Bab 1

Romance Completed 3350

MALAM mula melabuhkan tirainya. Burung-burung mulai berterbangan kembali ke sarang masing-masing. Kota metropolitan itu mulai bercahaya sedikit demi sedikit hingga menerangi segenap kota tersebut.

Dari jutaan manusia yang sedang leka dengan peranti elektronik mereka, duduknya seorang gadis biasa di atas sebuah bangku kayu di bawah cahaya lampu jalan. Dirinya leka dengan sebuah buku di tangan, tidak dihirau orang kebanyakan yang lalu-lalang di kawasan itu.

Bibirnya terkumat-kamit membaca setiap diksi yang dikarang di atas helaian kertas tersebut. Di sebalik hoodie yang melindungi wajahnya, mereka tidak dapat meneka ekspresi wajah gadis itu. Sendirian di dalam dunia fantasi adalah kebahagiaan buat si gadis.

“Estelle! ”

Jeritan seseorang dari belakang membuatkan gadis itu terlompat sedikit. Buku yang dipegang juga jatuh ke tanah.

“Ee ... boleh tak jangan buat macam tu?! ” marah si gadis dengan wajah cemberut. Buku yang terjatuh di ambil dan dibersihkan debu-debu yang melekat di bukunya.

“No promise. ” ujar gerangan tersebut sambil tersengih tidak bersalah. Dia mengambil tempat di sebelah Estelle Raymond, si gadis yang suka berada di dalam dunianya sendiri.

“Lama dah kau tunggu? ” soal si kawan.

“Hmm ... pegal jugaklah punggung aku tunggu kau ni. Berjalan mengalahkan nenek bongkok. ” perli Estelle sambil meregangkan badannya. Dia mula melangkah meninggalkan rakannya sendirian terkedek-kedek cuba menyaingi langkahnya menggunakan kasut tumit tinggi yang entah berapa inci pun Estelle tidak pasti. Dia bukan minat sangat nak tahu fasal fesyen semua ni.

“Estelle, tunggulah aku. Kau tak kesiankan aku ke?! ” suara nyaring itu melaung memanggil Estelle yang hanya beberapa tapak darinya.

Haih minah ni, tak buat slot akasia di sini memang bukan Anastasia lah namanya.

“Cepat kalau tak aku tinggal! ” laung Estelle yang sudahpun hampir dengan tempat dia memakir kereta.

Akhirnya Anastasia pasrah, dia membuka kasut tumit tingginya, meninggalkan dia hanya berkaki ayam ke kereta milik Estelle.

Estelle hampir sahaja menghamburkan tawanya melihat wajah cemberut Anastasia yang terpaksa berkaki ayam itu. Siapa suruh pakai kasut tinggi macam gunung Everest, mendapatlah kau.

“SO, how's your day miss Anastasia? ” Estelle memulakan perbualan sambil matanya sibuk memandang lebuh raya yang sesak dari tadi itu. Sudah setengah jam mereka tersekat dalam kesesakan.

“It was perfectly fine. Kau tahu tak lelaki yang aku suka tu... ” dan bermulalah sesi membebel Anastasia. Estelle hanya mampu menadah telinga mendengar sahabatnya bercerita dengan mata yang bersinar-sinar.

“And ... guess what? He asked me out for lunch tomorrow! ” Anastasia menjerit kecil kerana terlalu teruja. Pipinya sudah mulai bertukar warna kerana mengingati lelaki yang diminatinya sejak mula-mula dia mencipta nama di industri permodelan. Sudah banyak kolaborasi yang mereka lakukan namun hari ini barulah dia dapat berbual bersama lelaki itu.

“Hmm ... baguslah, ” ucap Estelle tidak berperasaan. Tangannya mula naik menongkat tepi kepala sendiri akibat kebosanan yang mula melanda dirinya.

“Ee ... cubalah bagi semangat sikit dekat aku ni. Kau tahu tak berapa lama aku tunggu saat ni? ” lengan Estelle digoncang sedikit. Bibirnya dimuncungkan tanda merajuk. Namun Estelle sedikit pun tidak terkesan. Dia sekadar menggumam tidak jelas.

“Isy, tunggu kau jumpa cinta sejati kau sendiri, waktu tu aku akan pastikan diri aku jadi dingin sedingin-dinginnya dengan kau, ” minda Anastasia mula mengarang rancangan jahat untuk mengenakan Estelle semula.

“Good luck with that, bestie. Memang tak lah aku nak ada. Lelaki dunia realiti ni tiada yang menarik perhatian aku. ” bidas Estelle dengan wajah malas. Dia mula memandu selepas lampu isyarat bertukar hijau.

“Ha, itulah kau! Asyik dengan buku-buku kau sampaikan lelaki dunia realiti pun kau tak pandang. Apa, menarik sangat ke lelaki dunia fantasi kau tu? Come on, it's just a book. Sekadar tulisan atas kertas saja, bukannya dia boleh bahagiakan kau. ” ucap Anastasia sedikit hairan. Dia tidak faham apa yang Estelle pandang sangat pada buku-buku cerita yang dibaca itu. Tiada gambar seperti dalam komik. Lantas, bagaimana mereka tahu rupa paras lelaki dalam buku novel? Hanya mengharapkan imaginasi pembaca sahaja?

“Dunia fantasi dibuat untuk manusia keluar daripada kerasnya dunia realiti. Dunia realiti ini tidak indah pada dasarnya, banyak cabaran, banyak halangan, banyak saingan. Sebab itulah banyak kes jenayah berlaku di dunia realiti ini. Balas Estelle, sedikit pun tidak terkesan dengan kata-kata yang baginya agak menyakitkan hati.

“Indeed, sayangku Estelle. Dunia realiti keras sebab ia nak mengajar kau untuk terus kuat. Bukannya lari dari dunia realiti untuk pergi ke dunia fantasi kau tu. Kau bacalah walau seribu buku sekalipun, kau takkan dapat lepas dari dunia realiti. ” Anastasia mengingatkan. Dia tahu betapa Estelle jenis manusia yang tidak mahu ambil pusing akan hal-hal sebegini. Dia lagi suka duduk terperap di dalam rumah bersama buku di tangan.

“Whatever... ” Estelle dah malas nak lanjutkan perbualan. Bukan dia boleh menang pun lawan Anastasia, juara berdebat sewaktu sekolah menengah dahulu.

Bismillahirrahmanirrahim.... Assalamu'alaikum semua. Sorry F.N lama menghilang, sibuk dengan sklh sampaikan nak menulis pun kadang-kadang tiada masa. Utk cerita ni akn slow update (mcm biasa) sbb F.N pun tak pasti klu ad masa utk menulis tpi In Sya Allah akn diusahakan jgak :)

Share this novel

Guzel Heart (NEW)
2025-02-04 11:24:23 

Nice intro. Ayat awak sis wallah! Sedap.


NovelPlus Premium

The best ads free experience