Bab 3

Romance Completed 3350

ESTELLE cuba memanjat salah satu pokok yang dia jumpa. Dia ingin melihat kalau-kalau dia boleh keluar dari sini.

“Argh! ” hampir sahaja tangannya terlucut dari dahan, mujur dia sempat berpaut. Sia-sia saja nanti dia mati di sini tanpa ada yang jumpa mayatnya.

Setelah memanjat beberapa dahan, Estelle duduk di salah satu dahan yang agak besar, cukup untuk menampung berat badannya.

“Cantik, ” komen Estelle apabila melihat pemandangan seluruh kota yang dia tidak ketahui namanya itu.

PRAK!

Huh?

Estelle melihat kiri kanan. Ada orang lain ke selain dia di sini?

Baru hendak berpaling ke belakang, tangan Estelle tergelincir menjadikan dia hilang imbangan dan...

BUK!

“Adui... ” Estelle menggosok punggungnya. Sakit.

“Pfft... ”

“Eh? ” Estelle melihat ke atas. Memang benar dia tidak sendirian. Ternyata ada seseorang sedang duduk santai sambil melihat ke arahnya. Gerangan itu tersenyum geli hati. Nampak sangat mentertawakan dirinya yang telah jatuh ini. Bukan reti nak hulurkan pertolongan ke apa. Huh!

“Tidak pernah hamba melihat gadis memanjat pokok sebelum ini. Adakah saudari mencari sesuatu? ” soal gerangan itu dengan nada tenang.

“Er... ” Estelle kehilangan kata. Dah kenapa suara itu sungguh seksi di pendengarannya? Atau dia dah gila? Huwa ... dia nak balik!

Gerangan itu turun dari pokok dan mendarat di atas tanah dengan lagak tenang. Seolah-olah dia bukan terjun dari pokok yang berketinggian hampir 10 meter dari atas tanah.

Tangan dihulur buat Estelle. Gadis itu menyambut dengan ragu-ragu sebelum lelaki itu membangunkan dirinya.

Estelle terasa pipinya membahang apabila kedudukan mereka agak dekat. Tambahan pula, lelaki itu sedari tadi senyum menawan. Memang nak skru lutut dia longgar ke apa ni?!

“Saudari tidak apa-apa? ” soal lelaki itu apabila Estelle tidak menjawab soalannya tadi.

“O-Okey. ” balas Estelle setelah beberapa saat mendiamkan diri. Terlupa bahawa tangannya masih dalam genggaman lelaki itu.

“Apa saudari buat di sini? Adakah saudari mencari seseorang? ” soal lelaki itu lagi. Dia memandang Estelle atas bawah. Dari cara pemakaian, dia dapat mengecam bahawa gadis di hadapannya ini bukanlah dari golongan bangsawan.

“Hah? Er ... tak, saya cari er ... jalan pulang? ” jujur Estelle. Manalah tahu lelaki di hadapannya ini tahu cara dia boleh balik ke zaman dia.

“Jalan pulang? Adakah saudari sesat? ” soal lelaki itu penuh tanda tanya.

“M-Mungkin? ” Estelle sendiri tidak pasti cara untuk menjawabnya. Dia sesat? Mungkin. Tersesat ke zaman orang, lebih tepat lagi, terundur beberapa abad ke belakang. Kalau dia kata dia dari masa depan, pasti lelaki di hadapannya ini akan mengatakan dia gila.

“Mungkin? Di manakah saudari tinggal? Biar hamba tolong hantarkan saudari ke sana. ” pelawa lelaki itu.

“Er ... a-awak pasti ke? Sebab saya rasa awak pasti akan ingat saya ni gila atau dah tak betul, ” Estelle memusing-musingkan jarinya membuat gaya isyarat orang gila.

Lelaki itu senyum nipis. “Mengapa hamba perlu berkata sedemikian? Saudari hanya mahu pulang. Jikalau hamba mampu, hamba akan menolong semampu yang hamba boleh, ”

Ciet ... ayat-ayat klise. Tapikan, kenapa dia seperti pernah kenal ayat tersebut?

“Awak pasti? ” soal Estelle meminta kepastian.

“Beritahu pada hamba, ” pintanya penuh sopan. Senyuman tidak lekang dari bibir merah itu.

Estelle menggigit bibir. “Saya ... saya sebenarnya dari masa depan. Saya ... saya tak tahu macam mana saya boleh sampai ke zaman ni. ” jujur Estelle. Dia mengemam bibir sendiri.

“Masa depan? Masa depan seperti apa maksud saudari itu? ” soal pemuda itu tidak mengerti.

Dan Estelle rasa macam nak hempuk kepala sendiri, eh tak, kepala lelaki di hadapannya ini. Dia tak tahu sama ada dia yang tak berapa jelas atau lelaki ini lambat tangkap.

“Saya sebenarnya bukan dari abad ni. Saya tersesat masuk ke abad awak ni, ” terang Estelle lagi.

“Adakah itu menerangkan mengapa cara bercakap saudari agak berbeza? ” soal pemuda itu meminta kepastian.

“Er ... mungkin? ” ujar Estelle. Mungkin bahasa tidak jauh beza dengan zaman dia kecuali zaman dia mempunyai slang orang-orang muda. Menunjukkan dia memang lahir pada zaman serba moden.

“Jadi, bagaimana saudari hendak pulang ke zaman saudari? ” soal pemuda itu ingin tahu.

“Saya ... tak tahu. ” jujur Estelle. Dia juga buntu nak balik bagaimana. Sedangkan cara dia datang ke sini pun dia tidak tahu bagaimana.

“Mungkinkah saudari boleh balik sepertimana saudari datang? ” cadang pemuda itu.

“Cakap memang senang. Masalahnya saya tak tahu macam mana saya sampai ke sini. ” jujur Estelle. Dia ingin mencari cara untuk keluar dari sini. Dia tidak mahu berlama-lama di tempat orang.

“Kalau begitu, terpaksalah saudari tinggal beberapa hari di sini. Sampai kita tahu bagaimana hendak menghantar saudari pulang ke zaman saudari. ” putus pemuda itu tanpa berbincang terlebih dahulu membuatkan Estelle tergamam.

“W-What?! Are you kidding me?! ” naik seoktaf suata gadis muda itu membuatkan pemuda itu tersentak sedikit. Terlepas terus pegangan tangan mereka.

“Urm ... saudari mengapa? Adakah hamba tersalah kata? ” soal pemuda itu penuh berhati-hati. Takut dimarah lagi.

“Tak, masalahnya kenapa saya nak kena tinggal di sini pulak? Saya nak balik! ” ujar Estelle sedikit kesal. Dia mahu segera pulang, bukannya berlama-lama di sini. Dia tidak ingin menjadi hamba bagi manusia tempat dia mula-mula datang itu.

“Bagaimana saudari hendak pulang jikalau saudari sendiri tidak tahu bagaimana saudari datang? ” soal lelaki itu lagi. Dia bukan mahu menghalang namun bagaimana dia hendak membantu jikalau gadis itu sendiri tidak tahu cara dia datang ke sini, bak kata pepatah kalau tiada angin masakan pohon bergoyang.

“Say- ”

“Tuanku! ”

Laungan seseorang diikuti dengan hentakan beberapa ekor kuda menyentakkan mereka berdua.

“T-T-Tuanku? ” Estelle memandang tidak percaya lelaki di hadapannya ini. Seorang putera raja?! Tak pernah terjangkau dek akal fikiran dia akan bertemu dengan golongan diraja!

Namun lelaki itu hanya berlagak tenang, seolah-olah itu bukanlah sesuatu yang besar.

“Engkau, kenapa tercegat di sana?! Tidak nampakkah engkau siapa di hadapanmu itu?! ” jerkah salah seorang pengawal istana itu.

Estelle yang tergamam segera melutut. “A-Ampun tuanku. Pa-Patik tak tahu, ” ucap Estelle formal. Dia menggigit bibir sendiri, sudahlah dia tertinggikan suara depan lelaki ini tadi. Buat malu je...

“Gerald, tidak usah berkata sedemikian. Dia tidak salah, ” putera muda itu memandang ke arah Estelle. “Bangun gadis muda, tidak perlulah engkau melutut padaku. Usah hiraukan kata-katanya sebentar tadi. ”

Estelle perlahan-lahan bangun. Namun dia tidak berani menatap mata lelaki di hadapannya itu.

“Tuanku, kita harus kembali ke istana. Ayahanda tuanku sedang menunggu. Baginda raja amat murka kerana tuanku keluar secara senyap lagi. ” ujar pengawal yang lain.

Putera muda itu mengangguk kecil. Dia berpaling sekali lagi ke arah Estelle.

“Tuanku, patik- ”

Estelle tidak dapat menghabiskan kata-katanya kerana putera muda itu terlebih dahulu menggenggam erat tangannya dan dilabuhkan kucupan di belakang tangan itu.

Automatik pipi Estelle terasa membahang.

“Gembira dapat berbual denganmu, saudari. Beta mungkin tidak dapat menolongmu tetapi beta ucapkan selamat mencari jalan pulang. ” dia memanjat naik ke atas seekor kuda khas untuk keluarga diraja sebelum mereka semua bertolak balik ke istana.

Estelle yang masih tegak berdiri di sana hanya mampu melihat putera muda itu pergi hingga hilang dari pandangan mata.

Share this novel

Guzel Heart (NEW)
2025-02-04 11:37:43 

Ok jap. Setting tanah melayu atau mat salleh ni?


NovelPlus Premium

The best ads free experience