SUASANA di dalam bilik mesyuarat itu tegang. Qyrul berdiri kaku di hadapan Keesya Amanda, yang berdiri dengan tubuh terhuyung-hayang. Mata merah penuh kemarahan menembusi dirinya.
Setiap detik yang berlalu terasa seperti pisau yang menoreh perasaan.
"Kenapa? Kenapa kau abaikan aku, Qyrul?" Keesya Amanda mengeluarkan suara yang bergetar penuh emosi namun jelas penuh ancaman.
"Aku sudah beri semuanya, tapi kau? Kau masih memilih untuk berpaling dari aku? Why Qyrul? Why? Tak cukup lagi ke semua ini? Hah? Cakap Qyrul!"
Qyrul menggigit bibir bawahnya, cuba mengawal diri.
"Keesya, ini semua... kita harus berhenti. Ini tidak boleh diteruskan. Aku sudah bersalah, tapi…"
"Tak ada tapi, Qyrul!" Keesya Amanda memotong dengan suara yang melengking tinggi. Mata merahnya sesekali meliar ke atas meja kerja lelaki itu.
"Kau fikir, kau boleh main-mainkan aku begitu saja? Kau ingat, aku hanya wanita yang kau boleh tinggalkan bila-bila masa? Begitu? Kau silap, sayang…” Keesya Amanda memperlahankan pula nada percakapan.
Dia mendekatkan wajahnya, hidungnya hampir bersentuhan dengan dada Qyrul. Menghembuskan nafas panas yang menambah rasa cemas di dada Qyrul.
"Aku sudah beri kau segala yang kau mahu, sayang. Aku sudahkan berikan kau cinta aku. Kemewahan. Serta segala apa yang kau tak pernah dapat dari Chempaka!" Keesya Amanda berterusan menyerang walau dia tahu lelaki itu juga mampu perolehi semua itu.
Qyrul menggeleng perlahan, cuba untuk menjauhkan dirinya dari semakin dekatnya Keesya Amanda yang ingin bermain gila dengan dirinya itu.
Melalui kembang-kempis hidung mancung bertindik itu juga, Qyrul sudah terasa bahang ledakan api amarah wanita jelita itu.
"Keesya, aku… aku sudah minta maaf. Aku tak bermaksud untuk… untuk buat kau rasa begini. Tapi ini salah… and we should to stop this before it become more worst…"
Keesya Amanda tersenyum sinis. Satu senyuman yang penuh dengan kepahitan selain tunas-tunas dendam.
"Minta maaf? Itu sahaja yang kau mampu beri?" Oktaf bicaranya semakin meninggi, penuh dengan cecair kepahitan yang tertumpah.
"Kau fikir, aku akan biarkan kau lari begitu saja? Kau sudah memasuki dunia aku, Qyrul. Sekarang, kau tak boleh keluar."
Dia menolak meja dengan kasar, menyebabkan barang-barang di atasnya jatuh bersepah.
"Aku tak peduli siapa Chempaka atau siapa pun yang ada di luar sana. Yang penting sekarang, kau adalah milikku. Dan kau akan terus menjadi milikku, tak kira apa pun yang terjadi."
Qyrul terasa jantungnya berdegup lebih pantas. Dia tahu Keesya Amanda tidak pernah bermain dengan setiap kata-katanya.
"Keesya, kau tak faham… aku… aku tak boleh…" Suaranya hilang ditelan kebingungan dan ketakutan.
Keesya Amanda mengangkat wajahnya, mata mereka bertemu dengan api kemarahan yang membara. Tak lama kemudian Keesya Amanda mengukir sebuah senyuman.
"Kau akan faham, Qyrul. Kau akan faham betapa sukarnya untuk lari dari aku. Sebab sekarang, aku yang akan tentukan masa depan kau." Sahut Keesya Amanda lagi bersama senyuman sinis dan jejemari merayap liar di dada baju Qyrul arkitek terpanas itu.
Setiap kata yang keluar dari bibir Keesya Amanda terasa seperti belati yang menusuk dan Qyrul tahu, dia sudah berada di dalam perangkap yang sangat dalam.
Qyrul berdiri terpaku. Tubuh terasa lemah seperti tiada lagi kekuatan untuk bergerak. Setiap kata Keesya Amanda menggetarkan tulang-belulangnya, seolah-olah dia benar-benar jatuh ke dalam perangkap yang tidak akan terlepas.
Keesya Amanda mendekat lagi, matanya membara dengan obsesi yang semakin jelas.
"Jangan cuba melawan aku, Qyrul. Semua yang kau buat sekarang hanya akan mempercepatkan kehancuran kau."
Tangan menyentuh pipinya dengan lembut namun gerakan itu lebih terasa seperti ancaman yang tersembunyi di balik kelembutan.
Qyrul menelan air liur, cuba menenangkan dirinya yang kelam.
"Keesya, aku... aku masih boleh perbaiki semuanya. Aku boleh... aku akan bawa kembali hubungan kita kepada asal."
Dia berkata dengan nada yang cuba menunjukkan harapan tetapi jauh di dalam hatinya, dia tahu dia sudah melangkah terlalu jauh.
Keesya Amanda tersenyum dengan senyuman yang tidak menyenangkan, hampir seakan dia tahu Qyrul hanya berkata begitu untuk menenangkan dirinya.
"Perbaiki? Kau tak faham, Qyrul. Tidak ada yang dapat memperbaiki apa yang sudah hancur. Kau sudah buat pilihan dan sekarang kau perlu menerima akibatnya."
Matanya menyala dengan kegilaan, hampir seperti dia sedang menyaksikan kesakitan dalam diri Qyrul sebagai hiburan.
"Chempaka takkan pernah tahu apa yang terjadi. Kau akan datang padaku, kau akan menjadi milikku. Dan aku akan pastikan semua yang kau miliki syarikat, isteri serta segala-galanya…akan menjadi milik aku."
Qyrul merasakan peluh dingin menitis di dahinya.
"Keesya, ini gila. Aku tidak akan membiarkan kau merosakkan hidup aku. Aku... aku sudah ada keluarga!"
Keesya Amanda ketawa. Di telinga Qyrul ia terlalu sinis. Hatinya sakit!
"Keluarga?" katanya, mencemuh.
"Kau fikir Chempaka masih peduli pada kau? Kau sudah mencemarkan segalanya, Qyrul. Semua yang kau miliki. Aku akan musnahkannya."
Dia melangkah kembali ke meja, mengambil telefon bimbit Qyrul yang tergeletak di atas meja.
"Aku akan pastikan dia tahu semuanya. Tapi, sebelum itu, mari kita lihat bagaimana dia menerima kenyataan apabila aku muncul dalam hidup kau sepenuhnya."
Qyrul terpana, mulutnya terbuka tetapi tiada suara yang keluar. Keesya Amanda sudah memegang kunci hidupnya dan dia tahu, kini tiada jalan untuk kembali.
Keesya Amanda memandang Qyrul dengan senyuman yang lebih menyeramkan. Kata dua juga sudah dia putuskan.
"Aku akan berikan kau pilihan, Qyrul. Aku akan beri kau peluang untuk menjadi milikku sepenuhnya atau aku hancurkan semua yang ada dalam hidup kau."
Qyrul merasakan dunia seakan runtuh di sekelilingnya.
"No, Keesya! Aku…" Qyrul menegah dengan cepat. Tetap cuba merampas telefon di pegangan wanita yang kian hari, kian menggila itu.
"Tak ada lagi kata-kata!" Keesya Amanda menjerit, suaranya semakin keras dan penuh amarah. Telefon dia tinggikan dengan tatapan tajam.
"Cukup! Sekarang, kau buat pilihan. Aku atau Chempaka?" Keesya Amanda kian mendesak. Dia yakin, lelaki itu tetap akan mengotakan janji-janji dia. Sebuah janji yang sudah terpatri di lubuk hati, Keesya Amanda.
Qyrul menunduk. Matanya kosong. Fikiran bercelaru. Dalam kegelapan itu, dia tahu hanya ada satu pilihan yang tersisa berhadapan dengan Keesya Amanda atau melihat segala-galanya musnah.
Tapi, apa yang dia tak tahu adalah harga yang terpaksa dibayar untuk keputusan itu.
“Faster honey, the clock too fast clicking…” Keesya Amanda sambil mengancam jari telunjuk berkuku merah itu meleret di pipi lelaki pujaan.
Lelaki yang dia dambakan untuk menjadi her prince charming…
‘Apakah aku sudah tersilap langkah?’ Persoalan tak berjawab Qyrul tidak ada sesiapa yang mampu menjawabnya selain dia sendiri.
Share this novel