Hari tu, Thariq menemani Sharifah dan Papanya pergi ke hospital untuk menjalani rawatan susulan. Dan dalam masa yang sama, Huda dan Khalish juga berada di hospital untuk menjalani Fisioterapi. Mereka hanya berdua dan Khaleq di tinggalkan bersama Tengku Melati. "Sayang nak apa-apa tak?" Tanya Khalish saat mereka duduk di kerusi tempat ruang menunggu. Huda yang duduk diatas kerusi roda, dihadapkan ke arahnya. Huda hanya diam. Dia masih marah pada Khalish kerana tanpa pengetahuannya, Khalish diam-diam membuat temu janji bersama pakar dalam rawatan fisioterapi. "Jangan macam ni. Abang minta maaf, abang salah." Kata Khalish. "Abang pergi cafe kejap. Sayang nak ikut?" ...