Rate

BAB 3

Drama Series 1225

“Hah mane duit tadi? Amboi.. Nak masok poket dia pulak..”. Kata ayah Sara. Irwan yang memerhati dan mendengar dari jauh berasa serba salah. “Nah”. Ucap Sara pendek. Sara mengeluarkan duit dari poketnya.

Irwan yang berada di situ berasa amat serba salah dan malu terhadap Sara. “Nah, lima ringgit. Duit belanja. Belajar rajin - rajin”. Pesan ayah Sara. “Ape ni? Takyah la.. Sara dah besar pandai - pandailah Sara”. Balas Sara. “ Okey bye. Nanti Sara lambat pulak”. Kata Sara.

Irwan mengayuh basikal dengan pantas agar tidak terserempak dengan Sara.

“Kringg!!”. Waktu yang ditiba - tiba. Waktu balik! Kebetulan, esok cuti. Memang hari yang dinanti - nanti oleh semua pelajar.

“Sayang!”. Teriak Tasya, bekas kekasih Irwan yang meninggalkan Irwan kerana kerjayanya. Tasya mengambil bahagian dalam bidang ballet.

1 Tahun Lepas,

“Tasya! jom makan.” Kata Irwan. “Siapa ni baby?”. Tanya seorang lelaki yang berada di sebelah Sara. “Baby?!”. Tanya Irwan terkejut. “I don't know, peminat I je kot. You macam tak tau, I kan ade ramai fans”. Balas Sara sombong.

“jap. jap. Kau ni sape? Nak pegang tangan dia pulak!”. Teriak Irwan lalu memegang tangan Sara. “Hey! you tu dah kenapa?! You tu yang siapa! I tak kenal you pon! You tak layaklah nak pegang I! You tau dia siapa? Juri rancangan ballet yang terkenal dan kaya!”. Kata Tasya lalu melepaskan tangannya yang dipegang oleh Irwan.

Sekarang

“I ade bawak bekal untuk you. I masak sendiri tau”. Kata Tasya. “Kau nak ape lagi Tasya?! Pegilah dengan baby kau tu!”. Petir Irwan. “Sayang, you fahamkan.. I cume main - main je dengan dia. I just nak menang tu je!”. Jelas Tasya.

“Sebab tulah aku tak suke kau! Dan tak akan suke kau! Sebab kau suke mempermainkan orang! Kau dah dapat ape kau nak, kau bla!”. Ujar Irwan. Sedih yang dirasai sewaktu itu masih terasa. Irwan pergi meninggalkan Tasya.

“Aaa..sejuknya..”. Kata Nurin yang baru selesai mandi. “Yeay! Esok cuti!”. Teriak Nurin gembira. “Jom makan maggi nak? Kite buat challenge, maggi pedas gila!”. Kata Sara. “Ok ok ok!”. Balas Nurin dan Iman teruja.

“Okey dah siap! Jom makan!”. Teriak Sara. Mereka membaca doa makan, lalu makan bersama. “wooh!”. Kata Iman. Akhirnya dia menang. “aku tak boleh!”. Kata Nurin lalu pergi mendapatkan air, begitu juga Sara.

Begitulah kehidupan mereka setiap hujung minggu. Pasti melakukan sesuatu aktiviti yang menarik.

“Nurin! Bukan esok kau ade urusan keluarga ke? Kata nak balik umah mak bapak kau”. Kata Sara. “Eh haah! Ado.. nasib kau ingatkan..”. Balas Nurin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience