Rate

BAB 4

Drama Series 1225

“Oklah Sara aku gerak dulu”. Kata Nurin ketika menuruni tangga. Irwan dan Ihsan juga turut berada di belakang mereka.

“Aku rasa kan, mesti mak bapak kau dah jumpe calon terbaik untuk kau”. Ucap Sara. “Eh mane ade..”. Kata Nurin dengan nada manja sambil memukul lengan Sara lembut. “Heleh, malu pulak anak ayam kite ni?”. Kata Sara sambil memukul lengan Nurin kembali.

Irwan dan Ihsan hanya memerhatikan dari belakang. “Anak ayam je .. Dia tu anak kucing..”. Kata Nurin sambil memegang muka Sara. “Eeee!”. Ucap mereka berdua serentak. Mereka juga turut geli dengan diri mereka sendiri.

Nurin memukul Sara, Sara memukul Nurin. Irwan dan Ihsan kelihatan terkejut. Tidak disangkakan gadis weightlifter sebegitu rupa.

“Asal senyap je?”. Kata Sara kerana Irwan dan Ihsan hanya memerhatikan mereka tanpa berkata apa - apa. “Manusia tak patut masuk campur dalam urusan haiwan”. Kata Irwan.

Keadaan menjadi dingin seketika. “Bye Nurin”. Kata Ihsan. “Bye”. Kata Nurin sambil membuat isyarat telefon. Keadaan menjadi kecoh semula.

“Wuy!”. Kata Sara selepas melihat perbuatan Nurin. “Dahla...Nanti kau sampaikan bye bye aku dekat Iman”. Kata Nurin kerana Iman masih lagi berada di atas katil akibat menonton bola sepak semalam.

“Ok,bye. Mmuah.Mmuah”. Kata Sara sambil berlaga pipi dengan Nurin. “Nak gak!”. Kata Irwan. “Meh sini”. Semua berasa terkejut lalu menghulurkan pipinya. Sara merapatkan mukanya ke pipi Irwan.

“Aaaaaa!!”. Sara menjerit di telinga Irwan. “Eeee!!”. Teriak Irwan. “Kau dah kenape? Mabok eh? Adek aku yang lelaki tupon aku geli nak cium, inikan kau. Memang taklah!”. Kata Sara.

“Dala! Aku pergi dulu. Hal rumah tangga jangan dibawa ke sini”. Ucap Nurin. “Pale otak kau”. Kata Sara terhadap Nurin. Nurin berlalu meninggalkan kawasan perumahan.

Sara memasuki rumahnya. “wey Sara, Nurin mane?”. Tanya Iman yang baru bangun tidur. “Dia dah gerak dah. Dia kata bye bye”. Jelas Sara. “Oww..”. Iman menguap dan memasuki bilik semula.

“Man! Aku gi kedai bapak aku jap. Tengah hari nanti aku balik. Ade orang mintak delivery. Biasalah, weekend lah katakan..semua malas keluar rumah”. Ujar Sara. “Haa.. yela.. Hati - hati”. Pesan Iman.

“Hah order je.Aku belanja!”. Kata seorang pelanggan di Kedai Ayah. “Ayah! Saya dah sampai!”. Teriak Sara. “Sara!”. Sara terdengar namanya dipanggil oleh seseorang. Ihsan. Orang yang memanggilnya adalah Ihsan. Irwan disebelah Ihsan hanya tersenyum sinis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience