Series
487
"Ivy, aku tumpang kereta kau boleh? kereta aku tak nak hidup la pula, pagi-pagi dah buat perangai manja dia, nak marah tak boleh sebab dia adalah kesayangan aku buat masa sekarang, hati kenalah bersabar sikit pagi ni.." jerit Zety yang berada didalam keretanya yang bersebelahan dengan kereta Ivy.
"jom.. cepatlah.. rm5 untuk sekali perjalanan.. pergi dan balik rm10? okey? tapi kau tak mabuk pening kan naik kereta murah aku ni? kereta Myvi je kawan.. kereta kau lain la BMW.." gurau Ivy pada Zety yang sudah masuk kedalam keretanya.
"erm, tak apalah aku naik grab jelah, yelah aku risau aku mabuk pening naik kereta Myvi murah kau ni, aku kan ada kereta BMW.." gurau Zety pula dengan muka masamnya dan berpura-pura membuka pintu kereta untuk keluar dari kereta Ivy.
"janganlah naik grab, grab mahal pagi-pagi macam ni.. naiklah kereta Myvi Ivy Alexa yang cantik dan bergaya ini.. dan miss Zety akan dilayan dengan penuh kasih sayang sehingga miss Zety tiba ke destinasi yang telah ditetapkan, miss Zety setuju dengan pendapat saya? atau pun miss Zety ada usul lain? kalau ada bagitahu cepat sebelum saya mulakan pemanduan saya.." ucap Ivy serius bagaikan dia adalah pemandu grab yang sebenar dengan lagaknya.
"gila, cepatlah.. pagi-pagi dah buat perangai.. ini kalau buat perangai gila macam ni sampai malam la jawabnya aku kena layan perangai kau ni, apa la nasib aku ni ada kawan gila macam kau.." bebel Zety kepada Ivy yang sudah bergerak keluar dari parkir rumah mereka.
"ambillah sikit mood gembira pagi-pagi ni.. kau ni asyik nak badmood je, cepat tua kau tahu tak? aku tak nak cepat tua.. macam kau cakap, aku tahun ni umur 25 tahun.. tahun depan turun setahun jadi 24 tahun.. alhamdulillah semakin muda la aku ni.. hihihi.. Zety, kau tahukan hari ni ada bos baru kat syarikat kita? kat jabatan aku.. aku nak ambil aura positif yang baik-baik je pagi ni, tapi kau pula potong mood aku, ahh stress la.." luah Ivy merajuk dengan kata-kata Zety.
"itu bukan aura positif.. itu aura gila namanya.. tahu, tapi aku tak pastilah siapa, cuma aku ada dengar yang bos baru kau tu anak bos syarikat kita juga.. adik bos kau yang sekarang ni, dengar-dengar hensem dari abang dia si Hadif tu, tapi garang lebih dari abang dia.." luah Zety dengan perangai gila-gila Ivy sambil bercerita tentang bos baru Ivy yang akan masuk kepejabatnya hari ni untuk gantikan bos lamanya.
Mereka berdua sudah kenal selama empat tahun dialam perkerjaan dan sebagai rakan rumah sewa, bermula dari Ivy mula berkerja disyarikat yang mereka berkerja sekarang ini dan juga kebetulan Ivy mencari bilik kosong untuk disewa, jadi Zety dengan baik hati mempelawa Ivy duduk dengannya selepas setahun dia duduk sendirian dirumah tersebut, sekurang-kurangnya jimat duit bulanannya untuk membayar duit sewa rumah tersebut.
"miss Zety dah sampai.. cash or QR? miss Zety nak bayar sekarang ataupun petang nanti yea duit tambang grab saya ni miss Zety?" gurau Ivy setelah mereka berdua sampai diparkir bawah bangunan syarikat yang gah tersebut tapi agak sedikit gelap disitu.
"maaf yea cik grab, saya bayar nanti cukup bulan yea cik grab, duit saya tak cukup nak bayar sekarang.." jawab Zety selamba yang sudah membuka pintu untuk keluar dari kereta Ivy.
"boleh miss Zety, hutang pun tak apa, tapi bunganya tinggi la sikit yea?.. hahaha.." gelak Ivy sambil berlari mengejar Zety yang sudah dahulu masuk kedalam lift.. lagi pula kereta Ivy parking jauh sedikit dari pintu masuk menuju ke lift tersebut.
"Ivy dah penuh la.. aku naik dulu yea.. kau tunggu yang satu lagi.." jerit Zety selepas lift yang dia masuk tadi telah penuh dan Ivy terpaksa naik lift yang akan datang kemudian.
"ala, aku takut weh seorang je kat sini.. sampai hati kau tinggalkan aku Zety.. kejam gila kau Zety, kalau ada hantu kat sini, matilah aku.. aku nak hidup lama weh, dah la kat sini gelap.." bebel Ivy kepada Zety yang sudah lama menghilang dari dalam lift untuk sedapkan perasaannya sendiri.
"maaf.." tegur satu suara dari belakang Ivy sehinggakan Ivy menjerit terkejut dengan kuatnya.
"arrggghhhh.. hantu! hantu! tolong jangan kacau aku.. aku belum kahwin pun lagi, kekasih pun tak ada!" jerit Ivy kuat sambil menutup mukanya sehinggakan orang yang menegurnya dari belakang juga ikut menjerit.
"mana hantu?! mana hantu?! mana?!" jerit suara lelaki yang menegurnya tadi seiring suara Ivy yang sudah hilang pertimbangan dengan wajah pucatnya.
"eh.. eh.. erm.. maaf.." ucap Ivy kerana dia betul-betul terkejut kerana tadi sebelum dia sampai dekat dengan pintu lift, langsung tiada sesiapa pun yang berada berdekatan dengannya selama dia menunggu lift yang akan sampai sebentar lagi.
"I minta maaf, I tak sangka you boleh terkejut sampai macam tu sekali I betul-betul minta maaf.." balas lelaki tersebut dengan membetulkan rambutnya yang sedikit serabai kerana dia juga ikut menjerit selepas perempuan didepannya menjerit bagaikan nak gila dibuatnya.
"yea, tadi tak ada sesiapa pun kat sini masa I sampai.. tahu-tahu ada yang tegur I, tu yang I terkejut.. eh lift dah sampai.." balas Ivy malu kerana dia telah menunjukkan sifat sebenarnya pada lelaki hensem didepannya sekarang ini.. lagi pun dia tidak pernah nampak muka hensem lelaki tersebut sebelum ini dipejabat dia bekerja.
"yea.. yea.. terima kasih, takut hantu tapi siap cakap belum kahwin.. tak ada kekasih, ingat pula tang tu, tang berzikir ke apa ke tak pula dihafalnya.." sindir lelaki tersebut sambil berjalan masuk kedalam lift yang sudah terbuka lebar untuk mereka berdua masuk dengan ketawa kecil sendiri bila dia teringatkan tentang kejadian sebentar tadi dengan mengelengkan kepalanya tanda harinya akan bermula dengan sesuatu yang tidak dijangka sekejap lagi.
Ini baru dipagi hari, belum lagi tengah hari sampai ke petang mahu gila otaknya.
"kenapa encik gelak yea? encik ada masalah ke dengan I?" soal Ivy kerana tiba-tiba saja timbul perasaan curiga pada lelaki yang bersama dengannya sekarang ini.
"tak ada apa.. maaf.. dengar pula telinga dia.." balas lelaki tersebut tanpa melihat kearah Ivy yang sedang memandang tetap kewajahnya.
'banyak pula mulut jantan ni' omel Ivy geram.
"tingkat berapa?" soal Ivy kepada lelaki tersebut setelah dia menekan nombor tujuh iaitu tingkat pejabatnya dengan muka kelatnya.
"sama.." jawab lelaki tersebut lagi.
"sama? apa yang sama?" soal Ivy pelik.
"tingkat tujuh sama dengan tingkat yang you nak naik.." jawabnya selamba.
"oh.. okey" jawab Ivy sepatah setelah mood gembiranya telah hilang begitu saja.
'buat malu je kau pagi-pagi macam ni Ivy.. tapi tingkat tujuh tu jabatan aku.. tingkat sembilan Zety punya jabatan.. aku tak pernah pun nampak jejaka kacak, manis, tinggi, kulit sawo matang ni kat syarikat ni.. ish idaman betullah.. tapi sorry la kalau yang berlagak tak nak aku.. cancel..' omel Ivy sendiri didalam hatinya diikuti pula dengan bibirnya yang tiba-tiba saja tersenyum sendiri ibarat orang yang sedang didilamun cinta.
"cik, maaf dah sampai.. you boleh keluar dulu.." celah lelaki tadi kepada Ivy yang seakan sedang mengelamun sambil tersenyum sendiri setelah pintu lift sudah terbuka luas tapi perempuan didepannnya masih mengelamun sendiri.
"oh maaf.. terima kasih.." balas Ivy yang sudah kemerahan mukanya menahan malu dengan berjalan laju keluar dari lift yang sudah terbentang luas untuk dia keluar.
'dah kenapa pula aku nak berterima kasih dengan jantan ni.. bukannya dia yang tolong bukakan pintu lift ni, pintu lift ni auto terbuka.. tadi pun aku yang tekan butang lift ni..' bebel Ivy sendiri.
'tapi, apa tadi dia nampak ke aku tengah menggila? dia nampak ke muka gatal aku tadi? aduh.. dah satu hal pula dia nampak keburukkan aku, belum pun sempat aku tunjuk kecantikkan asli aku ni.. aishhh potong betul la kau Ivy!..' bebel Ivy lagi didalam hatinya sambil melajukan langkahnya tanpa menoleh kebelakang lagi.
'tu la kau.. mengeletis lagi bila nampak jantan hensem, tak padan dengan rupa.. cancel, rupa tak menunjukkan perangai sebenar..' marah Ivy pada dirinya sendiri setelah dia membuka pintu masuk ke jabatannya.
"gila betullah kau pagi-pagi macam ni Ivy, semua yang kau plan semuanya gagal.. buat malu je muka comel aku ni.." bebel Ivy pada dirinya sendiri sebelum dia menuju kearah meja kerjanya.
"maaf you cakap dengan I ke?" soal lelaki tadi kepada Ivy yang sedang bercakap sendirian dengan muka serius.
"eh? hah? eh tak la.. I cakap dengan diri I sendiri, kenapa? ada apa-apa masalah ke?" soal Ivy selamba.
'gila, ingatkan dia dah tak ikut aku masuk sini.. tapi kenapa dia masuk sini yea? Ain? mana Ain? Ain mesti dah tahu sesuatu ni.. tapi sengaja tak nak bagitahu aku..' monolog Ivy sendiri lagi.
'gila ke minah ni? dari tadi pelik je perangai, apa dia ingat dia tu siapa nak pandang aku macam aku ni perogol bersiri pula..' bisik lelaki tersebut sebelum berjalan masuk kedalam bilik pejabat bos Ivy.
"morning Ivy Alexa yang cantik.. yang manis.. yang baik hati, lambat pula kau hari ni?" tegur Ain yang baru saja duduk disebelah meja kerjanya dengan membawa segelas air panas ditangannya.
"yea.. lambat tadi, masa aku sampai lift dah penuh.. aku kena tunggu yang lain.." balasnya malas dan terus meletakkan handbegnya dibawah meja kerjanya.
"tu siapa mamat hensem yang berjalan dengan kau tadi?" soal Ain yang sudah tersenyum kambing kepada lelaki yang berjalan menuju kebilik bos mereka.
"entah tak kenal, aku cuma naik lift sama-sama je dengan dia dari parking bawah, kenapa? kejap, kau pun tak tahu ke dia siapa? biasa kaulah yang terpaling tahu segala hal gosip kat jabatan kita ni.." soal Ivy kepada Ain tanpa pedulikan renungan gatal Ain pada lelaki tersebut.
"kau, sesedap mulut je mengata aku pagi-pagi macam ni, sedih hati aku ni.. tapi cahaya pagi tidak pernah menipu tentang cantiknya warna matahari pagi yang bercahaya terang.. hihihi.." ucap Ain tanpa sedar yang Ivy sedang memerhatikan dirinya.
"amboi kau Ain.. gatalnya.. aku cakap dengan tunang kau nanti.. Mael kau tengok Ain ni.. dia.." jerit Ivy kerana Ain kawan kerjanya memang gatal bila melihat jantan yang.. urm hensem rupa parasnya.
"Ivy kau memang gilakan? sayang Ivy gurau je pagi-pagi ni.. saja je dia nak tengok muka hensem awak.." balas Ain geram kepada Ivy yang sudah tersenyum kemenangan.
"tapi dia tetap hensemkan Ivy? apa lagi tangkap jelah.." usik Ain pula.
"ish, mana boleh main tangkap muat je.. tu anak orang bukan anak kambing sesuka hati je nak main tangkap-tangkap.." balas Ivy yang sudah mula membelek fail diatas mejanya yang mana belum sempat dia kerjakan sebelum balik dari kerja minggu lepas.
"kalau kau tak nak tak apalah, biar aku jadikan dia anak ikan aku je.. ikan apa pun aku tak kisah, jangan ikan keli sudah la, aku tak suka ikan tu.. tapi Mael tu tetap nombor satu dihati aku.. kau jangan risau aku tak akan menduakan dia.. hihihihi.." gelak Ain sambil perhatikan lelaki yang sudah lama masuk kedalam bilik bos mereka.
"pagi bos.." ucap Ain selepas bosnya berjalan laju menuju kedalam bilik pejabatnya yang sudah ada seseorang yang sedang menantinya.
"pagi Ain, Ivy.." balas bos pula sebelum menghilang masuk kebiliknya.
"sorry Ivy, tolong buatkan I dua cawan kopi panas dan hantar ke dalam bilik I yea.." arah bosnya sebelum menutup pintu bilik pejabatnya dengan rapat.
"baik bos.." jawab Ivy laju.
"lain macam bos kita sekarang ni lepas berkahwin.. berseri-seri je wajahnya.." Ain mula membuka langkahnya untuk bergosip.
"ish sibuklah kau.. dia nak berseri ke nak pucat ke, tu muka dia.. muka kita ni muka tak tahu malu.. dah naik penat muka aku ni kalau orang datang je muka kita ni la tersenyum macam kambing je.. kenapa la bos kita letakkan meja kita dekat sangat dengan pintu ni.. kau punya fasal la ni, suka ajak aku bergosip.." marah Ivy bila saja ada yang lalu berdekatan dengan pintu masuk jabatan mereka, maka mulutnya juga akan ikut tersenyum sendiri.
"dah-dah jangan nak membebel pula, kopi panas bos jangan lupa buat.." jawab Ain geram.
"yea, aku tak lupa, tapi aku tak ingat je.." balas Ivy pula.
'nasib baik Ain ingatkan, kalau tak mahu bos menjerit satu jabatan boleh dengar bosnya minta kopi panas.
"huh, baru je letak punggung dah kena bangun balik kena buat kopi.. apalah nasib kau Ivy.. ingatkan ada yang manis-manis je hari ni, rupa-rupanya masam je yang kau dapat.." omel
Ivy sebelum bangun dari kerusinya.
Sementera Ain sudah tergelak besar dengan gelagat Ivy.
GELORA ASMARA CINTA IVY ALEXA
Share this novel