GACIA -4

Romance Series 487

"Ivy masuk bilik I sekarang.. cepat!." panggil Hud sebaik saja dia melangkah laju dan terus masuk ke dalam bilik pejabatnya dengan muka kelatnya.

"baik bos.. mohon bersabar sebentar yea bos.." jawab Ivy selamba kerana dia tak perlu banyak soal dengan bosnya yang sedikit mereng otaknya.

"cepat sikit, tak payah nak belek sangat muka you kat cermin tu, you belek macam mana pun muka you tetap macam tu juga, bukan makin cantik pun.." ejek Hud selamba selepas dia melihat Ivy masih tidak bergerak dan masih melekat dikerusinya sambil membelek mukanya yang sedang dijajah oleh jerawat.

"erm bos period ke? lain macam je pagi ni? semalam bos mimpi I ada tampar muka bos ke? atau I ada sepak punggung bos ke? sampai bos nak mengamuk dengan I pagi-pagi hari lagi ni?" soal Ivy geram setelah bosnya seperti sedang marahkan dirinya tanpa sebab. Dah la berani bosnya komplen mukanya yang cantik manis ni, kurang ajar betullah!.

"Ivy Alexa!" jerit Hud geram dari pintu bilik pejabatnya dan terus duduk dikerusi kerana terlampau geram dengan perangai Ivy Alexa nan satu itu.

Dan semua terkejut dengan jeritan bosnya, tapi tidak Ivy Alexa.

"adoi la sakitnya otak aku dengan perempuan ni! pagi-pagi dah buat aku stress, macam mana la selama ni abang aku handle si Ivy ni.." bebel Hud dengan meletakkan tangan dikepalanya yang sudah mula berdenyut kesakitan.

"Ivy, gila la otak kau ni.. berani kau sound bos macam tu je.. ish.. ish, tapi bagus juga kalau tak suka-suka je nak marah-marah orang tanpa sebab.. bagus kawan.. bagus.." puji Ain dengan gembiranya dan juga dia cukup hairan dengan keberanian Ivy bila berani menjawab balik kata-kata bosnya.

"yelah, tiba-tiba je masuk terjerit-jerit, terlolong-lolong panggil nama aku, apa dia ingat aku ni mak cik kafe bawah tu ke? suka-suka je arah itu, arah ni? aku ni Ivy Alexa la berani dia macam-macam dengan aku, geram betul aku. Bos tak bos.. kalau aku sakit hati tunggulah nasib dia nanti!" marah Ivy yang masih berkeras duduk dikerusinya tanpa bergerak seinci pun.

"ala, bukan dia minta kau bancuhkan air untuk dia pun, dia panggil nak bagi bonus kot kat kau.. mana la tahukan? kan? kan? kalau betul boleh la belanja aku makan kat kafe bawah tu hihihi.." usik Ain dengan ketawa kecilnya sambil mencuit tangan Ivy supaya cepat bangun dari kerusinya.

"memang la dia belum suruh aku lagi.. mana la tahu kejap lagi aku masuk dia arahkan aku bancuhkan kopi untuk dia pula, memang aku naik hantu la, kalau dia nak minta aku bancuhkan kopi untuk dia cakap la elok-elok, lembut-lembut macam ni.. 'Ivy sayang, tolong buatkan I kopi panas, lepas tu hantarkan kat bilik I yea sayang' ni sedap juga la tahi telinga aku ni dengar.. bonus? tengah tahun macam ni? kau gila?" marah Ivy lagi dengan mencebik bibirnya menahan geram dihati dengan tekaan mengarut Ain tersebut.

"bodoh la kau ni Ivy, kau ingat kau siapa nak bersayang-sayang bagai dengan bos.. hahaha.. tapi kenapa bos pagi-pagi macam ni dah naik hantu yea? otak tak servis dengan betul la tu malam tadi.." soal Ain dengan diselangi ketawa lucu dari muka Ivy, dan juga dia sudah bersiap sedia untuk mulakan kerjanya kerana dia juga takut kalau-kalau lepas ni dia pula yang menjadi mangsa amarah bosnya.

"entah malas la aku nak ambil tahu.. tak payah nak menyibuk hal orang lain la pagi-pagi macam ni.. aku tengok muka aku yang cantik manis ni kat cermin ni pun kena perli.. kau betulkan lipstik kau tu dulu.. sebelah dah hilang.." tegur Ivy kepada Ain sambil menghulurkan cermin miliknya kepada Ain yang ingin bergosip dengannya diawal pagi lagi.

"kenapa kau baru tegur? malu la kalau bos tengok aku yang cantik ni dengan bibir comot ni, dah tak cantik lagi lepas ni aku kat mata dia.. tudung aku okey? bedak aku okey? aku ni tak bolehlah kalau bos nampak muka comot aku ni, malu aku nanti.." soal Ain pula kepada Ivy dengan berseloroh dengan Ivy.

"ishh.. tengok sendirilah.. aku dah bagi cermin tu kan? kau ni memang mengada-ngadakan? apa kau ingat bos heran ke dengan kau? aku yang cantik ni pun dia tak pandang.. kau yang dah ada tunang lagi dia tak heran.." perli Ivy pula pada Ain.

"pula aku pun kena? baiklah.. terima kasih sayang, sayang kau.. hihihi.." jawab Ain gembira sambil menunjukkan bentuk mini love dengan menggunakan jarinya yang sedikit tembam.

"dah jangan nak kacau aku.. aku nak jumpa si ego tu kat dalam bilik dia, apa dia nak yea dengan aku?" omel Ivy sendiri sesudah dia bangun dan membetulkan pakaiannya walaupun pakaian masih elok tidak berkedut.

"jumpa dulu baru tahu dia nak apa.. dia nak kau ke? manalah tahukan.. aku cakap je.. sebab kat sini kau je yang solo.. hahahahaha.." gelak Ain dengan sengaja.

"ish diamlah kau! kalau dia nakkan aku.. bukan begitu caranya.. kena la berlembut-lembut sikit baru aku makan umpan.." marah Ivy lagi dengan menepuk manja bahu Ain yang masih ketawakan dirinya.

"ek??" jawab Ain dengan raup wajah meluatnya.

"tok.. tok.. tokkk.." ketuk Ivy setelah dia sampai didepan bilik bosnya yang dulu milik abang Hud iaitu Hadif.

"masuk!" jawab Hud tegas selepas terdengar ketukkan dari luar bilik pejabatnya.

"ada apa yea bos nak jumpa I pagi-pagi macam ni?" soal Ivy berterus terang setelah masuk kedalam bilik pejabatnya.

"I nak jumpa you sebab macam yang you cakap tadi, dalam mimpi I you berani tampar muka I, apa you lupa ke I ni siapa?" ucap Hud tenang, walaupun didalam hatinya seperti mahu pecah dadanya menahan gelak sebaik saja dia melihat muka Ivy yang sudah mula berubah warna. Pucat!.

"apa bos cakap tadi? I betul-betul tampar muka bos dalam mimpi bos malam tadi ke? I gurau je tadi.. I tak tahu kalau betul bos mimpi macam tu.. erm sakit tak?" soal Ivy yang mula perlahan percakapannya.

"I gurau je, berani you nak tampar muka I walaupun dalam mimpi I sendiri?.. Ivy, I nak tanya you.. you dah ada kekasih ke belum?" soal Hud tanpa berlapik selepas dia berpuas hati dapat kenakan Ivy dipagi-pagi hari lagi.

"bos, bos memangkan.. erm.. apa bos? bos cakap apa tadi? kekasih? siapa? I ke? hihihi.." jawab Ivy dengan gelak mengada-ngadanya sambil tersenyum sendiri.

"tu mak cik kafe kat tingkat bawah tu.. dengan siapa lagi yang I sedang bercakap sekarang ini? you susah yea nak faham soalan I? kenapa tak laku ke? kesian.." soal Hud dengan nada mengejeknya.

"oh, I ke? belum bos, tapi kenapa? bos nak I menyamar ke? jadi kekasih bos eh? kenapa? mak ayah bos dah paksa kahwin la tu, tula bos ni ego melangit sangat.. bos, I ni bukan tak laku yea bos, I ni memilih sikit.." ucap Ivy selamba seakan dia dan Hud sudah lama kenal dan berkawan rapat.

"okey, itu je I nak tahu.. yang lain you tak perlu sibuk.. rupa macam ni pun ada hati nak memilih.." balas Hud lagi dengan senyuman mengejek kepada Ivy.

"lah, bos dah tanya I ni dah ada kekasih ke apa ke, I kena la tahu sebabnya.. mana la tahu bos nak masuk meminang I ke? nanti senang I nak bagitahu keluarga I nanti, yelah ada orang nak masuk meminang I kan.. betul tak?" gurau Ivy lagi tanpa pedulikan pandangan tajam bosnya.

"menyamar jadi kekasih I.. tapi hanya sementara je, kita akan jadi pasangan kekasih selama enam bulan je, lepas je semuanya selesai kita putus.." ucap Hud dengan memandang tepat kearah Ivy yang masih berdiri didepan mejanya.

"berlakon jadi kekasih bos? kenapa bos kena kahwin paksa ke, betullah tu kena kahwin paksa.. hahaha.. bos jangan ingat I macam ni terus buat I macam mainan bos pula.. jangan yea bos, I tahu la I masih single, tapi bukan bermakna I tak laku yea bos, I cuma belum beraksi je lagi, kalau I dah mula beraksi jangan tanya kenapa bos yang akan merayu pada I nanti supaya stay dengan bos walaupun kita dah cukup tempoh lakonan.." ucap Ivy selamba kerana perlu ke bosnya mengajak dia bercinta dengan tiba-tiba lepas tu putus pun dengan tiba-tiba selepas tamat tempoh?.

"I akan bayar you selama you jadi kekasih I tapi ada syaratnya.. tiada perasaan diantara kita, tiada perasaan cemburu antara kita dan jangan pernah simpan harapan dengan hubungan ni.. dan I juga akan buat kontrak antara kita agar kita tak salah guna dengan syarat yang I bagi.." ucap Hud lagi dengan tegas.

"bayar I? dah macam I ni jual maruah diri I la pula rasanya, macam ni bos.. bos bagi I masa dulu boleh? tapi bos, boleh tahu berapa banyak duit yang bos akan bayar I nanti? dan semua syarat yang bos bagi I tu harapnya bos la yang tak langgar, sebab I bukan manusia yang ingkar dengan perjanjian.. kontrak? gilalah.. siap ada kontrak bagai.." ejek Ivy selamba, sebelum dia terasa sakit didalam hatinya sendiri.

Demi duit, begitu murahkah harga diri kau Ivy!.

"yea perlu semua tu demi kepentingan masing-masing.." jawab Hud serius.

"okey.." jawab Ivy pendek.

"baik.. dan berapa banyak I bayar you? I tak boleh bagitahu sekarang, semua tu bergantung pada lakonan you nanti. Dan esok I nak jawapan, apa-apa pun esok jawapan tu I nak, faham?.." soal Hud sombong.

"esok? agak-agaklah bos, balik rumah petang ni dah habis masa untuk hari ni dah tak sempat nak fikir apa, apa pula bergantung pada lakonan I? I bukan pelakon handalan, kalau macam tu mesti murahlah kan bayaran tu? erm bos kahwin jela senang tak payah sakit kepala nak kena fikir idea semua bagai.." marah Ivy pula.

"terpulanglah. Kalau you tak nak.. I boleh cari orang lain.. lagi pun sekali I petik jari ramai yang akan beratur kat depan bilik pejabat I untuk jadi kekasih I.. cuma.." jawab Hud tergagap-gagap.

"cuba bos petik jari bos tu.. tapi cuma apa bos? sebab bos tak laku ke apa? sebab tu bos minta tolong I kan? berapa bos nak bayar I yang sebenarnya ni? I ni mata duitan kalau bos nak tahu.." ucap Ivy jujur kerana apa saja yang berkaitan dengan duit tidak pernah dia gagal, tapi untuk menjadi kekasih upahan ini tidak pernah dia lakukan.. itu kerja gila namanya.

"berapa saja yang you nak asalkan mama dan papa I percaya yang you adalah kekasih I, dan pastikan biar semuanya berjalan dengan lancar.." ucap Hud lagi.

"berlagak betul.." balas Ivy dan terus berjalan keluar dari bilik bosnya.

"esok jawapannya.. jangan lupa!" jerit Hud kepada Ivy yang meninggalkannya tanpa sepatah kata.

"malas nak layan.." jawab Ivy perlahan sambil menuju kearah meja kerjanya.

"Ivy bos nak apa dengan kau? pagi-pagi lagi cari kau, jangan cakap dia ajak kau jadi kekasih dia macam yang aku cakap tadi, betul ke?.." soal Ain sebaik saja Ivy duduk dikerusinya.

"eh, mana kau tahu? pandai betul la tekaan kau, hebat betul kau yea sekarang, kau ada ambil jurusan ahli nujum ke?" soal Ivy dengan pandangan mengejeknya pada Ain yang kaki kepoh.

"Ivy, kau kan.. aku tanya betul-betul ni bos nak apa dengan kau?" marah Ain dengan mencubit paha putih gebu Ivy dengan geramnya.

"adoi! sakitlah.. kau kan.. kalau tak cubit aku sehari memang tak sah eh? tak ada apa dia minta aku jadi isteri dia je.." jawab Ivy selamba dan terus membelek-belek fail yang ada diatas meja kerja.

"kau agak-agaklah.. nak gurau pun.. ish malas aku nak layan kau.." marah Ain pula kerana disangkanya Ivy hanya ingin melawak dengannya.

"aku cakap tak nak percaya, aku diam dipaksanya aku cakap.." bebel Ivy sambil melihat muka masam Ain yang berada dimeja sebelahnya.

"yelah, kau banyak main dari betul.. memang la aku marah.. kau cuba cakap betul-betul? kau ada buat salah dengan bos ke? jarang la bos nak panggil kita kalau bukan hal kerja.." soal Ain yang masih belum berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Ivy.

"betullah, bos ajak aku kahwin dengan dia, dia cakap aku cantik, pandai berdikari, ada Myvi.. king diatas jalan raya.. hebatkan? semua yang dia nak tu ada pada aku.. hihihi.." balas Ivy sambil bergelak senang setelah dia berjaya mengenakan Ain dengan gurauannya.

GELORA ASMARA CINTA IVY ALEXA

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience