GACIA -3

Romance Series 487

"asalamualaikum dan salam sejahtera semua.. okey, semua dah ada kat sini hari ni kan? jadi I nak perkenalkan bos baru you semua selepas ni, dan I berpindah ke syarikat baru kita diluar negara yang akan mula beroperasi tak lama lagi.. okey sini I perkenalkan Hud Mikhael sebagai bos baru you all.. selepas ini kalau ada apa-apa boleh terus berurusan dengan bos baru you all.. okey? Adik perkenalkan diri kau.." panggil Hadif bos lama Ivy yang perkenalkan bos baru mereka.

"erm, I Hud Mikhael.. semua boleh panggil I Hud.. dan I akan gantikan bos lama you yang juga abang I.. lepas ni kalau ada apa-apa saja urusan boleh jumpa dengan I.." ucap Hud yang mula menunjukkan sikapnya tegasnya sebagai seorang bos.

"ohhh, adik bos ke? patutlah hensem macam bos.." usik Ain kepada bos baru mereka.

"Ain you jangan macam-macam Mael sedang perhatikan you tu.." gurau bos mereka kerana gurauan begitu biasa baginya kerana dia sudah lama berkerja dengan Ain jadi dia sangat tahu perangai gila-gila perkerjanya.

"tak apa bos, I memang dah berpunya tapi Ivy belum.." gurau Ain dengan menolak badan kecil Ivy kedepan.

"kau dah kenapa tolak-tolak aku?" marah Ivy kerana Ain memang muka tak tahu malu.

Sehinggakan dia hampir tersungkur kedepan bos mereka dan kawan-kawan pejabat yang lain.

"hihihi, itu I tak boleh tolong, kena tanya tuan punya badanlah.. kalau dah tiada apa-apa.. semua boleh balik ke tempat masing-masing dan sambung buat kerja, lepas ni kalau ada apa-apa masalah boleh terus jumpa dengan bos baru you all.." ucap Hadif iaitu bos lama mereka selepas melihat muka merah padam Ivy yang sudah malu dengan perangai gila kawan baiknya sendiri.

"baik bos.." jawab Ain dan Ivy serentak dan diselangi oleh kawan-kawan pejabatnya yang lain.

Dan tanpa berlama-lama Ain selamba sambil menarik tangan Ivy supaya duduk dikerusi masing-masing untuk sambung bergosip dan bukannya terus menyambung kerja masing-masing.

"kau tadi memang buat aku malu jelah Ain.. lain kali aku tak teragak-agak nak cakap dengan Mael yang kau suka tengok punggung jantan lain, lepas tu kau suka raba-raba aku.." ugut Ivy geram.

"ala, cakap je.. Mael tak heran sebab aku suka tengok punggung dia.. mantap!" balas Ain selamba dengan mengangkat kedua-dua ibu jarinya tanda dia setuju dengan kata-kata Ivy tadi.

"eeuww.. jijiknya perangai kau.. jangan duduk dekat-dekat dengan aku.. aku risau kalau kau pasang kamera kat mana-mana sebab nak intai aku punya, kau tu bukan boleh dipercayai sangat.." balas Ivy sepertinya dia seram sejuk dengan perangai gila Ain.

"tak ingin aku nak tengok yang kau punya.. sama jenis je.. bezanya tembam atau tak je.. kalau tengok dari badan kau ni.. erm tak tembam mana kot sebab badan kau pun tinggal tulang je, macam tengkorak hidup, tu sebab asyik keluar masuk hospital je dan itu adalah prestasi terbaik kau dalam tahun ni, dua kali tahu tak kau masuk hospital tahun ni semuanya gara-gara pengsan je, nak tunggu akhir tahun tak tahu berapa kali nama kau naik kat hospital tu.." usik Ain lagi kononnya dia sedang scan badan Ivy yang berada disebelahnya.

"gilalah kau ni.. dah kau pergi sana jangan dekat-dekat dengan aku.. aku masuk hospital bukan sebab sakit, sebab penat kerja.." marah Ivy dengan menghalau Ain yang sengaja mendekat dengannya.

"penat kerja? macamlah aku tak tahu kerja apa sangat la yang kau buat setiap hari, aku ni duduk sebelah meja kau je pun.. bukannya sebelah meja bos tu.. hahahaha.." gelak Ain selamba kerana Ivy memang geli bila dia cuba mengusiknya dengan perkataan lucah dan kata-kata Ivy yang baginya begitu lawak.

"diamlah kau, kau jangan sampai bos baru kita tu suruh kita angkat meja kerja kita ni lepas tu duduk kat depan lift tu hah, sebab tak bagi kita bercakap, asyik bergosip je.. baru padan muka kita.." marah Ivy supaya Ain perlahankan suaranya yang sedang tergelak besar.

"biarlah.. lagi bagus, masuk kerja lambat pun bos tak tahu, balik awal pun bos tak nampak.. hahaha.." sambung Ain lagi tanpa pedulikan amaran dari Ivy tadi.

"kau jangan cakap kau suka pula yea, aku dah cukup stress dengan tempat duduk kita sekarang ni, kau lagi minta nak duduk kat depan lift tu?" marah Ivy dengan menampar lengan Ain kerana geram.

Dan seminggu kemudian pun berlalu seperti biasa.

"Ivy jom makan.. nak makan kat luar ke kat kafe sini?" panggil Zety didepan pintu masuk jabatan Ivy setelah masuk waktu rehat, sebelum Zety turun ke tingkat paling bawah untuk ke kafe pejabat mereka.

"kat kafe sini jelah, malas la aku nak keluar hari ni.. dah hujung-hujung bulan ni.. kau faham-faham jelah.." balas Ivy malas lagi pula duitnya juga ikut malas duduk berlama-lamaan dalam dompetnya.

"yela faham.. jom aku belanja.." ajak Zety kepada Ivy yang masih menaip sesuatu di komputernya.

"nak ikut.. bolehlah.. Mael dah keluar awal tadi.. aku tak ada kawan.. boleh la.. boleh la.." rengek Ain kepada Zety dan Ivy sudah bangun dari kerusinya.

"jom, cepatlah.." ajak Zety dengan senang hati.

"yea.. terima kasih kawan.." balas Ain pula.

"kau memang, Mael tak ada baru cari aku dan Zety ni, kalau kau dengan Mael makan mana ada nak pelawa kami makan sama-sama semeja dengan kau.." Ivy sengaja buat-buat marah pada Ain dengan muka meluatnya.

"ala, aku tak nak nanti Mael tu asyik pandang kau dengan Zety ke nanti, aku ni dah macam batu tungku dapur tu nanti jadinya, duduk diam je kat situ.. selagi kau tak ada kekasih kau belum faham situasi macam aku dengan Zety sekarang ni.. kau kena belajar dari kami ni teknik nak pikat dan manja-manja dengan lelaki.. kan Zety?" gurau Ain dengan mencuit tangan Zety supaya mengangguk tanda setuju dengan kata-katanya.

"yea, kau dengarlah kata mahaguru tu, tapi percaya jangan.. hahahaha.." balas Zety pula.

"kau Zety kenapa kejam sangat dengan aku.. kau tak sayangkan aku ke? merajuklah.." balas Ain dengan berjalan perlahan dibelakang yang lain.

"dah jangan merajuk.. kang lauk kat kafe tu masam sebab kau merajuk.. rasanya mak cik kantin tu masak sedap la hari ni.." ajak Ivy selepas melihat kawan-kawannya masih bermain-main dibelakangnya, sedangkan perutnya sudah mula berbunyi minta diisi.

"yea ke? jom-jom.. aku kalau dengar lauk makcik kantin tu masak sedap-sedap aku sanggup gaduh dengan siapa-siapa je demi lauk yag sedap tu.." jawab Ain laju dan terus berjalan laju dari Ivy dan Zety selepas dia mendengar ada lauk sedap di kafe syarikat mereka.

"kau itulah yang kau tahu, nasib baik kau comel Ain.." gurau Ivy dengan mencubit manja pipi Ain.

"kan, kau dengan Mael je pandai menghargai aku.. hihihi.." balas Ain dengan tersenyum comel kepada Ivy.

"meluat.." balas Ivy dengan membuat muka meluatnya kepada Ain.

"dah la kau Ivy, dah puji lepas tu kutuk balik.. dah dapat pahala.. biarkan dosa pun sama bertambah.. hurm.." merajuk Ain sekali lagi dengan gurau Ivy.

"alamak, meja dah penuh la pula.. kejap aku carikan meja kosong.." ucap Zety yang sudah siap mengambil makanannya terlebih dahulu kerana malas melayan dua orang kawan baiknya bergaduh, berbaik lepas tu bergaduh kembali.

"yelah.." jawab Ivy dan Ain serentak.

"sini kosong.." jerit Zety yang sudah sedia duduk dikerusi yang kosong.

"baik.." jawab Ain pula yang sudah siap mengambil makanan dan siap bayar sekali.

"Ivy, cepatlah.." panggil Zety kerana dia risau jika kerusi didepannya kan diduduki oleh orang lain.

"kejap.." jawab Ivy yang juga sudah siap mengambil dan membayar makanannya.

"cepat makan.. kita dah rugi masa makan kita ni.. macam ramai pula orang yang makan kat kafe hari ni.." ucap Zety pada Ivy yang baru saja duduk dikerusinya.

"yelah, ramai betul hari ni.. biasa kat kafe ni separuh pun belum tentu.." balas Ain pula.

"kau ejek aku ke apa ni? tahu la aku jarang makan kat kafe ni.. selalu makan luar.." marah Ivy sebaik saja hati kecilnya terasa dengan kata-kata kawannya.

"lah, kenapa kau nak terasa pula? Ain cakap yang betullah.. hari ni macam penuh.. oh hujung bulan... faham.." balas Zety perlahan dengan senyuman mengusiknya pada Ivy yang sudah masam mencuka wajahnya.

"diamlah kau Zety..!" marah Ivy dengan mengangkat sudu ditangannya konon-kononnya ingin dilemparkan kepada Zety yang berada didepannya.

Tapi..

"ehem!" terdengar satu suara lelaki yang berada dibelakang Ivy.

"Ivy.. kau.." tegur Ain terkejut.

"kenapa?" soal Ivy hairan.

"tu.. kau.. belakang kau.. bos.." tunjuk Ain kepada Ivy supaya berpaling kebelakang.

"bos? tak faham aku.." ujur Ivy yang masih hairan dengan muka takut Ain.

"bos kat belakang kau tu.." tunjuk Ain dengan jari telunjuknya kearah seseorang dibelakang Ivy.

"oh! bos.. maaf.." terkejut Ivy selepas dia menoleh kebelakang dan melihat bos barunya berdiri tegak dibelakangnya sambil memegang pinggan nasi yang masih belum terusik dengan wajah masam tanpa ada secebis senyuman dibibirnya.

"erm." jawab Hud dengan perasaan kesalnya sambil melihat kearah kebajunya yang sudah kotor dengan sambal ayam masak merah.

"kenapa bos nak duduk sini ke?" soal Ivy polos dan terus bangun berdiri ditepi bosnya untuk memberi bosnya ruang kepada bosnya untuk masuk dan duduk dikerusi sebelahnya.

"Ivy, bukanlah.. baju bos dah kotor, ishhh aku la kan main dengan budak ni.." panggil Ain perlahan untuk mengelak dari bos barunya terdengar.

"apa? aku tak dengar.." jawab Ivy sekali lagi dengan mendekatkan telinganya kearah mulut Ain.

"baju bos dah kotorlah kena sudu kau tadi.." ucap Ain dengan selamba kerana Ivy seakan tidak faham dengan isyaratnya yang sedang menunjukkan pakaian bosnya sudah kotor dari dari sudunya sebentar tadi.

"mana? tak ada pun.." balas Ivy yang masih pening dengan kata-kata Ain tadi.

"tu.." tunjuk Ain dengan jarinya kearah baju bosnya yang seperti kakinya telah disumpah menjadi batu, keras berdiri disitu.

"oh, ini? ini boleh cuci ni.. nanti hilang la.. kan bos, cuci pakai air panas lepas tu letak sabun sikit hilang la ni.." jawab Ivy selamba dan duduk kembali seperti tiada apa-apa yang berlaku kerana bosnya seperti tidak berniat untuk duduk disebelahnya.

Dan sementara Zety dan Ain hanya mendiamkan diri dan saling berpandangan antara satu sama lain dengan perangai selamba dan gila Ivy.

"apa lagi?" soal Ivy kerana Zety dan Ain masih melihat kearahnya dengan muka tidak puas hati mereka.

"minta maaflah, kau dah kotorkan baju boskan?" tegur Ain dengan perlahan.

"oh, bos maaf.. I lupa.." baru Ivy teringat tentang kesalahannya pada bosnya kerana dia sibuk untuk makan tengaharinya kerana lagi 30 minit akan tamat waktu rehat mereka.

"erm.." jawab Hud geram dan berlalu pergi meninggalkan tiga sekawan yang sedang melihat kearahnya dengan perangai cuai Ivy pekerjanya yang akan buat dia sakit kepala nanti.

.....

"tok.. tok.. bos I boleh masuk?" tegur Ivy dari luar bilik pejabat bosnya.

"erm, nak apa?" soal Hud kembali dengan muka garangnya.

"bos, baju bos kotor tadikan?.." soal Ivy balik dengan tersenyum-senyum malu setelah dia masuk kedalam bilik bosnya.

"habis tu?" soal Hud lagi acuh tak acuh dengan menaip sesuatu dilaptopnya.

"I nak tolong dobikan la baju bos, rasa macam tak sedap pula hati I ni bila bos tak cakap apa tadi, bos marah ke?.." jelas Ivy sepertinya dia masih belum sedar dengan kesalahannya.

"oh, you nak dobikan baju I ni? yang ni? boleh! baju you bagi I pakai, takkan I nak berbogel pula sampai habis kerja.." marah Hud dengan memandang serius kearah Ivy yang berdiri didepan mejanya.

"eh, kenapa pula I nak kena bagi baju I pada bos, I bukan minta sekarang.. nanti balik la.. biasa bos-boskan ada je baju ganti dalam kereta? nanti masa balik I tunggu bos kat parking kereta bawah tu yea.. okey?" soal Ivy lagi.

"tak payah, baju I mahal.. nanti rosak kalau you main hantar je kena dobi murah.." tegas Hud supaya Ivy tak payah fikirkan tentang baju kotornya.

"huh! berlagak, baju mahal pun bukan boleh buat kain kafan pun nanti.. tak apalah, I tak mampu nak hantar dobi mahal.. bos basuh sendiri jelah.." omel Ivy tanpa rasa bersalah dan terus keluar dari bilik pejabat bosnya.

"Ivy!.." jerit Hud geram dengan staffnya yang seorang ni, naik gila dibuatnya, baru seminggu dia berkerja dipejabat papanya untuk gantikan posisi abangnya sebelum ini, sudah cukup stress dia kena hadap dengan perangai gila Ivy Alexa Binti Adam. Cantik tapi gila!.

"kau kena sabar Hud, dia budak lagi.. baru 25 tahun otak belum matang sepenuhnya.. kau kena sabar.. kalau kau marah-marah sebab budak ni memang kau bodohlah Hud.." pesan Hud pada dirinya sendiri.

Lagi pula bajunya yang kotor bukanlah apa sangat dengan rasa malu dan egonya yang tercabar oleh kelakuan Ivy padanya.

GELORA ASMARA CINTA IVY ALEXA

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience