejut kerana hampir jatuh. Iman dan Nurin pula berasa terkejut kerana Irwan memegang tangan Sara!. Rakan Irwan hanya mengebilkan matanya. Tidak disangkakan Irwan akan berlaku sedemikian.

Irwan tunduk dan mengikatkan tali kasut Sara yang tidak sempat diikat oleh Sara. Semua yang berada di situ terkejut termasuklah Sara. Seperti mahu meletup jantung Sara dibuatnya. Dup dap dup dap!

Selepas siap mengikat tali kasut Sara, Irwan memegang tangan Sara semula! Mereka menatap wajah masing - masing. Terbeliak mata semua yang berada di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience