AKU masih berdiri di sudut bilik air dengan tangan menggigil. Jantung berdegup laju seperti mahu pecah.
Roy berdiri terlalu rapat. Tiada langsung ruang kosong di antara kami. Jemari tangannya yang tadi melepaskan genggaman tiba-tiba kembali, kali ini lebih lembut menyusuri lenganku perlahan.
Sentuhan yang tidak aku mahu tapi dia seperti tahu mahu berhenti tepat, sebelum aku benar-benar menolak.
“Lara, awak tahu tak, saya suka cara awak berani walaupun takut,” suaranya menjadi manja dan lebih perlahan, dia mencondongkan kepala hampir menyentuh pipi aku.
Nafasnya berhembus hangat ke kulit. Aku ingin menolak tapi tubuh aku seakan beku, suara aku tersekat bila dia mengangkat tangan.
Jarinya menyentuh dagu aku, mengangkatnya perlahan supaya mata kami bertemu.
“Kenapa awak buat susah sangat nak faham? Saya bukan macam yang lain, saya… saya suka awak, Lara,” katanya perlahan, nada itu lain daripada biasa.
Ia tak sekadar ugutan atau kawalan tapi satu pengakuan yang mengejutkan aku. Aku ingin menjauh tapi dia sudah mendekatkan bibirnya ke arah aku.
Aku pejam mata kuat dan cuba tolak dengan tangan yang masih gementar.
“Tak, Roy jangan!” Aku bertegas biarpun suaraku tak terkeluar sebenarnya.
Dia ketawa. Suara yang dulu mengancam kini berubah jadi lembut penuh rasa sayang yang membingungkan.
“Awak tak perlu takut, saya takkan buat apa yang awak tak mahu. Cuma… saya nak awak tahu yang saya bukan musuh.”
Aku masih menepis perlahan tapi di dalam hati aku, aku tahu ini lebih rumit daripada yang aku sangka. Dia bukan sahaja senior yang aku takut tapi juga satu bayang yang tidak mudah hilang dari ruang hidup aku.
Aku kembali ke dorm dengan hati yang penuh kekeliruan. Langkahku berat dan fikiranku berputar tanpa henti.
Roy bukan lagi hanya bayang yang menakutkan tetapi sesuatu yang lebih rumit dan sukar difahami.
Aku tarik nafas dalam-dalam dan duduk di katil, cuba tenangkan degupan jantung yang masih tidak menentu.
Belum sempat aku menutup mata, pintu dorm terbuka perlahan dan Roy muncul dengan senyuman yang tidak pernah hilang dari wajahnya.
Dia melangkah masuk tanpa segan silu. Dia buat dorm ini miliknya juga. Aku cuba elak pandangannya tapi dia duduk juga di tepi katil aku dengan tenang, jarak antara kami hanya beberapa inci.
“Kenapa awak jauhkan diri, Lara? Saya cuma mahu kita lebih dekat,” bisiknya dengan suara yang lembut, penuh harapan.
Tangannya mengangkat sedikit rambut aku ke belakang, sentuhan yang sebelum ini menggentarkan kini membuat jantungku, berdebar lebih kencang.
Aku cuba berkata sesuatu, tapi mulutku seakan terkunci.
“Roy, saya… saya tak pasti apa yang saya rasa,” aku akhirnya berbisik, suara parau.
Dia senyum, menyandarkan badan ke belakang tapi matanya tidak berkelip memandangku.
“Itu biasa, Lara. Perasaan itu bukan sesuatu yang mudah difahami. Tapi percayalah, saya di sini untuk awak, walaupun awak masih takut,” katanya lembut.
Aku menarik selimut ke dagu, cuba lindungi diri dari segala kekeliruan ini, namun aku tahu, malam-malam di asrama ini tidak akan pernah sama lagi.
***
Malam itu, suasana dorm terasa makin tegang walaupun hanya kami berdua di dalam bilik.
Roy duduk di tepi katil. Matanya tidak berkelip. Roy memerhati setiap gerak-geriku dengan penuh perhatian. Membuat jantung aku berdegup semakin tidak menentu. Libang-libu.
Tangannya tiba-tiba mengangkat sedikit helaian baju tidur aku, jarinya menyusur perlahan ke arah dadaku.
Aku terpaku sejenak, hati bergegar dengan rasa takut dan jijik yang bercampur aduk.
Aku menarik nafas panjang, cuba menguatkan diri.
“Roy, tolong berhenti. Saya tidak selesa dengan semua ini,” suaraku lembut tapi penuh keberanian.
Aku menolak tangannya dengan kekuatan yang aku ada, menyebabkan dia terkejut dan langkahnya terhenti.
Mata Roy mengecil. Ada sinar kemarahan yang tersembunyi di situ tetapi juga kecewa yang aku tidak mampu tafsirkan sepenuhnya.
“Kenapa kau buat susah sangat, Lara? Aku cuma cuba dekat dengan kau,” katanya perlahan tapi nada itu tetap ada getaran marah yang tidak boleh disembunyikan.
Aku berdiri tegak, memandang dia dengan mata yang penuh ketegasan.
“Saya hargai perhatian awak tapi saya ada batasnya. Saya harap awak hormati itu.”
Roy diam, wajahnya berubah seperti menimbang sesuatu yang dalam. Aku tahu malam itu bukan sahaja pertempuran antara aku dan dia tetapi juga antara keberanian aku dan kawalan yang dia mahu pegang.
Sunyi kembali mengisi dorm, cuma degupan jantung aku yang bergema dalam kesunyian yang tegang itu.
Aku masih berdiri di situ tidak bergerak walaupun Roy sudah sedikit mengalihkan pandangannya ke arah lantai, seperti sedang memikirkan sesuatu yang hanya dia tahu.
Nafas aku masih berat dan setiap hela udara yang masuk terasa, menyakitkan dada.
Dia kemudian mengangkat wajahnya kembali, pandangannya tajam tetapi kali ini disertai sesuatu yang lebih perlahan seperti dia mahu menunjukkan dia belum selesai.
Dia melangkah satu langkah ke depan dan jarak kami kembali hampir sehingga aku boleh menghidu bau syampu yang dia gunakan dan sedikit aroma peluh yang tersisa dan ketika aku cuba untuk bergerak ke sisi, tangannya sudah terangkat untuk menahan aku dengan sentuhan di bahu.
“Aku cuma nak kau faham, Lara,” suaranya mendatar tetapi setiap perkataan terasa seperti batu yang jatuh ke dasar hati aku.
Aku memandang tepat ke matanya cuba menyampaikan bahawa aku, tidak akan tunduk walaupun lutut aku sendiri terasa mahu rebah.
“Saya faham, Roy… tapi faham tidak bermakna saya setuju,” jawab aku, nada suara aku rendah tetapi cukup jelas untuk dia dengar.
Dia tidak segera melepaskan bahu aku, jemarinya masih di situ, menekan sedikit seolah mahu menguji sejauh mana aku akan bertahan. Aku dapat rasa degupan jantungku semakin kuat, bukan kerana kelembutan sentuhan itu tetapi kerana aku tahu betapa mudahnya keadaan boleh berubah menjadi sesuatu yang aku tidak mampu kawal.
Aku kemudian mengangkat tangan dan menolak perlahan tetapi tegas, kali ini aku tidak peduli sama ada dia akan terasa hati atau marah.
Aku hanya tahu aku tidak boleh membiarkan dia terus berada dalam ruang peribadi aku begini.
Dia menghela nafas panjang. Memalingkan wajah seketika ke arah tingkap yang tertutup rapat cuba mengawal sesuatu yang sedang beraja di dalam dirinya.
“Kau betul-betul lain daripada orang lain,” katanya sambil ketawa kecil tetapi ketawa itu tidak membawa apa-apa rasa gembira, lebih kepada satu bentuk kekaguman bercampur kekesalan yang membuat aku semakin tidak selesa.
Aku melangkah ke belakang, memastikan ada jarak di antara kami walaupun kecil dan aku tidak mengalihkan pandangan darinya kerana aku tahu jika aku berundur tanpa melihat, dia akan rasa dia masih memegang kendali.
Dia akhirnya bergerak menuju ke katilnya dengan langkah perlahan. Bahunya sedikit jatuh tetapi wajahnya masih menyimpan senyuman nipis itu.
Senyuman yang membuat aku sukar meneka apa yang dia fikirkan.
Aku duduk kembali di hujung katil, menarik selimut ke atas lutut walaupun badan aku tidak kesejukan, hanya mahu ada sesuatu yang memisahkan aku daripada udara yang masih terasa tebal dengan kehadirannya.
Malam itu, aku tidak tidur walau mata aku terpejam kerana dalam gelap aku tahu Roy masih di situ, bernafas dalam diam, menunggu masa yang dia fikir sesuai untuk mencabar sempadan aku sekali lagi.
Share this novel