Series
487
"Ivy, kejap lagi aku nak keluar makan dengan kekasih aku.. kau ada nak kirim apa-apa ke untuk makan malam kau nanti? kalau kau nak telefon je aku nanti, tapi jangan la kau telefon pukul 6.30 pagi, baik aku belikan sarapan pagi je terus.." tegur Zety yang sedang bersiap-siap untuk keluar berjumpa dengan kekasihnya setelah sebulan mereka berjauhan, lagi pula malam ni adalah malam minggu, malam untuk anak muda mudi hiburkan hati yang keresahan.
"erm tak nak la.. aku tengah diet sekarang ni, kau pergi je seronok-seronok dengan kekasih kau tu.. aku tak nak kacau, sebab aku sedar diri, aku ni solo.. aku tak nak kacau kau, lepas tu kau kena belikan makanan untuk aku lagi, terima kasihlah kawan hihihi.." jawab Ivy dengan gelak malasnya kerana dia merasakan badannya sedikit berisi selepas dia masuk hospital sebulan lepas kerana pengsan ditempat kerja.
"apa yang dietnya kau ni? badan dah sekeping macam papan lapis pun nak diet lagi.. baik kau tak payah makan teruslah Ivy, kalau kau mati pun tak adalah berat sangat orang nak usung kau kekubur nanti.. kau ni memang tak serik yea masuk hospital hari tu? kononnya badan dah berisi nanti tak ada jantan yang nak la, jantan tak suka orang gemuklah, apalah. Kau nak tahu tak, jantan tak suka orang kurus kering macam kau ni, faham??.. Ivy kau tu masih muda umur baru 25 tahun, apa yang kau kalut sangat kalau tak ada jantan yang nak dekat dengan kau? enjoy la dulu.. kekasih tu belakang kira, kalau ada jantan nak dengan kau sekarang ni tu boleh dikira bonus, tak ada jantan nak kira kau belum jumpa dengan yang tepat untuk kau, tapi yang bab sedar diri tu aku percaya la, hahaha.." usik Zety sambil tergelak besar pada Ivy yang hanya abaikan setiap butir bebelannya dengan melayan cerita K-drama ditelevisyen.
"apa kau ingat kalau aku umur 25 tahun sekarang ni, tahun depan umur aku jadi 24 tahun ke? kau agak-agaklah tahun depan aku dah 26 tahun weh.. dah semakin tua, seorang kekasih pun tak pernah lekat lagi kat hati aku ni.. apa bonus-bonus? kau ingat kalau ada jantan suka kat aku tu macam dapat duit bonus dari bos kita ke? kalau prestasi aku bagus dapatlah bonus.. kalau prestasi aku teruk, tak adalah bonus.. macam tu ke miss Zety? agak lain yea otak kau ni, gila seperti orangnya.." marah Ivy dengan muka merajuknya, sakit betul hatinya dengan kata-kata Zety tadi.
"ala, chill la dulu. Tengok aku ni.. aku apa-apa cuba try test dulu sesuai ke tak.. kalau tak sesuai aku blah je.. buat apa kita nak bazirkan masa muda kita dengan pilihan yang salah? betul tak? betul tak? betulkan? hahahaha.." gelak Zety lagi dengan membetulkan baju dan skirt pendeknya yang sedikit berkedut selepas dia duduk disebelah Ivy yang masih ralit melayan K-drama walaupun mulut sibuk membalas debat dengannya.
"kau boleh la sembang pekat kau tu cantik.. kerja bagus, kereta bagus, gaji bagus, body pun bagus.. aku ni apa je yang bagus? tak ada apa Zety, tak ada.. rupa pun rupa orang kampung je.. belajar pun sampai diploma je.. harta yang aku ada pun kereta Myvi aku tu hah yang satu-satunya harta atas nama aku sendiri, tu pun masih hutang.. kira bukan hak milik aku lagi la kan sebab belum habis bayar?.." soal Ivy dengan muka sedihnya.
"siapa kata kau tak cantik? kau cantik kot.. mix lagi.. kau lupa ke ayah kau tu siapa? orang mana? Tapi tu la.. kau asyik pakai tshirt dengan seluar jeans je bila keluar.. jantan kat luar tu pun tak tahu kau ni spesis apa, nak ngorat takut salah.. cuba la pakai feminin sikit.. kat pejabat tu ramai kot jantan yang hensem aku tengok, kau je yang jual mahal, oh yang kereta tu memang bukan milik kau.. masih hak milik bank, jadi kau bayar je elok-elok barulah jadi milik kau, itupun selepas 9 tahun yea.. sabar.. sabar.. hihihihi" sambung Zety lagi dengan gelak tawanya yang sangat menyakitkan hati Ivy.
Lagi pun apa yang dikatakan oleh Zety ada betulnya, dia bukan tidak cantik tapi dia hanya tidak pandai mengayakan pakaiannya saja.. lagipun duitnya banyak habis dihulurkan pada ibunya dikampung, untuk dirinya sendiri hanya sekadar cukup makan pakai apa yang ada saja.
"jantan kat pejabat aku tu memang ramai.. laki orang, datuk orang, anak orang.. kau rasa aku sesuai yang mana? dah la kau.. cepatlah keluar sakit kepala otak aku ni bau minyak wangi kau, dah macam nak pergi menyundal pula pakai minyak wangi malam-malam macam ni.." halau Ivy setelah malas mendengar bebelan dari Zety yang boleh dianggap sebagai kakak baginya, lagi pula Zety kerja satu dipejabat dengan dan hanya berlainan jawatan dan jabatan.
"tengoklah tu aku cakap sikit dah halau aku keluar, ingat yea rumah ni pun aku bayar juga yea.. hari cuti panjang macam ni keluarlah pergi taman ke, pergi mall ke, cuci mata tu baru la segar sikit otak kau tu.. dah tu salahkan aku alasan minyak wangi aku bau kuat sangat, kecil hati aku ni Ivy. Lepas tu mula la berduka durjana seorang diri dalam rumah ni.. dan-dan masa tu jugalah kau tuduh aku nak pergi menyundal malam-malam ni, tapi kau jangan risau.. masa aku menyundal kejap lagi aku nampak calon yang sesuai untuk kau aku rembat terus untuk kau yea.. hahaha" gelak Zety tanpa ambil hati dengan tuduhan tak berasas Ivy padanya.
Dan tangan Zety terus mengambil kunci keretanya diatas rak dimana segala kunci untuk kegunaan mereka berdua diletakkan disitu sebelum keluar dari rumah tersebut.
"dah la kau, pergilah.. dah naik serabut otak aku ni. Kau cepat pergi.. cepatlah otak aku ni boleh berfikir dengan tenang.." marah Ivy dengan membalingkan bantal kepada Zety yang sedang tersenyum mengejek dirinya disebalik daun pintu yang sudah sedia akan ditutup nanti.
"hahaha.." gelak Zety lagi dengan kuatnya selepas balingan bantal Ivy padanya tidak mengenai badannya.
"kau tunggu yea Zety aku kunci pintu rumah ni nanti.. kau tidur dalam kereta je malam nanti.." marah Ivy lagi dan terus menyambung kerjanya yang tergendala tadi iaitu melayan cerita drama korea.
Dan jam sudah menunjukkan pukul 1.30 pagi dan bermakna sekarang sudah lewat malamnya. Zety yang baru saja balik dari melepak dengan kawan-kawan dan juga kekasihnya juga sempat bungkuskan makanan untuk dirinya sendiri dan untuk Ivy sekali kerana perutnya sudah mula minta diisi bila sudah terlebih waktu yang sepatutnya dia tidur, dan juga kebetulan lampu didalam bilik Ivy masih terang benderang.
"Ivy kau dah tidur ke? aku ada belikan kau makanan ni.. keluarlah.." jerit Zety dari luar sambil membawa pinggan untuk mereka berdua makan nanti ke ruang dapur.
"kau belikan apa? ayam goreng ke?" jeritnya Ivy balik dari dalam bilik.
"yea keluarlah.. nanti sejuk.." panggil Zety sekali lagi dan berjalan masuk kedalam biliknya yang bersebelahan dengan bilik Ivy untuk tukar baju yang dia pakai sekarang.
"okey-okey.. mantap!" jerit Ivy senang kerana dia juga belum makan apa-apa dari tadi kerana terlampau asyik melayan drama Korea, dan dia terus melompat dari katilnya untuk keluar melihat apa makanan yang Zety belikan untuk mereka berdua.
"sedap tak cik kak? tadi tanya tak nak makan la nanti menganggu la.. aku ni kan kalau otak gila macam kau, aku tak belikan pun makanan untuk kau ni.. sebab aku baik hatilah aku belikan.. tahu kau tu sanggup berlapar dari keluar beli makanan sendiri.." bebel Zety selepas dia siap menukar pakaiannya kepada baju tidur.
"ala, terima kasih busuk masam intan payung pasar malam.. aku bukan apa, malas aku tu lagi kuat dari rasa lapar aku ni.. hihihi.. cepatlah makan.. sejuk ayamnya nanti.." pelawa Ivy selepas Zety duduk berhadapan dengannya.
"kau tak payah nak ringan mulut pelawa aku, aku yang belikan ayam tu.. tapi aku tak nak la, macam kenyang pula perut aku ni. Kau ni kan.. tak habis-habis cerita drama Korea kau tu, apa yang seronok sangat cerita drama Korea kau tu, sampai makan apa pun tidak.. Ivy aku rasa aku nak kahwin la.. erm, aku tak tahu kenapa selepas beberapa kali aku jumpa kekasih aku tu.. rasa perasaan didalam dada ni bagaikan ingin meletup dari dalam.." luah Zety dengan muka gatalnya.
"aku suka layan cerita drama Korea tu sebab apa yea? yea jantan dia erm.. hensem-hensem, perempuan cantik manis, romantik lagi.. kejap, kenapa dada kau nak meletup pula? kau makan apa tadi masa jumpa dengan kekasih kau tu? makan bom tangan dengan kabait ke? berapa tan kau makan? nak pergi hospital tak? kalau kau nak pergi tunggulah aku siap makan dulu, ayam banyak lagi ni, sayang kalau membazir.. tu ajaran syaitan.." soal Ivy pada Zety dengan muka tak bersalah setiap gurauannya.
"gila la kau ni, itu pepatah la bodoh.. buat apa aku nak makan bom tangan dengan kabait.. mampus awal aku nanti.. malas la nak cerita dengan kau, buat sakit hati je. Yelah orang tak pernah bercinta mana tahu rasa semua tu, kau tunggu suatu saat nanti kalau kau dah jumpa dengan orang yang tepat pasti kau akan rasa macam mana aku rasa sekarang ni.. jangan kata aku tak ingatkan.." marah Zety dengan menolak badan kecil Ivy yang sedang makan ayam gorengnya dengan penuh nafsu kelaparannya sehinggakan sedikit beralih dari tempat duduknya kerana geram dan sakit hatinya semasa dia bangun menuju kebiliknya.
"sakitlah.. cerita jelah tangan tak payah la naik sama masa kau bercerita tu, kau pakai mulut jekan bercerita? nasib baik ayam goreng aku ni tak jatuh.." marah Ivy kerana ayam gorengnya hampir-hampir terlepas dari tangannya yang halus kecil sehinggakan nafsu makannya sedikit terbantut.
"badan kecil, makan macam ada saka.. kau membela eh? kau bela apa? jin apa kau bela? nanti kau minta jin tu suruh kekaksih aku tu cepat masuk meminang aku.. kalau kekasih aku tu cepat masuk meminang aku, cakap dengan jin kau tu nanti setiap hari aku jamu ayam goreng.. hahahaha.." usik Zety dengan gelak ketawa yang bagaikan dirasuk hantu didepan pintu biliknya.
"kau tu yang membela saka, gelak pun dah tahu ada saka kat dalam badan kau tu, baik kau yang berubat kampung dulu supaya segala hantu syaitan yang semua ada kat dalam badan kau keluar.. tu belum kira lagi kalau gelak pontianak kau tu.. keluarga pontianak pun tak nak mengaku yang kau saudara dia.." balas Ivy balik dengan membuat muka meluatnya pada Zety.
"kau kan.. sini ayam goreng aku yang belikan tu.. aku dah belikan bukan nak cakap baik-baik tapi disakakan pula aku ni.." marah Zety dan sanggup keluar balik dari biliknya dengan olok-olok mahu mengambil ayam goreng ditangan Ivy.
"dasar kedekut.. buruk siku.. tahap kedekut kau ni dah sampai lutut kau tahu tak? dah bagi minta balik.. kau ambik tulang je.. tu saka dalam badan kau tu memang suka tulang.. hahahaha.." balas Ivy pula dan akhirnya mereka berdua bergelak gembira dengan senang hati tanpa fikirkan apa yang akan mereka berdua hadapi esok harinya.
Ada masalah? jangan risau.. kita abaikan dulu kerana setiap manusia yang hidup akan tetap ada liku-liku hidupya sendiri.
Yang penting kau kena hadap dulu baru kau tahu bertapa hidup kau sangat bermakna untuk diri kau sendiri, orang lain? lain ujiannya.
GELORA ASMARA CINTA IVY ALEXA
Share this novel