Rate

BAB 2

Drama Series 1225

Sara melepaskan tangannya. “Kau dah kenapa? Pegang - pegang pulak”. Kata Sara. Irwan hanya senyum sinis. “Tak nak cakap thank you?”. Balas Irwan. “thank you”. Balas Sara pendek.

Sara membetulkan rambutnya lalu pergi meninggalkan kawasan perumahan. Iman dan Nurin mengekori Sara dari belakang. Irwan hanya menatap pemergian Sara.

“wooo...kau suke pompuan tu eh..”. Kacau rakan Irwan yang bernama Ihsan. “Sara”. Kata Irwan. “Sape Sara? Kau suke Sara? Sara tu sape pulak?”. Tanya Ihsan. “Pompuan tadi tula.. Nama dia Sara”. Jelas Irwan. Ihsan hanya menganggukkan kepalanya.

“5 bulan lagi akan diadakan pertandingan angkat berat.Setelah ahli Universiti membuat keputusan, kami sebulat suara untuk menghantar Sara sebagai wakil Unversiti”. Ucap Encik Azman, coach unit angkat berat.

Semua pelajar di unit tersebut langsung tidak terkejut kerana ianya biasa bagi mereka. Sara telah mendapat top tiga sebanyak 23 kali dan kalah sebanyak 4 kali.

“Kringg!!”. Kedengaran bunyi loceng menandakan waktu rehat. Waktu rehat ialah selama 2 jam. Ayah Sara mempunyai kedai makan. Sara pergi ke kedai tersebut untuk menghantar makanan kepada para pelanggan yang menggunakan khidmat penghantaran.

“Laparla, nak makan apa ek?” Tanya Irwan. “Wey! Akak aku kata dia ada try makan dekat satu kedai ni, nasi goreng dia sedap gila! Nak delivery pon boleh!”. Balas Ihsan teruja. “Kedai apa?”. Tanya salah seorang rakan mereka. “ Kedai Ayah tak silap aku”.

“Nak order ke? Aku ada nombor kedai tu”. Tanya Ihsan kepada Irwan. “Asal tanya aku?”. Soal Irwan kembali. “Sebab kau yang kena belanja!” Kata Ihsan dan dua orang lagi rakan mereka. “Haa..Yelahh..” . Irwan hanya menyerah kalah.

“Kringg!!”. Telefon kedai berbunyi. “Kedai Ayah disini, Ada apa - apa yang boleh saya bantu?”. Tanya Sara kepada pelanggan yang menelefon. “Mm.. Bagi 6 nasi goreng, hantar di Universiti Akademi Sukan”. Balas si pelanggan.

Tanpa berlengah, Sara memasukkan 6 bungkus nasi goreng ke dalam sebuah plastik. “Jom, naik motor ayah. Ayah hantar Sara”. Kata ayah Sara. Sara menaik motor bersama ayahnya menuju ke UAS.

Beberapa minit kemudian, mereka tiba di UAS. Ayah Sara hanya menunggu diatas motor. “Nasi goreng Kedai Ayah! Nasi goreng Kedai Ayah! Siapa yang order tadi!?”. Jerit Sara tanpa rasa malu.

Sara melihat seseorang melambaikan tangan kepadanya. Dia pergi ke orang tersebut. Lelaki tersebut mengambil makanan dari Sara. “Dia bayar”. Lelaki tersebut menunding jari kearah seseorang. Irwan. Sara hanya pura - pura tidak mengenali Irwan.

“Sila bayar”. Kata Sara lembut. Irwan merenung muka Sara. “Kalau saya tak nak bayar?”. Soal Irwan. “Terpulang. Awak akan makan makanan haramlah kiranya”. Sara mengghembuskan nafasnya lalu pergi.

Sara sudah semakin jauh. Irwan merasa bersalah lalu berlari mengejar Sara. Namun, sudah terlambat. Sara sudahpun menaiki motor dan pulang ke kedai ayahnya.

Kebetulan, terdapat basikal awam berdekatan, Irwan mengayuh basikal mengejar Sara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience